Abadi Kenangan Cinta Di KKNC
Keputusan muktamad telah diambil
oleh penulis untuk menetap di kolej kediaman dalam tempoh masa tertentu selepas
peperiksaan akhir tamat. Walau pada mulanya hati perit & sukar untuk
membuat keputusan yang drastik ini, diri yang lemah harus digagahi. Demi cinta
pada Ilahi...penulis nukilkan kenangan indah di sini buat tatapan &
pengajaran semua.
Demi cinta mahu dikorban rasa rindu
pada keluarga. Demi cinta yang mula bertapak pada hati, penulis cuba mencari
keikhlasan dalam keputusan diri. Demi cinta, jasad korbankan rasa hati.
Waktu itu ramai sahabat yang
mempersoalkan bila mahu pulang ke kampung halaman? Kenapa masih nak ‘stay’ kat
sini? Semua seolah-olah tidak puas hati dengan keputusannya. Lantas diri melapangkan
dada & hanya mampu menjawab, “Nak buat macam mana saya sangat sayangkan
nilam.”
Pada mulanya penulis mahu mencari
kerja yg sesuai utk menambah pengalaman & menambah sedikit duit poketnya di
samping menjaga kebajikan pelajar tamhidi si sini. Malangnya tiada kerja yg
bersesuaian dgn masanya melainkan ‘kerja tanpa gaji’. Akhirnya penulis bertekad
tidak bekerja. Duit poket? Serah pada ALLAH, ada rezeki adalah.
Lagipun menariknya, tahun ni penulis
mahu mencabar diri menjalani ibadah puasa tanpa keluarga di sisi. Pahit untuk
ditelan tapi manis untuk diingat. Banyak perkara yg ingin diceritakan betapa
keperitan itu mengajar kita menghargai semua benda yg berada di sekeliling
kita. Bertambah perit bila hidup keseorangan tanpa sahabat2 seperjuangan di
sisi.
Usah risau penulis cuba melapangkan hati. Pengalaman yg manis ni sesuai
dikongsi bersama.
Diri ini cuba mencari &
mengungkap maksud sebenar sebuah pengorbanan. Sekadar berbicara di bibir tidak
bermaksud penulis telah memahami erti sebenar ‘tadhiyyah’ melainkan dia menghadapi
suasana yg memerlukan dia berkorban. Apa erti pengorbanan pada diri penulis,
sedang diri masih sukar utk berkorban? Apakah penulis redha dgn pengorbanan yg
dibuatnya? Semuanya terungkap di sini.
Hari demi hari penulis lalui dgn
melayan bermacam-macam karenah adik2 tamhidi. Bila diingat balik, nak tergelak
pun ada. Seronok sangat dapat bergaul & berkawan dgn semua org biarpun
berbeza umur. Berbual & mengenal adalah proses yg sangat baik utk kita
belajar sangka baik pada orang lain. Tambahan di bulan puasa...maklumlah ni
puasa pertama tanpa keluarga di sisi. Masing2 dgn gelagat tersendiri.
Kami kat sini masih dapat
melaksanakan solat terawih berjemaah seperti biasa cuma bezanya kami solat
bawah khemah & terkadang berbumbungkan langit berlantaikan tikar yg dilapik
di atas jalan raya yg bertar. Kenangan paling indah bila hujan, kami masih buat
terawih kat situ walaupun dlm keadaan basah kuyup sudah kain telekung kami
kerana khemah kami bocor & dilimpahi air hujan.
Terima kasih tidak terhingga kat
adik2 tamhidi yg memberi peluang kpd penulis utk merasa pengalaman pahit manis
di KKNC. Tambahan, pengalaman ini diperoleh semasa berada di bulan Ramadhan
al-Mubarak. SubhanALLAH...AL-Hamdulillah.
Penulis sangat menghargainya &
dek kerana itulah penulis mengabadikan kenangan cintanya di KKNC dlm blog ni.
