SALAHKAH KU BERBAHASA ARAB
Bahasa Arab antara bahasa yang sangat
penulis sukai walaupun tidak menjadi pakar dalam bahasa ini. Sekadar mencintai
dan menyukai cukup untuk penulis menanam minat mendalam pada bahasa Al-Quran
ini.
Bahasa Arab ini membuatkan penulis lebih
faham tentang isi al-Quran. Bahasa Arab sanagat indah bila kita cuba untuk
mempraktikkannya. Bila mendalami bahasa Arab banyak perkara yang penulis dapat
terutama tentang kepentingan bahasa Arab yang tiada pada bahasa lain.
Ramai yang kata nak belajar bahasa Arab
ini susah perlu mujahadah, perlu banyak berkorban dan banyak perkara yang nak
dipraktikkan semata-mata nak faham bahasa Arab. Sebenarnya bahasa Arab tak
susah dan tak payah pun walau pun kita orang Melayu. Ini sama dengan kaedah kita
belajar bahasa Inggeris kan?
Namun, salahkah penulis berbahasa Arab
saat orang lain seronok menggunakan bahasa sendiri atau dengan kata lain bahasa
ibunda? Salahkah penulis mahu menjadi lain daripada yang lain ‘be different
then others’ bila kita nak perkenalkan diri kita atau bercakap dalam sesuatu
perkara? Tak salah kan?
Jika tak salah kenapa masih ramai yang
menggelakkan atau mengusik bila ada kawan kita mahu menggunakan bahasa asing
dalam perbualan biasa? Musykilah kabirah! Kadang-kadang bila bercakap menggunakan
bahasa Arab automatik ada sahaja kata sindiran atau bisikan-bisikan berbisa
singgah di telinga.
Penulis cuba untuk bersangka baik.
Mungkin mereka sudah terbiasa dengan bahasa ibunda, bila ada yang berbahasa
asing bunyinya agak pelik. Mungkin juga penulis salah tempat dalam berbahasa
arab. Banyak kemungkinannya yang melayang di fikiran penulis. Berusaha untuk
menanam sikap positif pada kawan-kawan. Ya, mungkin mereka tidak tahu
kepentingan sebenar bahasa Arab.
Penulis suka jadi lain daripada yang lain
kerana bila kita jadi lain daripada yang lain mana tahu kita telah menyumbang
ilham pada kawan-kawan tentang sesuatu perkara yang baru. Jadi salahkahku
berbahasa Arab sudah terjawab pada pengakhiran artikel ini.
Biarlah apa yang manusia nak kata sebab
mulut manusia kita tak dapat nak tutup asal kita menabur kebaikan di bumi ALLAH
ini sudah baik bagi kita. Asal kita tidak mendatangkan kerosakan pada bumi dan
masyarakat sekitar...asal kita tidak mengfitnah dan menjaga diri dari perkara
yang dibenci manusia...itu sudah memadai bagi diri kita.
Penulis cuba untuk memartabatkan bahasa
Arab walau perit untuk menelan pahitnya ubat penenang hati. Hanya ALLAH yang
mampu menjaga hati penulis daripada riak dengan ilmu yang ada. Hanya ALLAH yang
Maha Mengetahui gejolak jiwa yang bersemi di hati.
Ya ALLAH...tetapkanlah hati kami dalam
melakukan kebaikan walau saat itu hanya ALLAH yang Maha Melihat hikmahnya. Ya
ALLAH...andai diri kami adalah mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w Engkau
kurniakan kami kekuatan & ketabahan hati dalam mengharungi badai dunia yang
penuh dengan fatamorgana ini. Ya ALLAH...Izinkan kami menemui cintaMu di syurga
Firdausi, menggapai redhamU di dunia ini.
Jom, kita sama-sama memartabatkan bahasa
Arab kerna bukan pelajar dalam bidang bahasa Arab sahaja yang nak memahami isi
Al-Quran tetapi umat Islam secara keseluruhannya mahu memahami Al-Quran! Sama
seperti kita nak memahirkan diri dengan bahasa Inggeris begitulah usaha kita
nak kenal bahasa Arab.
Sejujurnya penuli8s mulai jatuh cinta pada bahasa Arab dek kerana teruja melihat pensyarah2nya memberi galakan & semangat kepada pelajar2nya untuk berbahasa Arab.
No comments:
Post a Comment