Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Mah Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Al-Hamdulillah dengan nama ALLAH penulisan ini bermula. Dengan nama
ALLAH penulis dapat lagi bernafas di bumi yang sementara ini. Nafasnya Cuma
seketika, hanya menumpang di dunia, bakal menjadi penghuni abadi di akhirat
sana. Bertuah kita, lahir sahaja ke dunia ayah melaungkan azan dan iqamat ke
telinga kita tanda kita adalah individu muslim. Beruntung kita kerana
dibesarkan dalam suasana Islam. Bertuah kita dibesarkan dalam Islam dan suasana
iman yang baik. Al-Hamdulillah...
Saya rindu ayah, bicara hati mengungkap kata yang benar. Entah
bagaimana rasa rindu itu mahu dita’arifkan hanya mampu mengucap kata rindu pada
ayah teruatama di bulan penuh kemuliaan ini, bulan Ramadhan al-Mubarak. Benar
saya rindu ayah. Rindu ketika ayah menjadi imam solat maghrib, isyak dan solat
terawih kami. Rindu di saat ayah mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran pada
setiap detik di bulan Ramadhan. Rindu pada kata tegas marah ayah. Raut wajah
yang sangat dirindui ketika ini, raut wajah ayah hero pertama penulis
mengenalkannya pada cinta dan sayang. Menjadikannya sebagai manusia yang
berguna. Mengajar ilmu agama yang mencukupi.
Majlis menyambut menantu di Tampin.
Ayah, insan yang sentiasa dirindui jauh susuk tubuhnya di kampung
halaman digelar serambi Makkah. Susuk tubuh itu kian lemah dimamah usia yang
semakin tua. Ayah tidak sekuat dulu. Jelas wajahnya sudah berkerut seribu namun
suaranya tidak pernah berubah membaca dan terus mendalami ilmu al-Quran. Diriku
sangat mengkagumi ayah. Ayah puterimu sedang merinduimu. Dulu waktu puterimu
masih bujang, banyak sekali kata titipan pesan buat puterimu, kini puterimu
sudah punya keluarga sendiri dan masih kuat di ingatan puterimu apa yang
dipesan oleh ayah.
Buruk baik ayah, ayah tetap ayah kandung penulis. Cuma al-Fatihah
diriku kirim lewat doa yang ku baca untuk ayah agar kehidupan ayah sentiasa
dilimpahi dengan kasih sayang ALLAH. Moga ayah sentiasa bahagia dan tenang
menghadapi kehidupan sekarang. Moga ayah cepat sembuh dari kesakitan. Moga ayah
bisa kuat dan tahan dengan segala ujian. Moga ayah bisa teguh di saat diri
dirempuh badai yang maha dahsyat.
Biarlah kata ini ku garap untuk tatapan insan bernama ayah. Moga ayah
membacanya nanti. Terima kasih ayah atas segala kasih sayang yang tercurah pada
anak-anakmu walau kasih sayangmu terbatas dengan egomu. Terima kasih ayah untuk
segala tunjuk ajar yang ayah berikan kepada kami sehingga kami bisa menjaadi
manusia seperi sekarang. Terima kasih ayah kerana mengajar kami dengan penuh
kesabaran dan pengorbanan agar kami tidak lupakan Tuhan ALLAH Yang Maha Esa.
Terima kasih ayah untuk segala jerit perih yang ayah terpaksa lalui demi
membesarkan kami. Sungguh kepayahan, kesukaran dan kesusahan ayah dalam
membesarkan kami hanya dapat ALLAH membalasnya dengan balasan syurga untuk
ayah. Terima kasih ayah kerana telah memberikan yang terbaik untuk kami walau
berjuta kesusahan terpaksa ayah lalui demi kami. Terima kasih ayah untuk setiap
bilasan rotan yang pernah singgah di badan kami banyak memberi pengajaran
berguna untuk kami. Terima kasih ayah untuk segala kata nasihat yang ayah
curahkan kepada kami, insyaALLAH terpahat kemas dalam hati kami. Terima kasih
untuk segalanya ayah.
Ayah menyapa YTM Tunku Besar Tampin.
Untuk kesekian kalinya, puterimu mohon maaf atas segala kekhilafan baik
sama ada yang di sengajakan atau yang tidak disengajakan. Maaf andai puterimu
tidak bisa menjadi anak solehah untukmu. Maaf andai puterimu ini tidak mampu
menjadi yang terbaik untuk ayah. Maaf andai puterimu ini banyak menyakiti hatimu
membuat resah di dadamu menambah tegang hatimu. Maaf ayah untuk segala yang
pernah puterimu ini lakukan. Harap ayah dapat maafkan puteri ayah ini.
Ayah adalah antara insan yang sangat bermakna dalam kehidupan penulis.
Tanpanya, tiadalah penulis di dunia. Banyak perkara telah ayah lalui demi
membesarkan kami berlima. Banyak perkara yang telah ayah ajarkan kami sejak
kami kecil hinggalah kami menjadi manusia sekarang. Ayah juga yang membawa
penulis mengenal cinta. Cinta pada ALLAH itu yang utama barulah datang cinta
yang lainnya. Ayah sangat tegas dalam bab cinta. Kami di didik untuk belajar
bersungguh-sungguh tanpa sibuk mengejar cinta monyet di alam persekolahan. Ayah
cukup pantang bila anak-anaknya terjebak dalam dunia percintaan, sebab itu kami
membesar dalam dunia kami dengan acuan agama yang betul.
Ayah sangat menitik beratkan bab agama. Kami di ajar untuk mengaji
daripada alif, ba, ta hinggalah dapat khatam al-Quran di tangan ayah. Kami
disuruh belajar solat daripada ikut-ikutan hinggalah kami boleh menguasai
praktikal dan amali solat. Kami juga di ajar bab adab. Adab dengan orang tua,
adab dengan rakan sebaya, adab dengan guru dan sebagainya.
Ayah tersayang.
Kini, puterimu ini telah punya keluarga sendiri. Saat ayah menjadi wali
bagiku adalah momen yang sangat perit bagi puterimu. Mana taknya dia harus
menerima hakikat bahawa dia bukan lagi milik ayah sepenuhnya. Sejak itu rasa
rindu yang bertamu merupakan rindu yang benar. Rindu seorang anak perempuan
pada ayah tersayang. Hampir dua tahun menyulam perkahwinan, wajah ayah sentiasa
bermain di fikiran. Nasihat ayah sentiasa bermain di ingatan. Suara tegas ayah
masih terngiang menambah rindu yang semakin dalam.
Setiap kali teringatkan ayah, penulis pasti akan mengingati lirik
nasyid yang didendangkan oleh Aeman. Mari sama-sama kita menghayati bait-bait
kata yang disusun menjadi lagu ini!
Ketika berjauhan
Masih kurasa hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan
Redup wajahmu hadir
menemaniku
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur
kata
Tak pernah sekali
kau tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia
mengajarku erti kekuatan
Terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku
berjaya
Bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia
mengajarku erti kekuatan
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuatan
Tak dapat ku bayang hidupku ayah tanpa engkau di
sisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat di
hati
No comments:
Post a Comment