Tuesday, 13 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku (The Power Of Ummi)

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah...ucapan syukur tak pernah putus menutur di bibir merasai nikmat iman & nikmat Islam yang sangat indah, masih bisa bangun berdiri, mengerjakan suruhanNya, menghirup udara segar anugerah ALLAH & yang pasti masih mampu mencoret suatu kenangan di blog ini. Al-Hamdulillah...

Hari ini penulis ingin berkongsi satu hari sebuah buku setelah membeli beberapa buah buku menggunakan baucer buku yang diperoleh penulis. Buku ini dibeli di Pustaka Mukmin, Kuala Lumpur berdekatan dengan Jalan Masjid India. Buku bertajuk, ‘The Power of Ummi- Dahsyatnya Ucapan & Doa Seorang Ibu karangan Misbah Em Majidy’ menjadi bahan bacaan penulis dalam beberapa hari yang telah lalu.



Buku ini dibeli sebelum penulis & sahabat-sahabat bersiar-siar di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Akhirnya, penulis & sahabat2 dapat tengok menara berkembar Kuala Lumpur yg sebelum ini mereka hanya lihat & pandang dalam TV sekarang berada di depan mata. Al-Hamdulillah...seronok juga dapat tau pasal negara sendiri. Dapat melancong & merasai nikmat bermusafir di negeri sendiri sebelum meneruskan impian bermusafir di luar negara. Ameen. Penulis mahu keluar dari tempat kebisaan penulis.

Sebenarnya, mereka ziarah KL berobjektif bukan semata-mata mahu seronok @ menghabiskan masa serta duit tetapi mereka nak menghubungkan ukhuwwah dengan sahabat-sahabat universiti. Al-hamdulillah...sambil menyelam minum air.

Berbalik pada buku tersebut sungguh kehadiran buku ini mengingatkan penulis pada mama & allahyarhamah neneknya. Buku yang mempunyai 451 halaman ini sarat dengan mesej penting untuk menyedarkan masyarakat bahawa ibu adalah insan paling berjasa dalam kehidupan seorang manusia.

Yalah, ibu sanggup bersusah payah dari mula mengandung, melahirkan & menyusukan anaknya daripada anak sulung hinggalah anak bongsunya. Penting di sini lelaki @ ayah tidak mampu melakukan sebarang kerja ibu @ mengambil alih tiga tugas utama ibu.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:

15. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".

Buku ini menyenaraikan 7 bab utama dalam penghasilannya iaitu Bab 1: Syariat Islam Memuliakan Ibu, Bab 2: Bentuk Penghargaan Islam Bagi Seorang Ibu, Bab 3: Ini Ibadah Adalah Doa, Bab 4: Ucapan Seorang Ibu Didengar Allah, Bab 5: Dahsyatnya Doa Seorang Ibu, Bab 6: Doa2 Ibu Yang Tercatat Dalam Tinta Sejarah, & Bab 7: Hikmah Ketuhanan Di Sebalik Dahsyatnya Doa Seorang Ibu.

Memetik kata bicara dalam buku ini pada halaman 130 yang berbunyi:

“Maka ciumlah tangan ibumu, selagi engkau masih boleh bersalam dengannya. Pulanglah kepadanya, selagi engkau masih dapat menemuinya. Dampingilah dia selama engkau masih boleh berada di sisinya. Penuhi keinginannya & keperluannya selama engkau sanggup memenuhinya. Tersenyumlah padanya, selagi matanya yang sarat dengan kasih sayang itumasih boleh memandang wajahmu. Dengarkan curahan hatinya dengan sepenuh hati & jiwa. Agar dia merasa bermakna di hadapanmu. & ungkapkanlah cintamu, selagi dia masih ada. Pulanglah ke rumah ibumu untuk menemuinya, sebelum kesempatan itu hilang.

