Sunday, 22 December 2013

Apa Erti Istikharah mu?


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…Allah masih memberi kesempatan kepada penulis untuk  berkongsi cerita dan mencoret kenangan dalam blognya. Syukur padaNya kesempatan ini seiring dengan saki-baki penulis bersisa di universitinya sebelum meneruskan perjalanan alam praktikal (Latihan Industri).  Mohon doa semua moga ALLAH permudahkan urusan penulis meneruskan usahanya untuk menuntut ilmu.

Kenangan bergelar mahasiswi di universiti ini banyak mengajar penulis menjadi manusia yang matang dalam menghadapi kehidupannya. Alam universitinya juga dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang sangat indah dan manis untuk diingati. Pahitnya juga turut ada dan manusia lumrahnya punya ujian dan masalah yang perlu dihadapi. Begitu juga si penulis. Cuma mungkin ujiannya berbeza bagi setiap manusia.

Baiklah.. dalam banyak-banyak buku yang penulis baca, hari ini penulis tertarik untuk berkongsi isi dan mutiara kata dalam buku yang bertajuk, ‘Mengapa Istikharah Tidak Berjawab- Karangan: Emran Ahmad’. Mengapa penulis terdetik untuk membeli sekali gus membaca buku ini? Jom, kita sambung baca!



Solat sunat istikharah adalah solat sunat yang sangat digalakkan cuma penulis baru terbuka hati untuk mengerjakannya saat dia betul-betuk dalam keadaan tersepit  membuat pilihan. Masa sekolah menengah dulu penulis pernah dengar tapi langsung tak cuba mendirikannya. Bila masuk alam universiti penulis mula mendirikannya dengan pengetahuan membaca buku-buku yang berkaitan dan mendapatkan pandangan asatizah yang pakar dalam urusan agama. Akhirnya terungkai persoalan penulis tentang masalah dan ujian yang dihadapinya perlu bergantung kepada ALLAH selain berusaha menyelesaikannya.

Buku ini merungkai sebab mengapa istikharah yang dikerjakan tidak berhasil. Ya, mungkin kerana hati tidak hadir saat kita mendirikan solat sunat istikharah, beristikharah bila perlu sahaja, tidak hadir kekhusyukan dalam solat, seolah-olah memaksa ALLAH membuat keputusan tanpa berusaha ke arah kebaikan, dan tidak sabar dalam menanti keputusan istikharah. Itu semua terangkum dalam buku ini. Ini betul-betul membuka mata penulis. Istikharah bukan hanya untuk memilih jodoh, tapi istikharah adalah untuk semua perkara yang memerlukan kita membuat pilihan yang seiring dengan kehendakNya.

Usah pertikai mengapa istikharah mu tidak berjawab, tapi cuba pertikaikan apa usaha mu untuk memenuhi jawapan kepada istikharah mu. Ini kesimpulan yang dapat penulis lakarkan sepanjang membaca buku ini. Tahniah kepada penulis buku ini yang telah menerbitkan buku tentang istikharah yang sekurang-kurangnya membuka mata masyarakat bahawa solat sunat istikharah bukan untuk jodoh semata tetapi untuk semua perkara. Istikharah bukti Muslim memandu hidupnya menuju ALLAH.

Memetik kata penutup dalam buku ini, “Hidup ini adalah suatu pilihan. Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita pilih. Setiap pilihan itu pasti akan dipersoalkan oleh ALLAH s.w.t ketika kita dibangkitkan pada hari akhirat kelak.”

Terima kasih dan alhamdulillah…Ya ALLAH…kerana Engkau telah membuka pintu hati kami untuk mengerjakan solat sunat istikharah petanda kami mahu mendekat dan menjadi hamba kesayanganMu. Istikharah ini telah membuka mata penulis betapa ALLAH sangat memudahkan hambaNya untuk memohon doa dan bergantung harap serta mengadu hanya pada ALLAH.

