Cintakan
Ilmu, Cintakan Akhirat
Salam kasih sayang kerana ALLAH…
Al-Hamdulillah…tarikh 17 Februari 2013 (Ahad) menjadi
hari pemula untuk QalamWardahZinnirah berusaha menjadi pencinta ilmu. Nak tahu
kisah di sebalik tarikh ini? Jom teruskan pembacaan! Perkongsian bersama
tentang pengisian majlis ilmu.
Kisahnya bermula dengan mendapat mesej pesanan ringkas
daripada seorang sahabat, “Kuliah dhuha perdana kat Masjid Putra Nilai.Kol 8
sampai kol 12. Dr. Zulkefli al-Bakry dengan ustaz Haslin Bahrin…jom2! Kita p
skali. Sok ada bas nak p kampus. Kita naik skali…^^”
QalamWardahZinnirah mulai
tertanya-tanya sama ada mahu memenuhi ajakan sahabatnya atau tidak. Syaitan
mulai membisik kata tak payah pergilah…hati kecil mulai menyusun bicara jomlah
pergi majlis ilmu banyak faedahnya.
Keesokan paginya hati kecil membisikkan kata “Aku kena
pergi selain memenuhi ajakan sahabat, ini tandanya aku melafaz kata cinta pada
ALLAH.” Pantas kami bersiap dan menaiki bas menuju ke majlis ilmu.
Hatiku mulai bersorak kegembiraan yalah berjaya
menewaskan kehendak hawa nafsu. Masjid ku langkah masuk penuh kerendahan hati,
“Al-Hamdulillah…akhirnya ku sempat melangkah ke rumah ALLAH yang penuh dengan
keberkatan.”
Ketenangan meresap dalam jiwaku. Hanya ALLAH Yang Maha
Mengetahui situasi diriku ketika itu. Nak rasa betapa tenangnya berada di
masjid? Apa kata kita sama-sama memenuhkan saf di masjid. Senang sahaja,
mujahadah tinggi bawa kereta, atau tunggang motor pergi ke masjid. Berjalan
kaki pun boleh…pahala pun banyak. ^_^
Dalam jam 9 pagi Ustaz Dr. Zulkefli al-Bakry memulakan bicaranya.
SubhanaALLAH… girang hati mendengar suara ustaz yang sangat hebat dengan
ilmu-ilmu agama. Setiap butir patah katanya sangat bermanfaat untuk semua yang
mendengar bicara beliau. Ustaz membicarakan tentang tiga buah buku yang berbeza
dalam masa satu jam.
Antara
isi penting yang dibicarakan ustaz adalah:
- Tayammum
sebagai ganti mandi wajib
- Bab
nafkah dalam buku Fiqh manhaji (nafkah bapa kepada anak & nafkah anak
terhadap seorang bapa)
- Pengisian
rohani (Buku Tasawwuf) – kemanisan dalam beribadah dan kehidupan (kisah Uwais
Al-Qarni yang sangat menitikberatkan tentang ibadahnya)
Bertemankan sahabat di sisi diriku cuba mencari kekuatan
menuntut ilmu dan mencari keberkatan dalam mencari gali ilmu yang ada. Jazakillah
khaira jaza’ buat Azizah dan Aimi yang menemaniku bersama-sama dalam menuntut
ilmu di masjid Putra Nilai.
Dalam kegembiraan menuntut ilmu, diriku sempat menemui
sahabat-sahabat yang sangat aku rindui kerana ALLAH. Nak katanya perasaan hati
kami kuat bertaut kerana ALLAH, sampai boleh terjumpa pulak kat masjid. Kami
saling bertanya khabar dan tidak menyangka kami akan berjumpa di majlis ilmu.
Berkongsi sedikit cerita di sepanjang kejauhan kami sebelum ini. Majlis ilmu
kembali bersambung dengan forum antara Ustaz Dr. Zulkefli al-Bakry dan Ustaz
Haslin. Sekali lagi hatiku berbunga dan tidak sabar menuntut ilmu dari
ustaz-ustaz yang sangat hebat.
“Kebahagiaan Dunia
dan Akhirat” menjadi tajuk pilihan untuk forum kali ini. Kehadiran
jemaah masjid juga agak menggalakkan. Meriah Masjid Putra Nilai dengan
kehadiran muslimin dan muslimat serta anak-anak comel yang dahagakan ilmu.
Ustaz Dr. Zulkefli al-Bakry menyusun bicara menarik nafas
mahu mengumpul tenaga mencari kekuatan untuk menyampaikan ilmu untuk para
hadirin. Banyak pengisian yang dikongsi bersama kami dan banyak ilmu yang
dicurahkan oleh insan yang sangat mencintai ilmu. Antara pengisian yang
disampaikan oleh Ustaz Dr. Zulkefli al-Bakry:
1) Hati yang baik dimulai dengan niat dan
matlamat yang jelas untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan
di akhirat. (kerana mencari keredhaan ALLAH dan mahu menjadi hamba ALLAH yang
soleh dan solehah)
2) Kebijaksanaan dan berstrategi
dalam mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. (Lipatgandakan usaha
mendapatkan pahala dan berusaha memperoleh pahala yang berpanjangan)
Forum tersebut diteruskan dengan kehadiran Ustaz Haslin.