Penulis jugak belajar erti sebenar persahabatan & ukhuwwah dengan org di
sekelilingnya di sini.
Selain tu, kami sempat bersama-sama
mengisi nurani dgn pengisian menjana hati & berbuka puasa. Tazkirah diri yg
sentiasa lupa & mengenali sahabat2 di sekeliling kita. Di samping kami
turut berkongsi pengalaman & masalah bersama-sama. Saat itu sangat indah
ibarat berada di taman syurga kerana persahabatan kita adalah semata kerana ALLAH.
Terima kasih tidak terhingga jugak buat
sahabat2 yang pernah datang, menginap & singgah menziarahi kami di sini.
Terima kasih kat Zawiyah & Amirah Zaid sebab menemani penulis dlm seminggu
merasa masakan korang yg kreatif ketika berbuka puasa, melayan karenah lawak
korang & menemani hari2 penulis walaupun sekejap.
Terima kasih gak kat Siti Zawiroh
Daud sebab teman penulis ‘time’ keseorangan, bawak penulis sekali-sekala
menghirup udara luar & berbuka puasa kat restoran. Terima kasih gak kat
Raihan & kak Syahirah sebab memenuhi undangan utk memberi pengisian pada
adik2 di bulan puasa yg mulia ini.
Terakhir terima kasih sangat kat
sahabat2 seperjuangan yg selalu ‘contact’, tanya khabar, menutur kata rindu,
bagi semangat & mendoakan penulis. Kalian insan berharga buat penulis.
Kalian bagai cerminan buat penulis.
Hanya ALLAH yg mampu membalas segala
kebaikan & pengorbanan kalian. Penulis akan ingat sampai mati usaha2 kalian
& penulis doakan moga ALLAH memberi kurniaan serta kemudahan yg berlipat
kali ganda pada kalian. Moga kebahagiaan dunia & akhirat menjadi milik
abadi kalian...duhai sahabat-sahabat yg disayangi kerana ALLAH.
Masa sangat mencemburui kita
sehinggakan Ramadhan tahun ini dirasakan sangat singkat. Sekarang kita berada
di hari2 terakhir Ramadhan bermakna penulis & adik2 tamhidi beransur ingin
pulang ke kampung halaman yg sangat di rindui. Hanya membilang hari utk pulang.
Sejujurnya, KKNC & penghuninya banyak mengajar penulis erti pengorbanan,
kebergantungan pada ALLAH, keikhlasan, ukhuwwah tanpa mengenal batas umur,
menghargai manusia yg berada di sekeliling & banyak lagi.
Tiba masa untuk penulis pulang &
mulai fokus pada keluarga pula. Rindu sangat pada mama, ayah, adik2 kat rumah
tu. Penulis harap lepas ni akan ada yg menyambung perjuangannya di KKNC.
Penulis bukan pemula, bukan juga pengakhir pada perjuangan ini tapi penulis
hanyalah penyambung kepada usaha ni utk mengajak semua kpd kebaikan &
menceritakan betapa indahnya Islam.
Apa yg penting Ramadhan tahun ini
sangat bermakna bagi penulis dgn pengalaman yg tidak mungkin diperoleh utk kali
ke dua. Pengalaman yg mendidik hati, mematangkan fikiran, menenangkan jiwa
& membutuh sejuta pengorbanan serta keikhlasan. Penulis dapat dua perkara
yg sangat penting sepanjang perjalanan hidup di sini iaitu hablunminaALLAH
& hablun min annas (hubungan dgn ALLAH & hubungan dgn manusia).
Apa yg diceritakan bukan berniat utk
membangga diri @ mengungkit2 apa yg telah dibuat tapi sekadar utk berkongsi
ceritera hidup sebagai seorang hamba ALLAH. Moga perkongsian ini membawa
manfaat kpd semua yg singgah menelusuri blog QalamWardahZinnirah ni.