Biar lukamu berjaya dibaluti ALLAH…biar sakitmu pulih kerana ALLAH…biar resahmu kembali tenang di pangkuan ALLAH…biar masalahmu usai di sisi kasih sayangNya…biar bahagiamu diselimuti cinta ALLAH…biar sabar menemani di setiap langkah dan nafas berhembus. Hanya ALLAH yang Maha Tahu tentang hamba-hambaNya.

Setakat ini dahulu bicara penulis dan akhiri dengan kalam ALLAH yang Maha Hebat dalam surah al-Furqan ayat 63-76 tentang sifat ibadurrahman yang bermaksud:

63. dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini;

64. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari Dengan sujud dan berdiri,

65. dan juga mereka Yang berdoa Dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, Sesungguhnya azab seksaNya itu adalah mengertikan

66. Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal Yang amat buruk";
67. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

68. dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

69. akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, 

70. kecuali orang Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

71. dan sesiapa Yang bertaubat serta beramal soleh, maka Sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya Dengan sebenar-benar taubat;

72. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya.

73. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang apabila diberi peringatan Dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang Yang pekak dan buta.

74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

75. mereka itu semuanya akan dibalas Dengan mendapat tempat Yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan Selamat di dalamnya,

76. mereka kekal di Dalam syurga itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Wednesday, 18 December 2013

Hadiah Istimewa (2)

SAMBUNGAN

Terima kasih buat semua yang menghargai kewujudan diri penulis. Hanya ALLAH sahaja yg mempu membalas jasa & kebaikan kalian.

Ucapan ke-5 dari shbt yang bernama Siti Adyani Maliki, "Salam w.b.t...sobahal khair. Selamat hari lahir ukhti yang sentiasa dirindui& dihormati...semoga hidup akak lebih bahagia & dirahmati. Good luck for everything you do:-)"

Ucapan ke-6 dari shbt yang bernama Nazirah Hashim merangkap roomate penulis, "Salam ukhti, sanah helwah yer. Moga akak terus kuat & istiqomahdlm perjuangan ini...hidup dlm perjuanganadalah anugerah terindah dari ALLAH...moga sama2 kita terus berjuang ke syurgaNya...cepat dapat jodoh yer...hehehe."

Ucapan ke-7 dari shbt bernama Nor Shahierah Ismail, "Sanah helwah ya ukhti jameelah! Happy birthday. Selamat ulang tahun kelahiran ukhti! May ALLAH bless you always, ease you path in seeking knowledgaand toward jannah afterwards! Semoga sentiasa berada di bawah rahmat & kasih sayangNya."

Ucapan ke-8 sampai ucapan ke-100 semua tersenarai dalam SMS telefon bimbit & FB penulis. Alhamdulillah...tahun ini penulis dapat kumpul 5 buah hadiah, paling berharga hadiah doa-doa yang dikirim oleh insan-insan yang mengenali penulis. Apa tujuan penulis 'post' kisah ni dalam blog? Tujuannya penulis nak mengucapkan ribuan &jutaan terima kasih kepada semua yang menghargai kehadiran penulis di sisi mereka. Penulis tak tau nak ingat macam mana kebaikan2 mereka. Hanya dengan mencoret kebaikan mereka di blog ini mampu memberi momen indah buat penulis.

Jom, kita tengok gambar2 kat bawah:


Hadiah tudung dari kak Wanie & 'perfume' dari adik perempuan penulis.

Ni hadiah dari sahabat Jordan namanya Wazeerah...

Wazeerah


Ni dari mantan pelajar tamhidi...sekarang dah jadi pelajar degree.

Paling istimewa hadiah dari pelajar tamhidi...nama dia Hidayah Ibrahim.
Dia tahu penulis sangat sukakan buku & buku BI ni adalah buku pertama 
penulis yang berbahasa Inggeris.

Hadiah Istimewa (1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sesudah lama menyepi, akhirnya ALLAH memberi peluang kepada penulis untuk mencoret sesuatu pada blognya walau penulis dikejar masa & kesibukan pada saat-saat akhir minggu kuliah di universiti. Di sini penulis tak nak cakap panjang hanya mahu berkongsi rasa nikmatnya punya sahabat yang ramai terutama ketika datangnya masa hari lahir penulis. 