Apa yang jelas,buku ini menghadirkan dalil-dalil yang kukuh dari al-Quran & hadith serta kisah-kisah sejarah berkenaan kuasa doa seorang insan yang bergelar ibu. Ya, doa seorang ibu mampu mengurnia kebahagiaan & ketenangan kepada anak-anaknya. Ucapan ibu juga bisa mendatangkan kecelakaan, keburukan & pengakhiran yang buruk pada si anak.

Pasal buku yang kita bedah hari ini, nak tahu lagi apa yang menariknya dalam isi buku ini, cubalah dapatkan buku ini atau pinjam sahaja dengan penulis. Itupun jika diizinkanNya. Jadi, penulis mengajak diri & sahabat semua di samping kita sibuk membaca buku-buku akademik, buku-buku pembentukan diri muslim, buku-buku ilmiah lain ajaklah diri untuk turut membaca buku-buku berkenaan ibu. Mana tahu dengan tergeraknya hati kita membaca buku-buku tentang ibu kita akan menjadi anak yang lebih menghargai kehadiran ibu.

Usah kita kata kita sayang ibu, jika jalan dakwah sanggup kita tempuh ranjau durinya sedang ibu dahagakan kasih kita. Usah kita khabarkan pada dunia kita sayang ibu tetapi tindakan kita, pernah menunjuk rasa sayang pada ibu? Kita terkadang sibuk dengan urusan sendiri, sibuk menuntut ilmu sampai tidak tahu bagaimana kondisi ibu, sampai tidak mengerti ibu dah terlalu banyak berkorban untukmu. Usah kita kata kita ini sayang pada ibu jika hati naluri ibu tak pernah untuk kita cuba fahaminya. Percayalah bicara dari hati penulis yang kerdil ini.

Bukan penulis nak membantutkan jenis pembacaan buku-buku sahabat tetapi penulis hanya mahu diri & sahabat-sahabat menjadikan amalan membaca bukan sekadar hobi semata & tidak hanya membaca buku-buku tertentu. Pelbagaikan bahan bacaan kita supaya kita jadi orang yang berilmu & bermanfaat terutamanya pada agama yang kita anuti sekarang sehingga kita bergelar muslim.

Setakat ini sahaja coretan hati & perkongsian penulis untuk hari ini. Segala yang baik datang dari ALLAH, segala yang buruk juga datang dari ALLAH yang disandarkan pada kelemahan penulis sendiri. Terima kasih.


Siiru ‘alaa barakatillah.

Sunday, 11 May 2014

One Big Family

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...today I can breath as usual. Thanks to ALLAH I can see and walk together with my best friend to a work place. I still muslimah. Al-Hamdulillah, I've already muslim and today I want to share about one lyric from Maher Zain songs under title One Big Family. I hope that all af my friends be happy with this lyric.  I not enough good in English language but I want to try to write and talk with english language so that I can improve my English little big. 




One Big Family
By: Maher Zain

I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny


Pre-chorus:

Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance


Chorus:
Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family

It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile

PRE-CHORUS

CHORUS

I care about you
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one


CHORUS


Lyrics & Melody: Maher Zain
Arrangement: Mustafa Ceceli & Maher Zain


Friday, 9 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku (Auratku, Maruahku)

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...kita bersambung lagi untuk ‘post’ yang seterusnya. Al-Hamdulillah penulis masih bisa merasai nikmat berada di kampung walau hanya beberapa hari. Hari ini hari terakhir dia bangun menghirup udara pagi kampung dihiasi dengan burung-burung yang berkicauan. Sungguh menenangkan. Pesanan untuk semua sahabat jika berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman jangan lepaskan peluang itu yang tak mungkin datang berulang kali. Ini peluang untuk kita berbakti pada ibu bapa. Ini peluang untuk kita bedah tadhiyah kita, setinggi mana bila dapat tahu bonda @ ayanhanda sakit di kampung.

