Cinta Fitrah Manusia
Perasaan cinta adalah fitrah yang dikurnia Ilahi pada setiap hambaNya.
Dengan cinta itulah berseminya rasa bahagia...dengan cintalah terhapusnya
permusuhan & pergaduhan...dengan cinta yg dicampakkan ALLAH pada hati
setiap manusia inilah bisa melahirkan mujahid, mujahidah solehah dalam
meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w...dengan cinta inilah ALLAH
memelihara seseorang muslim yang tekun mendekatkan diri &
mencintaiNya...dengan cinta ini juga sehingga sekarang kita dapat merasai
kemanisan iman, Islam, berkat cinta Nabi Muhammad s.a.w terhadap umat baginda
s.a.w.
Al-Hamdulillah...ucapan syukur dan bahagia penulis lafazkan kerana cuti
semester ini ramai sahabat2nya bakal mendirikan rumahtangga. Tahniah di atas
jodoh yang telah dianugerahkan oleh ALLAH pada kalian. Biarpun jodoh penulis
masih di Lauh Mahfuz sekurang-kurangnya penulis mampu tersenyum bahagia &
tumpang gembira dengan khabar perkahwinan kalian.
Pesanan buat diri & sahabat-sahabat yg masih belum menemui jodoh terbaik
untuk kalian & demi Islam...usah kalian risau kerna percaya & yakinlah
ALLAH telah menetapkan segalanya untuk kita termasuklah dalam bab jodoh. Jadi
tak perlulah kita beralih angin nak ikut peredaran semasa dengan hanya ‘bercouple’.
‘Couple’ bukan penyelesaian kepada jodoh, ‘couple’ hanya mendatangkan kemurkaan
ALLAH semata.
Persiapkanlah diri dengan menjadi muslimah solehah buat ibu, ayah &
keluarga sebelum dirimu bakal bergelar isteri. Lagipun hidup kita tak lama di
dunia ini & kita tak tahu bila kita akan mati menemui Tuhan yang Maha
Berkuasa. Ketika itu jangan kita baru nak kesal atas keterlewatan kita untuk
mengubah diri menjadi lebih baik pada pandangan ALLAH.
Bila bicara tentang cinta...semua seperti sudah maklum akan perasaan indah
ini. Penulis mengakui cukup cemburu dengan sahabat2nya yang bakal menuju ke
gerbang perkahwinan tidak lama lagi & mereka sedang membilang hari
menghadapi hari bahagia tersebut. Terkesima dengan soalan adik bongsu terhadap
penulis, “Kak yong bila nak kakawin? Bila adik boleh tengok kak yong kawin? Kan
Nabi Muhammad s.a.w pun kawin dengan Saidatina Khadijah.” Acap kali dia
bertanya hingga memaksa penulis kata, “Ada jodoh kawinlah kak yong.”
Al-hamdulillah perasaan cemburu itu bisa di atasi dengan kesabaran &
kepercayaan pada Qada’ & Qadar ALLAH terhadapnya. Penulis percaya ALLAH
menangguh masanya demi memberi waktu & ruang kepada penulis untuk menanam
akhlak2 wanita solehah & mempersiapkan dirinya dgn ilmu2 berkaitan
rumahtangga. Cinta selepas kahwin hanya dirasai selepas lafaz akad nikahnya.
Cinta yang bersemi atas nama ALLAH...juga dihiasi kemanisan hingga syurga.
Ameen.
Penulis abadikan satu video khas buat sahabat2 yang bakal ke gerbang
perkahwinan. Moga perkahwinan kalian berpanjangan hingga ke syurga. Semoga
video ini mengubat rasa hati buat sahabat2 yang mungkin penulis tak
berkesempatan untuk memenuhi undangan kalian. Jom tengok video khas dari
penulis!
No comments:
Post a Comment