Berjuang kerana ALLAH
Jalan perjuangan
tidak pernah di hamparkan dengan permaidani merah yang mewah…
Jalan perjuangan
demi kegemilangan Islam tidak dihiasi dengan manis pandangan manusia juga
penghargaan mereka…
Jalan perjuangan
penuh dengan duri dan liku yang panjang…
Jalan perjuangan
dipenuhi dugaan
Menuntut
pengorbanan dan keikhlasan
Dari insan
bergelar pejuang Islam…
Dia sanggup
syahid menanti ke syurga…
Dia sanggup
berkorban perasaan, harta, pangkat, masa, keluarga dan diri…
Dia sanggup
menadah telinga mendengar cemuhan dan kemarahan manusia yang tidak suka
kebaikan melingkari kehidupan makhluk
Dia sanggup
berpenat lelah demi keberlangsungan Islam
Dia berjuang
kerana ALLAH…Dia berperang demi Islam
Duhai diri dan
sahabat…
Bersabarlah saat
kita diuji pada jalan perjuangan ini
Berdoalah moga
hati dan jasad kita masih tetap pada jalan perjuangan ini
Berlapang dada
menerima dugaan yang mendatang
Bertenanglah
diri saat orang lain resah menanti rebah
Nak dapatkan
sesuatu yang berharga tinggi…usahanya juga perlu berganda
Nak tengok
kerajaan Islam dipraktik secara keseluruhan di seluruh pelusuk bumi, umat
Islamnya mesti mempunyai kekuatan hati yang berganda usahanya juga perlu
berganda.
Kita tak pantas
bergelar pejuang Islam bila saat sahabat kita hilang kita terus jatuh
tersungkur menyembah bumi…adakah kita berjuang kerana sahabat?
Kita tak pantas
bergelar pejuang Islam bila tiba saat kita diuji dengan dugaan bertimpa kita
tak tahu nak mengadu pada siapa…sedangkan sedarkah kita? Kita ada ALLAH yang sentiasa menemani setiap nafas dan detik
kehidupan kita…kita terus menghilang dari jalan perjuangan dek kerna tak tahan
dengan ujian.
ALLAH tidak
melihat setakat mana usaha kita untuk Islam tapi ALLAH memandang apa sumbangan
kita demi kegemilangan Islam di muka bumi. Tak kisah apa usaha kita asalkan
kita punya langkah untuk membumikan Islam di negara kita. Biar semua makhluk
merasai manisnya dan amannya dengan kehadiran Islam yang syumul. Semua Muslim
berperanan besar dalam menyampaikan dakwah Islam kepada semua makhluk.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 104
yang bermaksud:
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang
yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah
dari yang mungkar (Makruf ialah segala perbuatan yang mendekatkan diri kepada
ALLAH, sedangkan mungkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan diri dari
ALLAH). Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
Berjuanglah duhai sahabat…saat yang lain seronok melayari kehidupan
sebagai orang biasa…kita mahu menjadi luar biasa pada pandangan ALLAH bukan?
Biar kehidupan kita bersulam perjuangan Islam, biar matlamat kita adalah
kehidupan akhirat yang bahagia, biar hari-hari kita penuh dengan pengabdian
kepada Tuhan, dan biar tenaga, wang, diri, keluarga dan masa menjadi sumbangan
kepada perkembangan Islam kerna pada pengakhiran kita akan ada kebahagiaan yang
sukar diperoleh tanpa usaha kita pada jalan ALLAH.
Berjuang bukan bermakna kita mengangkat senjata sahaja, tapi menuntut
ilmu…membantu gerak kerja Islam…mengajak kepada yang makruf…mencegah
kemungkaran…mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran ilmu dan sebagainya
juga merupakan salah satu jalan kita berjuang. Asal kita meletakkan matlamat
utama kita adalah kerana ALLAH dan Islam. Jom kita selak Al-Quran yang
mengandungi banyak ayat-ayat mengenai jihad dan perjuangan!
Firman ALLAH
S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu
mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH
orang-orang yang berjihad (Jihad dalam erti kata: a) Berperang untuk menegakkan
Islam dan melindungi orang Islam. b) Memerangi hawa nafsu. c) Mendermakan harta
benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam. d) Membanteras kejahatan dan
menegakkan kebenaran) di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.”
No comments:
Post a Comment