Hari ini penulis suka untuk berkongsi tentang sebuah buku yang telah lama dibeli di Kuala Lumpur saat menziarahi sahabatnya di sana. Buku yang menarik untuk di kongsi khusus buat wanita muslimah & bacaan lelaki muslim yang mahu mengetahui situasi sebenar seorang muslimah. Yalah, lelaki pun perlu baca buku ini sebab disekelilingnya juga ada perempuan ibu, kakak, isteri, adik perempuan, & saudara-saudara perempuan. Apa yang penting buku ini hadir untuk menghargai kehadiran wanita muslimah & berkongsi soal jawab tentang isu aurat wanita Islam.




Lupa pulak nak bagitau, buku ini bertajuk, “Auratku, Maruahku. Menjawab kemusykilan si gadis berkaitan penghijrahan & syariat berhijab – Karangan Siti Nur Fatimah Hasan & Mohd Solleh Ab. Razak.” Penulis-penulis buku ini penulis pernah mengenali mereka di alam persekolahan ketika menyertai program2 sekolah. Sudah jadi penulis sekarang, tahniah kepada Ummu Mujahid & Abu Mujahid. Al-Hamdulillah...

Moga kalian dapat terus berbakti untuk ummah. Baiklah, soalan pertama kenapa penulis mahu membeli & membaca buku ini? Pertama sebab penulis mengenali penulis buku ini. Ke-2 sebab penulis mahu melihat bagaimana berhadapan dengan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan aurat wanita Islam. Isu aurat ini sentiasa di pertikaikan oleh manusia terutamanya umat Islam sendiri. Padahal ALLAH dah buat hukumNya cantik untuk kita sebagai hamba & khalifahNya.

Ringkas & padat, konsep soal jawab yang berwarna penuh, betul-betul menarik minat penulis untuk bukan setakat membaca tetapi turut menghabiskan pembacaannya. Surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat al-Quran di atas jelas lagi bersuluh tentang pensyariatan menutup aurat. Al-Hamdulillah, penulis bersyukur kerana ALLAH masih & sentiasa memberi ruang kepadanya untuk terus istiqamah menetapkan prinsip dalam menutup aurat dengan sempurna. Moga penulis bisa istiqamah lagi. Banyak dalil daripada al-Quran & hadith yang telah diselitkan dalam setiap persoalan yang timbul dalam buku ini yang mana mempunyai 150 halaman.

Prinsip menutup aurat dengan sempurna sepatutnya dimiliki oleh semua wanita muslimah di dunia ini. Sekurang-kurangnya kehadiran buku ini akan menyedarkan wanita muslimah tentang kepentingan menutup aurat & memperbetulkan salah faham sesetengah wanita yang menganggap menutup aurat hanyalah dengan memakai tudung semata.

Pelbagai persoalan dirungkaikan secara logik akal beserta dalil-dalil yang bertepatan demi mengajak para muslimah untuk terus menutup aurat dengan sempurna. Cubalah kalian baca isinya, sudah tentu kalian bakal tertarik untuk memenuhi suruhan ALLAH dalam penutupan aurat ini.

Di kesempatan ini, penulis mahu berkongsi salah satu alasan yang nombor 9 iaitu, ‘Tunggulah...belum dapat hidayah’ pada halaman 45 buku ini. Alasan ini sering timbul bila mana ada yang mengajak wanita Islam menutup aurat secara sempurna. Benar hidayah adalah milik ALLAH, tetapi kita juga harus berusaha untuk mendapatkan hidayah ALLAH.

Dekatkanlah diri pada ALLAH dengan salah satu caranya menutup aurat nescaya ALLAH akan menganugerahkan hidayahNyapada kita. Tutuplah aurat, hidayah ALLAH pasti bersamamu. Mari penulis bawa contoh benar dari akhbar Sinar Harian bertarikh 9 MEI 2014 (Jumaat) halaman 21 tentang berita ‘Hidayah buat Felixia Yeap’. Dia bakal mengucapkan kalimah syahadah menjelang Ramadhan ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya Julai depan dan dia tidak sabar-sabar untuk melaksanakan ibadah puasa.




