Belajar
kerana ALLAH
Menuntut ilmu adalah
sangat penting pada zaman yang serba moden ini. Apa itu ilmu? Ilmu yang membuat
kita kenal ALLAH…kita kenal ilmu dunia…kita kenal agama…hidup dalam keberadaban
yang tinggi…bila ada ilmu semua orang pun suka. Tanpa ilmu seseorang hanya
digelar orang yang tiada apa-apa walau dia seorang yang kaya. Tanpa ilmu
seseorang tidakkan mudah hidup di dunia selalu di tipu dan mudah dihina manusia
lain. Walau demikian, ilmu ini menuntut pengorbanan jua menuntut keikhlasan.
Kita mulai memasuki
sekolah rendah. Kehidupan sebagai seorang pelajar semakin mencabar. Ketika ini
kita seronok belajar bermacam-macam perkara daripada matapelajaran Sains,
Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris hinggalah Lukisan. Kawan mulai pandai
membawa pengaruh sama ada baik atau buruk. Waktu ini tahap kenakalan semakin
memuncak bila tiada yang memberi tunjuk ajar. Pelajar yang pasif tetap dengan
sikap pendiamnya, pelajar yang nakal cuba membuat huru-hara jika tidak
dibendung awal. Kita masih digelar seorang pelajar dan masih belajar.
Tiba masanya kita
melangkah pula ke alam persekolahan menengah. Usia menginjak ke tiga belas
tahun. Usia ini biasanya seorang remaja bertindak sesuka hatinya andai tiada pengawasan
berterusan dari ibu ayah. Sikap ingin tahu pada awal remaja membarah dalam diri
mereka. Bila sikap ingin tahu di luah pada perkara yang baik itu tidak
dirisaukan, tapi jika sifat ingin tahu itu menjebaknya ke arah perkara yang
tidak baik itu yang perlu diambil serius. Waktu jiwa muda sedang memberontak
inginkan sesuatu yang baru, belajar menjadi matlamat utama bila ibu ayah pandai
mendidiknya menyatakan belajar dan ilmu sangat penting untuk kehidupan kamu
akan datang.
Sukarnya hidup sekarang
bila ibu ayah tidak mampu memberi kasih sayang dan nasihat-nasihat berguna
kepada anak-anak. Akibatnya ramai remaja yang hidup bebas bersosial tanpa ada
tercalit rasa berdosa kepada ALLAH dan ibu ayah. Ada yang mencintai ilmu terus
tenggelam dalam mencari gali dan mengkaji ilmu-ilmu yang wujud. Dia mahu
menjadi insan yang berguna pada bangsa dan agama. Dia mahu menjadi pembela
kepada agamanya, dia tidak mahu dikata pembawa malang bagi agamanya. Dia tidak
mahu dikata penganut agama Islam yang tidak menyumbang apa-apa kepada
perkembangan Islam.
Jadi, dia cuba untuk menguasai pelbagai sudut
bidang ilmu, akademik, keduniaan, dan keagamaan…kerna dia yakin itu keperluan
umat Islam sekarang. Itu situasi pemuda yang berjiwa besar tahu dan yakin
matlamat hidupnya untuk Islam. ALLAH sendiri telah menceritakan dalam Al-Quran
mengenai kedudukan orang yang berilmuadalah lebih tinggi di sisiNya berbanding
orang yang tidak berilmu.
Firman
ALLAH S.W.T dalam surah al-Mujadilah ayat 11 yang bermaksud:
“ALLAH
meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu
pengetahuan akan darjat.”
Bila
tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), masing-masing sibuk berkira
mahu melanjutkan pelajar di peringkat universiti atau masih mahu menjadi calon
STAM atau STPM. Ada yang masih belum membuat sebarang persediaan untuk memasuki
alam universiti meneruskan perjuangan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Di situ dah banyak
ibu ayah keluarkan duit untuk perbelanjaan pembelajaran kita. Betapa ibu ayah
mahu melihat anak-anaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran menjadi
insan yang berilmu. Biarpun si ibu dan si ayah tidak dapat melanjutkan
pelajaran seperti anak-anaknya kerana kekangan duit. Cukup sekadar melihat si
anak dapat belajar hingga ke peringkat yang paling tinggi.
