Saat Diri di Uji...ALLAH
yang Kami Cari
Ya ALLAH...berikanlah
kakuatan kepada hatiku saat aku merasakan seluruh jiwaku remuk dihentam ujian
yang mendatang. Ya ALLAH...tenangkanlah hatiku, pujuklah jiwaku untuk redha
menerima jentikan kasih sayangMu. Diriku tidak bersendiri di dunia ini kerana
ku ada TUHAN yang sentiasa memerhati. Usah Engkau biarkan kepalaku berat
memikir hikmah dari ujian ini, biarkan sahaja dia tenang melalui harinya dengan
Engkau di sisi.
Ya ALLAH...Engkau Maha
Mengetahui setiap apa yang terselit dalam sanubari hambaMu yang dahagakan
cintaMu. Ya ALLAH...Engkau Maha Menenangkan hambaMu. Berikan diriku sedikit
waktu untuk memahami setiap perancangan rapiMu terhadap kehidupanku. Andai saat
ini Engkau menguji diriku kerana mahu
melihat ku menjadi hambaMu yana paling dekat denganMu...diriku redha Ya ALLAH.
Sudahku bilang pada
hati, separuh hatiku ku letak di surau. Rumah ALLAH yang sangat menenangkan
jiwa dan melapangkan dada. Masuk sahaja rumahMu dan menjadi tetamuMu diriku
seakan dibuai ketenangan. Tiada seorang pun yang mampu menyekat hubunganku
denganMu...ya TUHAN. Tambahan kehadiran bidadari-bidadari tetamu ALLAH
mendamaikan fikiranku yang kusut. Hanya padaMu kami memohon perlindungan dan
ketenangan.
Di surau inilah diriku
belajar mengawal keresahan jiwa, diriku belajar mengenal persahabatan suci
didasari kerana ALLAH, diriku belajar menambah ilmu pengetahuan dan makanan
rohani, diriku belajar hubungan dengan ALLAH saling berkait dengan hubungan
dengan manusia. Tak kurang diriku belajar memuhasabah diri menjadi insan yang
hanya mencari pandangan ALLAH.
Jiwa manusia tak
pernah serik dicucuk sang syaitan dan nafsu. Namun diriku tetap mahu ke surau
mencari cahaya dalam gelap pekat malam. Mencari
cahaya yang bisa menenangkan jiwa. Mendidik diri menjadi hamba ALLAH yang redha
dengan aturan kehidupannya.
Jom, saksikan kenangan
indah bergelar bidadari-bidadari tetamu ALLAH di surau kolej kediaman penulis
bersama-sama sahabat biarpun berbeza umur!
Salam Ramadhan Kareem buat adik2 tamhidi yang disayangi kerana ALLAH.
Moga kita bisa menjalankan ibadah puasa ini dengan baik
walau tanpa keluarga di sisi.
No comments:
Post a Comment