Apa yang membuatkan Felixia Yeap yang berbangsa Cina ini mendapat hidayah ALLAH. Ya, dengan memulakan langkah menutup aurat seperti muslimah. Tidak malukah kita sebagai muslimah tetapi masih terus tidak menutup aurat dengan sempurna. Dia sendiri mengakui bila mana dia bertudung & memakai pakaian yang menutup aurat dia tidak lagi dikacau sewenang-wenangnya oleh lelaki. Rugi kita tidak merebut peluang untuk terus menutup aurat kerana wanita Islam itu sangat berharga lebih tinggi nilainya dari permata, emas malahan harta.

Ketika asyik membaca buku ini, satu analogi telah menjentik hatinya, “Ingatlah, megahnya layang-layang terbang bebas di angkasa kerana talinya terikat kukuh di bumi.” Analogi yang bijak untuk manusia, manusia bisa ‘terbang’ bebas di bumi ALLAH dengan syarat drinya masih terikat dengan hukum-hukum ALLAH.

Percayalah muslimah serikandi Islam ALLAH menghadiahkan hikmah terindah buat kalian! Pensyariatan menutup aurat bukan sesekali untuk menyeksa wanita tetapi untuk memelihara maruah wanita Islam. Analogi barang kemas yang tertutup rapi & terpelihara dalam peti besi lebih bernilai tinggi harganya berbanding barang kemas yang di tayang umum lebih jelas dalam kondisi wanita Islam sekarang. Sahutlah seruan untuk menutup aurat. Jadi, nak tahu lebuh jelas tentang auratku, maruahku, kalian boleh dapatkan buku ini dengan kadar segera.


Siiru’alaabarakatillah...sebelum terlupa terima kasih penulis ucapkan pada kalian di atas doa & surah al-Fatihah yang kalian kirimkan buat ayahanda penulis. Al-Hamdulillah, penulis bisa melihat kembali ayahnya berjalan & tersenyum bahagia dengan kepulangan anak sulungnya ke kampung halaman. Moga doa kalian akan terus mewarnai kehidupan kita sebagai seorang muslim. Al-Hamdulillah.

Wednesday, 7 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah...udara nyawan kampung tersayang, kicauan burung-burung yang menghiasi alam, keindahan kampung yang menghijau serta keramahan jiran yang sangat didambakan oleh penulis membuatkan dia leka dengan kelebihan yang ALLAH anugerahkan pada tanah kelahirannya, Kelantan. Al-Hamdulillah penulis akhirnya bisa menziarahi kampungnya dengan mengambil cuti setelah lama berpraktikal. Akhirnya terubat juga rindu penulis pada ayah setelah sampai di rumah & menyalami tangan ayah. Berbicara panjang lebar dengan adik bongsu penulis, Ahmad Hambali & melayan karenahnya. Al-Hamdulillah Ya ALLAH...nikmat terindah yang Engkau berikan pada penulis walau sebentar cuma.

Baiklah, hari ini penulis nak bercerita pasal majalah SOLUSI isu ke 67 yang bertajuk “Kenapa Tidak Seintim Nabi & Anak Yatim”. Sungguh buku ini menabrak jiwa penulis. Menghentam hati penulis yang tak pernah berfikir tentang anak yatim. Bagaimana mereka? Apa yang anak yatim ini buat setelah ketiadaan ibu & ayah? Pernah penulis terfikir bagaimana keadaan mereka? Sepatutnya penulis mendekati mereka, sayang peluang belum dicari, usaha belum memenuhi mimpi. Kasih sayang ayahanda & bonda terus lesap sama hilangnya dengan kehilangan kedua ibu bapa mereka.