Semakin
banyak yang kita belajar, semakin banyak pula yang kita tidak tahu. Yalah…ilmu
ALLAH ini Maha Luas. Lihat sahaja buktinya pada Kalamullah, terang lagi
bersuluh tentang kehebatan ilmu-ilmu ALLAH.
Firman
ALLAH S.W.T dalam surah Al-Kahf ayat 109 yang bermaksud:
“Katakanlah
(Muhammad), ‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat
Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat
Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”
` Al-Hamdulillah…ALLAH
masih memberi kita peluang untuk belajar di peringkat universiti. Wah lagi
banyak ilmu yang kita kena belajar dan kita kena tahu yang menjadi teori dan
akan dipraktik nanti. Kita cuba terjun dalam kepimpinan, menyertai pelbagai
aktiviti kokurikulum termasuk badan beruniform, badan induk universiti,
persatuan-persatuan semata mahu menambah bonus dan kemahiran pada diri kita.
Kita belajar cara berkomunikasi dengan baik, kita belajar keindahan bahasa
Arab, kita belajar bahasa-bahasa yang banyak, kita belajar bahagian ekonomi dan
muamalat, kita belajar ilmu sains dan teknologi, kita belajar kesenian Islam,
kita mendalami ilmu Al-Quran dan As-Sunnah, kita belajar ilmu-ilmu Feqh yang
sangat banyak mendorong kita menjadi muslim yang berpegang teguh pada agama
Islam, kita belajar menjadi seorang hakim yang adil dan ilmu-ilmu lain.
Masa
di universiti adalah masa yang terbaik untuk kita belajar banyak perkara.
Pengalaman yang banyak juga bisa dikutip ketika kita belajar di universiti.
Belajar itu seronok bila kita letakkan pada hati betapa hebatnya ulamak-ulamak
dan ilmuwan-ilmuwan terdahulu mengejar ilmu hingga sanggup bermusafir dan
mereka menjadi pakar dalam pelbagai sudut bidang ilmu.
Usah
dilupa bila kita belajar kita mesti nak letakkan ALLAH sebagai matlamat utama
kita. Bila kita belajar kerana ALLAH segala dugaan, ujian, mehnah ketika
menuntut ilmu dah tentu kita dapat atasinya kan? Belajar kerana ALLAH sangat
berkait rapat dengan NIAT. Apa maksud niat? Kata orang lintasan hati atau
bisikan hati yang hanya diketahui oleh diri dan ALLAH.
Bila
bicara pasal niat dan hati terus terlintas pada hadith Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
“Daripada
Amirul Mukminin, Abu Hafs, Umar bin Khattab r.a berkata, aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung
pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang
diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan RasulNya, maka
hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana ALLAH dan RasulNya, dan
barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang
hendak dinikahinya, maka dia akan mendapat apa yang dia tuju.” {HR BUKHARI}
Jadi, usah tunggu lama-lama
betulkanlah niat belajar kita sama ada kerana ALLAH atau kerana manusia kerna
niat yang menjadi pemula segala sesuatu sama ada pemulanya baik atau buruk itu
terpulang pada diri kita. Orang selalu kata, ‘letakkan impian kita setinggi
bintang, kerna impian yang tinggi biasanya beroleh kejayaan.’ Sama juga dengan
niat kita belajar kerana apa? Letakkan niat belajar kita kerana
ALLAH…InsyaALLAH manisnya ketika belajar akan kita kecapi dengan mudah. Proses
belajar takkan terhenti sehingga terhentinya nafas kita di dunia ini.
No comments:
Post a Comment