Kehadiran ustaz lagi menggamitkan majlis ilmu tersebut. Ustaz Haslin memulakan
bicaranya dengan membaca surah al-Mukminuun ayat 1-11. Kemudian, disambung
dengan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Ada dalam kalangan manusia yang dipilih ALLAH menjadi
pembuka kepada pintu kebaikan dan penutup kepada pintu kejahatan. Dan ada dalam
kalangan manusia yang dijadikan ALLAH sebagai pembuka pintu kejahatan dan
penutup pintu kebaikan. Beruntunglah bagi mereka yang membuka pintu kebaikan
dan menutup pintu kejahatan. Dan celakalah bagi mereka yang membuka pintu
kejahatan dan menutup pintu kebaikan.”
Ustaz Haslin menyambung lagi dengan membaca surah
Asy-Syam ayat 7-10 yang bermaksud:
7.
Demi jiwa serta penyempurnaannya(ciptaan)Nya
8.
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan & ketaqwaan
9.
Sugguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)
10. & sungguh rugi orang yang mengotorinya
Ustaz Haslin menyambung lagi dengan membahaskan mengenai surah Al-Mukminun ayat 1-11. Banyak isi
penting yang digariskan oleh beliau melalui surah tersebut dan penambahan
daripada ustaz antaranya:
1)
Khusyuk
ketika solat yang membawa kepada kebahagiaan dunia & akhirat
2) Menjauhkan
diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna
3)
Berjaya
menjalankan syariat ALLAH di muka bumi ini
4) Menunaikan
zakat
5) Memelihara
kemaluan
6)
Berjaya
melahirkan keluarga yang bertaqwa
7) Memelihara
amanat & janji-janji
8) Memelihara
solat
9) Merekalah
orang yang layak mewarisi (syurga) Firdausi
Di bawah QalamWardahZinnirah kongsikan terjemahan surah
al-Mukminun ayat satu hingga sebelas dalam bahasa Inggeris. Ya sambil menyelam
minum air, sambil menuntut ilmu sambil belajar bahasa baru. Moga beroleh
manfaat untuk diri yang lemah ini.
In the name of ALLAH,
the Most Gracious, the Most Merciful
1.
Successful
indeed are the believers
2.
Those who
offer their solat (prayer) with all solemnity and full submissiveness
3.
&
those who turn away from al-Laghw (dirty, false, evil vain talk, falsehood,
& all that ALLAH has forbidden)
4.
&
those who pray the Zakat
5.
&
those who guard their chasity (i.e. private part, from illegal sexual acts)
6.
Except
from their wives or (the slaves) that their right hands possess, - for then,
they are from blame
7.
But
whoever seeks beyond that, then those are the transgressors
8.
Those who
are faithfully true to their amanat (all the duties which ALLAH has ordained,
honesty, moral responsibility and trusts) & to their covenants
9.
&
those who strictly guard their (five compulsory congregational) salawat
(prayers) (at their fixed stated hours)
10. Those who indeed the inheritors
11. Who
shall inherit the Firdaus (Paradise). They shall dwell theirin forever
Tamat sahaja ucapan Ustaz Haslin disambung dengan penutup
oleh Ustaz Dr. Zulkefli al-Bakry. Majlis ilmu yang sangat berilmu. Penuh terisi
dengan tazkirah-tazkirah yang mendekatkan diri kepada ALLAH. ‘Ala kulli hal,
nak berjaya dunia akhirat kena letak ALLAH nombor satu dalam semua matlamat
kehidupan kita.
Kami pulang ke rumah dengan semangat yang mencintai ilmu
ada nada mengajak untuk kembali datang ke Masjid Putra Nilai untuk kali ke dua
dan kali ke seterusnya. Diriku cukup tersentuh bila ada sahabat yang
mengingatkan aku untuk dating menghadari majlis ilmu. Dia mengingatkan diriku
pada ALLAH, apa salahnya diriku menghargai kehebatan dirinya mengajakku ke arah
kebenaran dan kebaikan. Jadi, satu mesej ku layangkan pada sahabatku,
“Indahnya hidup
bersahabat kerana ALLAH, walaupun hati kita pernah gundah, waktu rehat jarang indah,
kerja pula makin bertambah…tapi bersahabat tetap indah…dengan shbt ada yang
memberi nasihat & tazkirah…ada yg mengajak menuntut ilmu, ada ruang untuk
memuhasabah…ada shbt untuk kita berkongsi masalah…ada masa utk kita fikir
masalah ummah…sungguh indah hidup bersahabat kerana ALLAH…Ya ALLAH syukur kerna
kami bershbt krnMu, walhal dosa kami beribu2, pahala pula hanya tumpang lalu…wahai
Nabi, kami rindu padamu, kami rindu utk bertemumu:-D Terima kasih sepanjang
kita bersama, kenangan yang sangat bermaknaJ”
Sahabatku membalas dengan menghantar mesej yang berbunyi,
“Ya ALLAH…akak, jujur its really touch me…luv you so much because of ALLAH.”
SubhanALLAH, diriku terkesan sambil tersenyuk membaca mesejnya.
Hari ini mengajar diriku erti menghargai kehadiran sahabat
yang sangat baik mengajak sahabatnya kepada kebaikan dan satu lagi belajarlah
mencintai ilmu dan tetap hadir ke masjid yang dilimpahi keberkatan. Sayang
sahabat anda kerana ALLAH & selalulah mujahadah diri untuk datang ke masjid
dan menuntut ilmu.^_^ ^_^^_^