Majalah SOLUSI terus memberi solusi pada masyarakat bagaimana mahu berdepan dengan anak-anak yatim ini. Kita boleh bidup bahagia sedangkan si yatim hidupnya menderita. Kita boleh tersenyum senang dengan kemewahan yang kita dapat tapi kita terlupa pada anak yatim yang seharian hidupnya hanya dipenuhi air mata yang sentiasa mengalir. Penulis terjaga dari mimpi yang lena. Ya benar dia tak pernah berfikir tentang anak yatim sampailah buku SOLUSI ini membuka hatinya, menembak tepat pada jiwanya betapa sukarnya si yatim mahu meneruskan kehidupan tanpa ibu ayah di sisi. Si yatim ini dipinggir malah dibenci oleh ramai manusia hanya kerana dia yatim.

Penulis memetik kata-kata yang terlakar pada muka hadapan buku majalah SOLUSI isu ke 67 yang berbunyi: “Yatim hakiki adalah apabila miskin akhlak & budi. Maka sekiranya kau mengabaikan anak yatim, hakikatnya dirimu itulah yang yatim – sunyi & sedih! Ketika itu kau harus menangisi nasib diri. Kerana kau sebenarnya lebih yatim berbanding seluruh anak yatim di dunia ini!” Allahurabbi...sungguh diri penulis terketuk. Kata cinta pada Nabi Muhammad s.a.w tapi penulis jarang mendekat pada insan yang yatim. Bagaimana tu?


Kata sayang pada Nabi Muhammad s.a.w tapi tak pernah cuba menyayangi insan yang kehilangan ibu & ayah. Ya ALLAH manusia jenis apa penulis ini? Terima kasih Ya ALLAH kerana Engkau telah menyedarkan penulis dengan membaca & meneliti buku majalah SOLUSI isu ke-67 ini. Moga selepas ini penulis ada usaha untuk mendekatkan dirinya pada insan-insan seistimewa si yatim kerana Rasulullah s.a.w juga dilahirkan dalam keadaan yatim. Pantas rasulullah s.a.w sangat menyayangi siyatim kerana baginda s.a.w memahami situasi mereka. Ya, jika berpeluang penulis mahu merasai manisnya mengikat tali persaudaraan dengan anak-anak yatim. Tentu banyak perkara yang diperoleh penulis.

Ha...ini kelebihan bila kita menyemai minat membaca buku. Selain banyak perkara yang kita dapat tanpa sedar kita boleh melatih diri menjadi lebih baik dari sudut pembacaan & bahasa. Tak adalah kita selalu nak guna bahasa rojak sebab kita tahu kepentingan bahasa. Tak adalah kita selalu nak buat jahat sebab buku2 yang ada banyak mengajar kita jadi lebih baik. Pengaruh buku sebagai teman rapat.

Banyak tajuk perbincangan yang dibahaskan dalam buku SOLUSI ini. Antaranya, ‘Beduk di Ketuk: Sabar yang Dinamik’, ‘Mithali: Hangatkan Cinta Sepanjang Usia’, ‘Selebriti: Safiyurrahman al-Mubarakfuri Pakar Sirah Keturunan Sahabat’, ‘Zikra: Mancari Mati yang Sempurna’, ‘Kembara: Menjejak Islam di Auckland’, dan banyak lagi tajuk tersenarai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.  

Setakat ini dahulu coretan dari penulis untuk hari ini. Siiru ‘aalaa barakatillah.




Monday, 5 May 2014

Satu Hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah...syukur pada ALLAH yang memberi nikmat hidup & iman serta Islam kepada penulis untuk meneruskan langkahnya sebagai muslimah. Doanya moga dia & sahabat-sahabat dikurnia hati yang tabah untuk menghadapi kehidupan yang fana ini. Bagaimana kalian? Sihat @ sakit? Imannya bagaimana harus ditanya juga?

