SABAR DUHAI HATI
Masih basah di ingatan penulis zaman persekolahan yang
sarat dengan pengalaman & kenangan. Untungnya bila kawan2 sekelas semuanya
perempuan tiada berlainan jantina kecuali guru2 yang menjadi tenaga pengajar. Jadi,
masa keemasan ini digunakan oleh penulis untuk bergiat aktif di sekolah. Masa
di sekolah dulu mana ingat nak bercinta @ mempunyai pacar seperti pelajar lain.
Ini kerana ayah penulis selalu berpesan, “Belajar rajin2. Jangan nak bercinta
pula masa belajar. Jangan mudah percaya pada kata2 manusia yang namanya lelaki.
Ayah cakap macam ni sebab ayah lelaki. Ayah lebih tau macam mana perangai
lelaki. Nanti jangan dah terhantuk baru tengadah.”
Saban waktu ayah sentiasa memberi pesanan itu sehingga
menyebabkan penulis langsung tidak mempercayai lelaki kecuali ayah & adik2
lelakinya. Bukan hanya tidak percaya, bahkan penulis sungguh tak suka lelaki.
Boleh dikatakan tergolong dalam kalangan perempuan yang anti-lelaki. Kawan
lelaki pun tiada.
Ketika itu kawan2 ramai yang ada teman lelaki.
Biasalah zaman berdarah muda semua benda nak dicuba. Nasib penulis baik kerana
menerima didikan tegas dari ayah tentang perhubungan lelaki & perempuan
yang bukan muhrim. Walau ketika itu, ada kawan yang mengatakan penulis ni ‘anak
mak’, hidup terkongkong kerana perlu mengikut segala keputusan ibu & ayah,
tak seronok tiada pacar, penulis bersyukur kerana mempunyai ibu & ayah yang
sangat ambil berat tentang agama anak2nya. Kasih sayang ayah sudah memenuhi
hati & jasad kami. Cukup untuk membuktikan betapa sayangnya ayah kepada
anak perempuannya.
Hampir 7 tahun penulis hidup gembira tanpa ada kawan
lelaki di sekolah yang hanya di diami oleh pelajar perempuan. Selama hampir 7
tahun juga penulis melakar harapan agar
di kurnia jodoh yang baik suatu hari nanti. Biarlah rasa cinta itu untuk yang
halal dicintai. Biarpun saat itu penulis terpaksa berperang dengan nafsu mudanya,
dia pasrah dengan ketentuanNya.
Penulis menerima tawaran universiti tempatan dengan
hati yang gundah. Tiba masa berpisah dengan keluarga. Perkara pertama yang
difikirkan oleh penulis adalah macam mana nak berdepan dengan lelaki2 yang
wujud sepanjang pembelajaran penulis di sana. Penulis mengakui sangat takut
untuk berdepan dengan situasi ini. Ketika itu juga, hati penulis berbicara, ”Alangkah
bagusnya jika ada universiti yang hanya menempatkan pelajar perempuan.”
Perkara pertama juga yang dipesan oleh ayah saat
menghantar penulis menaiki kereta abang sebapa untuk ke universiti adalah,
“Jaga diri baik2. Belajar rajin2. Jangan nak main cinta di universiti sana.
Jangan mudah percaya kata2 manis lelaki.” Pesanan2 lain menyusul diiringi sebak
yang tertahan di hati kecil penulis.
Sehingga sekarang penulis masih mengingati kata2 ayah
itu & menjadi pembakar semangat untuk penulis belajar dengan baik di
universiti. Walau terkadang goyah dengan ujian perasaan hati, penulis cuba untuk
menenangkan hatinya bahawa jika dia berjaya menjaga hatinya hanya untuk
suaminya sahaja sudah tentu ALLAH mengurniakan jodoh yang terbaik untuknya.
Bahkan bakal suami yang menjadi idaman hatinya juga seorang yang menjadi hati
& cinta untuk bakal isterinya.
Teringat Surah An-Nuur ayat 26:
26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki
Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat;
dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik,
dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang
baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang
(yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan
pengurniaan Yang mulia.
Percaya &
yakin dengan ayat Quran ini, membuatkan penulis nekad menyerahkan Qada’ &
Qadar jodohnya kepada ALLAH di samping tidak lupa untuk berusaha dengan cara
berdoa agar di kurnia jodoh yang baik serta bisa memimpin mereka menemui keredaan
ALLAH. Selain berusaha menjadi wanita solehah & mengikut syariat2 yang
digariskan dalam Islam.
Penulis tidak
kisah siapa bakal suaminya asalkan pemuda tersebut memenuhi dua syarat wajib yang
ditetapkan olehnya iaitu, pertama pemuda tersebut mestilah seorang pejuang
agama ALLAH & ke dua pemuda tersebut hendaklah memenuhi syarat ibu &
ayah penulis dengan kata lain, pemuda tersebut mestilah mendapat redha ibu
& ayah serta keluarga penulis terlebih dahulu.
Umur penulis
semakin meningkat, sudah menginjak tahun ke empat pengajian di universiti. Tahun
terakhir bergelar mahasiswi universiti. Bohong jika tidak terdetik di hatinya
perasaan ingin mencintai dan dicintai kerana penulis juga adalah insan biasa
yang di kurnia perasaan cinta. Namun perasaan itu hanya di simpan kemas untuk
insan yang bergelar suami saat pemuda itu melafazkan akadnya berwalikan ayah
kandung penulis.
Dek kerana
itulah, penulis cuba memujuk hatinya untuk bersabar dalam menerima ujian
jodohnya. “Sabarlah duhai hati kerana sabar mu akan membuahkan ketenangan &
kebahagiaan yang indah. Sabarlah duhai hati kerana masakan hampir 7 tahun kamu sabar
menunggu jodoh mu masa di sekolah menengah, sekarang kamu tidak bisa sabar
untuk menunggu dalam tempoh 5 tahun ini. ALLAH Maha Mengetahui & perancangannya
untuk mu Maha Hebat.”
No comments:
Post a Comment