Al-hamdulillah...banyak hadiah juga kata-kata semangat dari orang-orang terdekat buat penulis yang sudah menjangkau usia 20-an. Penulis tak tau cara bagaimana mahu menghargai mereka. Mungkin ini cara penulis berterima kasih:

Ucapan pertama yg penulis terima adalah SMS dari adik bongsu penulis, Ahmad Hambali Yaakob, "Selamat Hari Lahir kak yong." 

Ucapan ke dua dari shbt bernama Syatirah,"Ya ALLAH izinkan insan ini menjadi sekuntum bunga yg dihiasi dgn kelopak akhlak mulia, harum wanginya dgn ilmu & agama,cantiknya kerana iman & taqwa...namun keindahan zahirnya di simpan rapi, biar menjadi rahsia yg kekal abadi, bkn perhatian mata ajnabi, yg menjadi punca fitnah hatidari lelaki berjiwa sepi...wajahnya bkn mengundang dosa, timbulkan duri yg berbisa memagari dirinya agar terpeliharadari noda duniawi yg menghilangkan harum sejati utk KAU calonkan dirinya sebagai bidadari syurgamu...amin. Selamat Hari Lahir."

Ucapan ke-3 dari shbt bernama kak Noor Azilawanie Noor Azmi:, "Salam buat bidadari hati yg dirindui, moga kasih Ilahi sentiasa bersamamu. Walau bkn mata yg bertemu, bkn tangan yg mendakap, bkn senyum yg terzahir, tapi ketahuilah bhw diriku sentiasa mengingatimu. Doaku moga ukhuwwah ini kekal demiNya & sentiasa utkNya. Sanah helwah ukhti, moga mendpt umur yg berkat, doa yg mustajab, hajat yg tertunai, kesihatan yg berpanjangan, hutang yg terbayar, kebahagiaan di dunia & akhirat."

Ni hadiah dari kak wanie...sehelai tudung Mesir...

Ucapan ke-4 dari satu2nya adik perempuan penulis bernama, Farah Mimi Yaakob, "Assalam kak yong...sobahal khair,Sanah helwah, moga panjang umur, murah rezeki, berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi, mati dlm husnul khatimah. Di permudah segala urusan oleh ALLAH..amin ibtisam daiman. Hadiah nati eh."

Hadiah 'perfume' dari adik perempuan penulis...


Monday, 9 December 2013

Kuasa surah Al-Fatihah ^__^

Jom, sama-sama kita telusuri maksud & tadabbur surah al-Fatihah!




1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Al-Hamdulillah ALLAH masih memberi penulis kesempatan untuk berkongsi sesuatu dalam blognya. Al-Hamdulillah juga kerana ALLAH sangat menyayangi penulis kerana sehingga saat ini penulis bergelar seorang muslim & mahu menjadi muslimah dambaan syurga. InsyaALLAH...ameen. Doakan yer ^__^ Kasih sayang ALLAH sangat meluas pada hamba-hambaNya yang mahu berfikir tentang kebesaranNya.

Lumrah manusia bila ditimpa ujian adakalanya dia rebah tanpa dipinta. Lumrah manusia terkadang imannya menurun tanpa diduga menjauh daripada ALLAH, merasakan seolah-olah ALLAH telah meninggalkannya tanpa petunjuk. Lumrah manusia rasa resah bila hatinya dirasakan kosong padahal nikmat & kasih sayang ALLAH sentiasa melimpah terhadapnya. Bersyukurlah duhai jasad yang bernama hamba ALLAH.

Al-Fatihah sebaik-baik doa. Al-Fatihah sebaik-baik ayat al-Quran yg diturunkan kepada umat manusia yang mahukan petunjuk ALLAH. Al-Fatihah punya kuasa yang tersendiri bila dibaca dengan ikhlas dan penuh ketaatan pada ALLAH. Cuba di baca dengan mata hati bukan mata kasar seorang manusia biasa. Sudah tentu kamu bisa merasakan ALLAH sangat dekat dengan jiwamu, mendengar setiap hela nafasmu, memahami setiap masalah & pengaduanmu. Ini kerana ALLAH Maha Pendengar, ALLAH Maha Pengasih & Penyayang. Cubalah duhai sahabat!



ALLAH Maha Tahu setiap ujian yang kita lalui, ALLAH Maha Tahu setiap hela nafas kita. Kenapa tidak kita rungkaikan sahaja segala masalah kita padaNya? Kenapa tidak kita jadikan ALLAH tempat mengadu segala suka duka kehidupan kita? Pasti manisnya nanti kita kecapi dengan bahagia dunia akhirat.





Sama seperti surah-Al-Fatihah, andai kita merindui sahabat & keluarga cuba kita bacakan dengan mata hati. Andai ada sahabat yang membuat hati kita terluka sedekahkan Al-Fatihah padanya. Andai ada rindu pada insan yang bakal menjadi pendamping kelak sama ada di dunia atau di akhirat sana, sedekahkan Al-Fatihah padanya moga jodoh yang dimahukan seiring dengan redha ibu ayah & ALLAH. Pasti ketika itu hati kita bisa tenang kerana kita telah serahkan pada ALLAH semua urusan kita.  

Jom perbanyakkan menyedekahkan surah Al-Fatihah pada semua makhluk ALLAH!












Saturday, 7 December 2013

ALLAH Uji Tanda DIA Sayang ^__^

Ujian oh Ujian!

Al-Hamdulillah, ALLAH masih memberi kekuatan & kesempatan kepada penulis untuk menarikan sebentar penanya menenangkan hati yang terkadang penuh dengan masalah & ujian. Seminggu sudah penulis tidak berkesempatan menjenguk blognya, ya kekangan masa memungkinkan segala-galanya berlaku. Biasalah bila bergelar pelajar tahun akhir di universiti semua perkara nak dikejar terutamanya ‘thesis’ yang memerlukan penumpuan penulis.

Namun, al-hamdulillah pada akhirnya hari ini ALLAH mengurniakan kesempatan kepada penulis walau hanya sebentar untuk mencoret sesuatu pada blognya. Setiap bait kata yang terlakar pada blog ini menjadi saksi penulisannya. Blog ini di rekayasa bukan untuk penulis memegah diri, bukan juga untuk meluah perasaan yang terkandung dalam qalbu semata, bukan juga mahu menunjuk nikmat apa yang ALLAH berikan pada penulis, tapi kehadiran blog ini tidak lain tidak bukan hanya untuk memenuhi tuntutan ALLAH dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud:

125. Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Penulis tiada niat nak membangga diri dengan menceritakan segala pengalaman atau perasaannya cuma penulis mahu berkongsi ‘sharing is caring’ dengan semua sahabat. Manusia fitrahnya ada perkara yang disukai dan ada perkara yang manusia tak suka. Jadi, penulis meraikan semua bersikap terbuka dan berfikiran positif bahawa setiap manusia ada pandangan & pendapat yang berbeza mengikut apa yang difikirkannya.  

Nak jadi pendakwah tak semestinya kena pandai bercakap je, lagipun penulis bukannya jenis yang petah berkata-kata, tersusun bicaranya tapi penulis lebih suka menyampaikan sesuatu dengan cara menulis tak kiralah bagaimanapun bentuk penulisannya.

Jom, kembali pada isi kita malam ini tentang ujian. Bila bernama manusia kita tak dapat lari dari ujian @ mehnah @ masalah @ apa sahaja yang terkadang mengganggu emosi dan perasaan kita. Terkadang kita tertanya-tanya, kenapa aku diuji? Kenapa aku pulak yang kena tempuh masalah ini?

Pernah tak kita terfikir semua ujian ini mengajar kita menjadi hambaNya yang mendekat dengan ALLAH? Pernah tak kita berfikir bahawa setiap ujianNya banyak mengajar kita menjadi insan yang matang & bersabar? Pernah tak kita rasa bila ALLAH uji kita, kita nampak ALLAH sangat sayang kita sebab kita antara hambaNya yang terpilih.

Sungguh ALLAH tak pernah membebankan hambaNya walau sedikit pun. ALLAH Maha Tahu setiap kemampuan hamba-hambaNya. Jadi tak perlulah kita risau atau mengeluh saat kita diuji. Memang cakap senang yang merasanya adalah orang yang diuji. Bukan senang tau nak sabar bila diuji, bukan senang tau nak berfikiran positif & fikir ada hikmah di sebalik ujian ini. Belajarlah untuk menerima ujian dengan merasakan ALLAH nak kita dekat dengannya.

Penulis terkenang zaman dia asyik menghabiskan masa di surau. Walau hanya surau yang kecil tapi masih bisa menanam ketenangan di hati penulis. Ini kerana bilik itu adalah rumah ALLAH yang memberi sejuta kebaikan kepada penghuninya. Persekitaran @ biah yang baik serta solehah kadang-kadang mempengaruhi hati & perbuatan kita sendiri. Kita tengok macam mana orang sekeliling kita menghadapi ujian dengan cara bersabar atau melatah, kadang2 kita pun bertindak seperti itu.








Penulis pasti akan merindui saat manis bersama-sama bidadari-bidadari syurga tetamu ALLAH ini. Kenangan manis yang tak mungkin penulis lupakan sepanjang hayatnya berada di suniversiti. Terima kasih sahabat-sahabat bidadari-bidadari tetamu ALLAH.



Kesimpulannya, jadilah hamba ALLAH yang redha , syukur & sabar dengan ujian-ujian yang menimpa hidup kita. Anggap sahaja ujian adalah hadiah & anugerah dari ALLAH yang mahu hambaNya lebih mendekati ALLAH. Memang cakap senang tapi mujahadah diri itu yang penting.  

Monday, 2 December 2013

Warkah Buat Insan Yang Pernah Hadir dalam Kamus hidupku ^_^

Aku tak mampu untuk sentiasa ada di sisi orang yg aku sayang sama ada ketika kalian susah atau senang. Aku yakin ALLAH sentiasa ada di sisi kalian orang-orang yg aku sayang. Dek kerana itu aku hanya mampu menyedekahkan al-Fatihah pada kalian moga kalian sentiasa di jaga iman & diberi kekuatan dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang.

Moga aku juga bisa tenang dengan menyerahkan segala urusan kalian orang yang aku cintai & sayangi kepada ALLAH Yang Maha Kuasa. Aku tidak mampu mengharap lebih untuk kalian orang yang aku sayangcukup sekadar aku mengirim doa & al-Fatihah lewat setiap solatku pada kalian, InsyaALLAH kalian di jaga ALLAH. Aku tidak berhak menentukan bagaimana hidup kalian orang yang aku sayang tapi aku punya hak untuk sentiasa mendoakan kebahagiaan & kejayaan dunia & akhirat kalian.

Cukuplah ALLAH tempat aku menyerahkan segalanya. Hanya satu yang ku harapkan pada kalian, hargailah setiap orang yang ada disekeliling kalian keran itu tanda ALLAH menyayangi kalian. Orang yang aku sayang, hargailah setiap nikmat yang ALLAH berikan & anugerahkan untuk kalian, jangan sampai nanti nikmat itu sudah pergi jauh darimu baru kalian hendak menyesal.

Usah peduli apa kata orang yang dilemparkan pada kalian yang penting lihat & dengar apa pandangan ALLAH pada kalian. Sudah cukup berbaktikah kita pada Islam? Sudah cukup berjasakah kita pada bumi Tuhan? Itu yang harus kita koreksi terlebih dahulu sebelum kita mahu menyalahkan orang yang ada di samping kita.

Warkah itu kukarang buat kalian orang yang aku sayang. Moga kasih sayang ALLAH sentiasa bersama kalian. Ku akhiri setiap bait kataku dengan lafaz salam dan sekelumit kemaafan andai kataku mendatangkan radang di hati kalian. Al-HAMDULILLAH...kerana ALLAH telah mengurniakan aku insan-insan yang baik di sisiku. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari insan-insan yang melengkapi hidup aku sebagai manusia yang terkadang memerlukan nasihat & semangat yang membina dari keluarga, dan sahabat2 kerana ALLAH.

Sunday, 1 December 2013

Bersyukur dilahirkan Islam ^__^

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Al-hamdulillah ALLAH masih memberi kekuatan & keberkatan masa kepada penulis untuk meluangkan waktunya bermain dengan pena di laman blognya. Al-hamdulillah juga dengan nikmat terbesar yang ALLAH kurniakan & anugerahkan kepada penulis iaitu nikmat iman dan Islam, penulis menjadi seorang Muslimah beragama Islam yang mahu mengamalkan Islam waktu hayatnya.

Bersyukurlah, jika kalian dilahirkan sebagai seorang Muslim. Bersyukurlah jika pada kad pengenalan kalian ada tertulis kalian ini beragama Islam. Bersyukur juga jika ibu ayah dan keluarga kalian adalah insan yang beragama Islam. Tentu kalian hidup gembira kan? Mana taknya bila seorang Muslim gembira & senang dengan kehidupannya, dia menjadi hambanya yang bersyukur. Bila sahaja ujian datang bertimpa-timpa dalam kehidupannya, dia bukan malah menjadi insan yang sedih tetapi dia menjadi hambanya yang sabar & bersyukur dengan nikmat & ujian yang diberikan kepadanya. Ini kerana dia yakin ALLAH sentiasa ada untuk hambanya.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat 2, 3, & 4 yang bermaksud:

2. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. 3. Iaitu orang-orang Yang mendirikan sembahyang dan Yang mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka. 4. merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka akan mendapat pangkat-pangkat Yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia Yang mulia (di Syurga).

Sifat sebegini lah yang patut ada pada seorang Muslim barulah di benar-benar bergelar seorang Muslim. Sifat yang bagaimana? Orang-orang yang beriman itu akan sempurna imannya bila mereka gementar & takut saat nama ALLAH disebut. Bila mereka membaca ayat2 ALLAH yakni al-Quran mereka lantas bertambah imannya. Siapa orang beriman itu? Orang beriman itu ialah orang yang mendirikan solat & orang yang mendermakan sebahagian hartanya buat manusia & makhluk lain.

Pagi tadi asyik membelek gambar-gambar bayi dan kanak-kanak dalam ‘page’ – ‘Cutes Babies Photos Collection’. SubhanaALLAH, sungguh tertarik penulis dengan gambar-gambar bayi tersebut. Mereka sangat comel. Semua sahabat mesti dah lupa bagaimana kita membesar dulu kan? Kita juga pernah jadi bayi yang tidak tahu apa-apa. Hanya tahu menangis dan tahu main sahaja. Daripada bayi kita membesar menjadi kanak-kanak. Kanak-kanak Islam dididik dengan ajaran Islam, itu pun jika orang tuanya mengambil berat tentang didikan agamanya. Kita tahu serba sedikit mana yang baik dan mana yang buruk.

Indah ciptaan ALLAH terhadap manusia, sejak kita lahir kita sudah terkenal dengan keindahan wajah kita. Tak percaya try tengok koleksi2 gambar dari page Facebook ‘Cutes Babies Photos Collection’.








Ya ALLAH...sungguh indah penciptaanMu. HambaMu bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan sempurna akal & fizikal serta rohani yang bertunjangkan Islam.

Moga penulis dianugerahkan anak-anak mujahid & mujahidah Islam secomel dan seindah ini. Anak-anak yang bakal membumikan Islam dalam diri & orang sekelilingnya. Ameen. Doakan juga moga2 sahabat2 sekalian bakal dianugerahkan anak-anak yang soleh & solehah menghiasi bahtera perkahwinan anda.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah as-shafaat ayat 100 yang bermaksud:
100. " Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu anak Yang terhitung dari orang-orang Yang soleh!"

Firman ALLAH S.W.T lagi dalam surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.