Baiklah hari ini penulis ingin berkongsi sebuah buku bertajuk ‘Pernik Cinta Oki Setiana Dewi Sejuta Pelangi”. Buku keluaran mizania Indonesia begitu memikat hati penulis saat bertandang ke rumah sahabat Nor Amira, Wan Nor Amirah & Maisarah di Seremban. Buku ini penulis pinjam dari sahabatnya dek kerana teringin membaca isi buku tersebut. Buku yang dipenuhi pengalaman-pengalaman pahit manis Oki Setiana Dewi dalam kehidupannya.



Sungguh buku ini sangat bagus membina semangat remaja untuk meneruskan hidup dengan lebih baik. Semua cerita benar yang di alami oleh OSD membuatkan penulis terus leka dalam alunan bait kata buku tersebut. Sampaikan penulis bisa tersenyum sendiri, bisa menangis menetes air mata, bisa tertawa bahagia & bisa sedih tanpa kata-kata. Biarpun bahasa Indonesia digunakan dalam buku tersebut penulis gembira dapat memahami mesej yang mahu disampaikan oleh OSD.

Memetik kata-kata OSD dalam buku tersebut pada halaman pertama buku:
“Sebuah kisah tentang mereka yg memancar semangat...kisah tentang mereka yang berlomba memberi manfaat...ini tentang para pelangi, yg mengajar makna hidup dengan gradasi warna-warni; ada duka, suka, semangat, senyum, juga cinta menyingkap hikmah, menebar cinta...Ku persembahkan untuk semua hati...yang selalu menginspirasi.”

Penulis mahu menjadi seperti OSD memberi tanpa simpati, menabur bakti tanpa sunyi, penuh dengan kasih sayang & cinta dalam diri, semua dihormati tanpa penat meminta disayangi. Moga semangat OSD sentiasa bersemi dalam diri manusia yang bergelar muslimah. Nak tahu tentang buku tersebut boleh baca bukunya.

Di bawah penulis dedikasikan lirik lagu Wanita Syurga Bidadari Dunia oleh Oki Setiana Dewi (OSD) buat semua yang bergelar muslimah. Moga memberi manfaat pada kalian yang punya tali persaudaraan dengan penulis.


Lirik lagu: Wanita Syurga Bidadari Dunia
Penyanyi: Oki Setiana Dewi
Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia

Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa

Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa



- See more at: http://umikasum.blogspot.com/2014/02/wanita-syurga-bidadari-dunia-oki.html#sthash.XuzRWl3z.dpuf          

Sunday, 4 May 2014

Wasiat Imam Hasan al-Banna

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...dengan kekuatan yang dikurnia oleh ALLAH penulis masih bisa singgah di blog ini. Perkongsian berharga buat diri yang sentiasa lupa. Semalam 4 Mei 2014 pada jam 10:00 malam penulis sempat menonton televisyen TV AL-HIJRAH. Menonton drama bertajuk "Dia Ayahku". Sungguh cerita ini mengingatkan penulis pada ayah tercinta yang sakit di kampung. Jalan ceritanya menarik & menyentuh hati tentang kisah seorang ayah yang kematian isteri sedang memelihara tiga orang anak dua lelaki seorang perempuan. Kerja si ayah hanyalah nelayan pagi ke laut pulang lewat petang. 

Apa yang menyentuh hati penulis adalah kisah ayahnya yang sangat tabah menghadapi penyakit tanpa pengetahuan anak-anak. Anak-anaknya berwatak baik. Si abang membantu ayah menambah pendapatan & rezeki mereka dengan melakukan banyak kerja kerana dia belum mendapat peluang pekerjaan di Kuala Lumpur. Ayah tak pernah lupa pada si anak, saat si anak mendapat peluang pekerjaan sebagai juru ukur di Kuala Lumpur, ayahnya paling bahagia mahu di adakan kenduri kesyukuran. Pelbagai pengorbanan ayah terserlah dalam drama ini. Sedihnya si anak lupa untuk pulang menjenguk si ayah di kampung akibat kesibukannya dengan kerja. Ayah semakin hari semakin teruk sakitnya. Tanpa di duga si ayah meninggal dunia. 

Puas adik-adiknya menelefon dia tapi tak pernah menjawab. Akhirnya dengan sekali menerima mesej dari adiknya, dia pantas pulang ke kampung halaman tetapi sayang sudah terlambat kerana ayahnya telah meninggal dunia. Dia memegang amanah & tanggungjawab menjaga adik-adiknya yang masih belajar.

Sungguh drama ini datang ketika mana penulis sangat merindui susuk tubuh yang bernama ayah. Ayah tak pernah di jenguk penulis sejak dia berpraktikal dalam tempoh 3 bulan ini. Alasannya tak banyak cuti & sibuk berpraktikal. Sedangkan ayah tengah sakit. Sepanjang ayahnya sakit dia tak pernah melihat & memerhati wajah suci penuh pahala iaitu ayah. Tidak tahu bagaimana kondisi ayah di kampung hanya mendengar dari mulut si mama bercerita. 

Sungguh cerita itu seolah-oleh memanggil penulis utuk pulang ke kampung tercinta. Watak ayah yang penyabar, tabah, kuat semangat, penyayang tapi tegas, kasih sayangnya jarang di tunjuk langsung pada anak-anak...semua sifat itu ada pada ayah penulis. Rindu pada ayah semakin bertambah, cuma hadiah doa & al-Fatihah dari perantauan dikirimkan moga ayah sentiasa tenang & sihat, bahagia dunia & akhirat. Penulis yakin ALLAH memelihara & mengasihi insan-insan yang disayangi penulis.



TAZKIRAH 5 MINIT (TAMBAH ILMU TAMBAH THAQAFAH)

10 WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA


  1. Bangunlah segera untuk melakukan shalat apabila mendengar azan walau bagaimana pun keadaannya.
  2. Baca, telaah, dan dengarkanlah Al-Qur’an atau dzikirlah kepada Allah dan jangan engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.
  3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
  4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tenteram.
  6. Jangan bergurau, karena ummat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus menerus.
  7. Jangan mengeraskan suara diatas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti.
  8. Jauhilah dari membicarakan keburukan orang lain atau melukainya dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
  9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama)
  10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih bertumpuk dari pada waktu yang tersedia, maka tolonglah selainmu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.
Berilah manfaat kepada semua insan yang wujud di sekeliling kita kerana percayalah dengan memberi kita memperoleh kebahagiaan yang abadi. Jadikan diri sebagai insan yang bermanfaat untuk orang lain, biar keberadaan kita di dunia di senangi makhluk bumi & memberi rahmat pada alam.


Thursday, 1 May 2014

Don't Forget ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...thanks to ALLAH because give writer the way to life and stay write in this blog. May ALLAH always make us happy by love and follow all the rules from ALLAH. Salam Jumaat Kareem to all my friends. Thank you to make choice to read my blog. May ALLAH bless all of my friends. Today I want to write by English version. It is okay for you? Hopefully that is alright. Its may help me and you to improve our English language.

I want to share with all of you about nasyid lyric under topic Don't Forget ALLAH by Farid Sanullah. The words were very interesting and make me think about what ever we do just not to forget ALLAH. Where ever we go  we must remember that we are hamba & khalifah to ALLAH. ALLAH give the best for us so be the best hamba & muslim in the world by syukur and redha.



Don't Forget Allah - Farid Sanullah 

You're down and out you just can't cope
You wanna shout you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make du'a Allah’s there
Whoever you are because He cares

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands Alhamdulillah

Lets flashback lets backtrack to a time like yours and mine
The story of the three who long to be free of their misery
To the poor he opened the doors gave him plenty of His bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands Alhamdulillah

Can't you see His promise to you
Can't you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don't lose hope in Allah

If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah He’ll guide you to all that is good

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands Alhamdulillah

You're down and out you just can't cope
You wanna shout you lost all hope
On your knees, begging please

You turn and pray to find your way