Sahabat Sejati Dunia
Akhirat
Sepanjang keberadaan
penulis di bulan Ramadhan dan keseorangan di kolej kediamannya, dia menjadi
teman sejati penulis. Dia tanpa jemu dibaca, dibelek dan dihayati. Malah,
hampir setiap hari dia menemani tidur penulis terutamanya di bulan Ramadhan.
Bukan niat penulis nak
berbangga atau membesar diri, cuma nak mengajak semua umat Islam menghayati isi
Al-Quran. Tahu Al-Quran itu memberi penawar pada hati kita, tapi kenapa kita
tak cuba untuk membaca atau sekurang-kurangnya membelek setiap bait kata cinta
indah dari ALLAH?
Sedar diri keseorangan
tanpa sahabat di sisi, penulis memilih Al-Quran sebagai teman dan sahabatnya
terutama di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Al-Quran inilah yang menjadi
sahabat sejati dunia akhiratnya.
‘Buku’ dan ‘majalah’
yang tak pernah jemu dibaca oleh penulis. Ditatap kala resah atau gembira,
dihayati kala bersendirian atau berjemaah, dikelek kala sibuk atau lapang.
Bahkan Al-Quran menjadi sebahagian dari kecintaan penulis berbanding banyak
buku yang ada dalam koleksi penulis.
Dalam banyak-banyak
buku yang penulis ada, kalamullah menjadi pilihan hatinya pengubat di kala
terluka, penenang di kala gelisah. Andai semua manusia tahu kelebihan isi
Al-Quran ini, sudah pasti mereka lebih memilih Al-Quran berbanding buku-buku
hiburan yang lain.
Andai diri dilanda
masalah, Al-Quran menjadi rujukan. Hatinya kembali tenang. Bila membuka
Al-Quran seolah-olah penulis sedang membaca surat cinta dari ALLAH Yang Maha
Esa. ALLAH rawat hatinya yang luka dengan penawar Al-Quran. ALLAH sejukkan hati
penulis yang sedang marah pada manusia dengan hanya membaca Al-Quran.
ALLAH seolah-olah
berbicara kepada penulis bahawa “Kamu tidak bersendirian di dunia ini. Kamu ada
ALLAH & kamu ada Al-Quran. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidupmu.
InsyaALLAH kamu tidakkan sesekali sesat.”
Jika tidak
berkesempatan untuk membaca Al-Quran, penulis akan memasang ayat suci Al-Quran
yang dialunkan oleh Syeikh Saad Al-Ghamidi ada pada ‘notebook’nya. 24 jam
sehari dipasang memang memberi kesan yang mendalam pada hati penulis. Rasa seolah-olah
ada teman di sisi walaupun berseorangan.
Biarpun tak baca
Al-Quran sekurang-kurannya mendengar bacaan ayat suci Al-Quran sudah dapat
menenangkan hati penulis. ‘Notebook’ penulis memainkan peranan saat penulis
tidur. Tidur bertemankan alunan suci Al-Quran. SubhanALLAH...sangat indah. Bila
bangun dikejutkan oleh alunan ayat Al-Quran dan deringan telefon bimbit
penulis.
Criter pasal Al-Quran, penulis pernah dapat hadiah Al-Quran tafsir dalam
bahasa Inggeris oleh bapa angkat dari Singapura. Mashaf Al-Quran ini sangat
berguna buat penulis terutama bila nak terjemahkan ayat Quran ke bahasa
Inggeris. Penulis juga boleh tambah ‘vocab’ bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment