Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang...
Al-Hamdulillah...dengan nikmat iman &
nikmat Islam penulis masih menghirup udara pemberianNya yang percuma, bisa
melangkah ke sana ke mari melaksana tugasan & amanahnya, bisa setia menatap
skrin ‘notebook’nya untuk mengisi kekosongan yang ada. Al-Hamdulillah Ya ALLAH
di atas peluang & kesempatan yang Engkau anugerahkan kepada penulis. Usah
kita lupa untuk menjadi hambaNya yang bersyukur dengan segala nikmat &
musibah dariNya.
Di kesempatan yang ada dengan ruang masa yang
cukup terhad ini izinkan penulis meneruskan bicara tentang perjuangan Islam. Sedang
asyik menaip sesuatu untuk blog sambil telinga mendengar & menangkap alunan
nasyid dari kumpulan Shoutul Harakah, benar menyentap jiwanya! Alangkah sedikit
usahanya untuk terus berada di medan perjuangan Islam ini. Alangkah rugi jika
dia tidak meneruskan langkahnya di jalan mulia ini! Mari kita hayati
bersama-sama bait kata lirik nasyid di bawah ini agar memberi satu suntikan
baru kepada diri penulis dan sahabat-sahabat semua!
Langkah Pejuang
Album :
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com
Dengan Bismillah pejuang melangkah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi
Langkah yang diatur bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran
Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih Mardhatillah
Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan
Istiqamah jati diri
Teruskan Risalah Nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti
Istiqamah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi
Langkah yang diatur bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran
Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih Mardhatillah
Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan
Istiqamah jati diri
Teruskan Risalah Nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti
Istiqamah
Ya,
benar berjuang tidak akan pernah ada titik berhenti. Selangkah kita di jalan
ini sejuta langkah membahu di sisi. Allah tidak akan sesekali membiarkan
hambaNya berjuang sendiri. Ya benar pahit selalu ditelan oleh insan-insan yang
jujur membawa risalah Islam, tapi bukan selamanya kita menelan kepahitan kerana
pada pengakhiran kehidupan kita akan dapati ada cahaya kesenangan datang
menjelang.
Ya
sahabat-sahabat kita memilih jalan ini & ALLAH memilih kita bukan atas
tiket kita baik, bukan juga atas sebab kita ini muslimah, bukan juga atas sebab
kita ini Islam tetapi atas sebab kita ini adalah hamba & khalifahNya
pemegang amanah hingga akhirnya. Duhai diri, usah rebah sebelum goyah, usah
berhenti ketika di landa badai bencana, usah jatuh saat ujian bertimpa
menjelma, kerana yakinlah pada tekad kerana ALLAH kita melangkah di medan
perjuangan ini bukan memerlukan niat kerana manusia tetapi cukup meletakkan
ALLAH semata.
Penulis
bukan pandai berbicara tentang perjuangan Islam & sudah pasti sahabat semua
lebih memahami maksud tersirat tentang perjuangan menegakkan Islam ini. Cukup dengan
bicara bait kata lirik nasyid di atas mengajak kita memuhasah diri, bagaimana
tingkah kita, bagaimana sumbangan kita pada menegakkan Islam di bumi Malaysia
ini khususnya? Sibuk penulis berbicara tentang diri, sibuk penulis menaip
pengalaman indah bergelar muslimah hingga terkadang lupa dia mengajak diri
manusia-manusia yang menjengah blognya untuk terus mengingati ALLAH...untuk
terus menjadi hambaNya yang sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH dengan
hablunmnallah & hablumminannas.
Mari
kita berhenti sejenak, berfikir & memuhasabah diri...apa tujuan aku hidup
di dunia ini? Apa matlamat akhir aku belayar di dunia ini sedangkan dunia kekal
abadi sedang menanti? Mari sahabat kita perkasa diri, kita terus thabat di
medan perjuangan Islam ini kerana bukan mudah untuk kita terus mujahadah tetap
berada dalam keredhaan ALLAH yang abadi.
Setakat
ini bicara dari hati, moga ALLAH terus thabatkan dirinya & sahabat-sahabat
dalam medan perjuangan Islam ini. Medan perjuangan Islam bukan hanya dalam
siasah, pendidikan, sosial, ekonomi semata-mata, tetapi merangkumi seluruh
aspek kehidupan manusia daripada kita mula-mula berada dalam rahim ibu
sehinggalah kita kembali padaNya.
Siiru ‘alaa barakatillah.
No comments:
Post a Comment