Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Al-hamdulillah...dengan
namaNya penulis memulakan penulisan blog kali ini. Memandangkan kita berada di
bulan Mei dan bulan Islam Syaaban izinkan penulis berkongsi kisah tentang Hari
Ibu. Syukur yang tidak terhingga penulis lafazkan pada qudrat dan iradat Ilahi
kerana dengan kuasaNya penulis masih mampu berdiri dan menikmati keindahan
Islam serta iman dalam kehidupannya. Betapa besarnya nikmat Islam dan iman yang
ALLAH anugerahkan kepadanya yang jika dihitung sudah tentu tidak terkira
besarnya nikmat tersebut. Al-Hamdulillah...Terima kasih Ya ALLAH kerana telah mengurniakan kepada penulis seorang ibu yang sangat penyayang dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya juga keluarganya.
Jadilah kita
manusia yang sentiasa bersyukur dan cukup dengan apa yang ada (qana’ah)
insyaAllah hidup kita akan sentiasa bahagia. J 14 Mei 2017 sudah tiba. Apa istimewanya tarikh tersebut? Sudah tentu sangat istimewa
untuk insan-insan yang bergelar dan memegang amanah sebagai seorang ibu. Pada
pandangan penulis Hari Ibu adalah setiap hari yang kita lalui dalam kehidupan
bukan hanya tertumpu pada tarikh 14 Mei. Hari-hari adalah Hari Ibu hari untuk
kita sentiasa menghargai pengorbanan seorang ibu sebab kita hanya dianugerahkan
Allah dengan seorang ibu kandung yang pasti tiada gantinya.
Tahun ini Hari Ibu
sangat istimewa...kenapa? Ini kerana penulis juga sudah menggalas amanah
sebagai seorang ibu. Dah jadi ibu pun pada penghujung tahun 2016. Alhamdulillah...akhirnya
telah ku temui bagaimana dahsyatnya pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan
anak-anaknya. Bukan satu perkara yang mudah sebab ia bermula sewaktu mengandungkan
anak sehinggalah melahirkan, waktu berpantang dan tempoh masa membesar dan
mendidik anak-anak sehinggalah anak-anak benar-benar matang dan menjadi hamba
serta khalifahNya yang berguna.
Jadi tidak
terlambat rasanya bagi penulis untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mama
tercinta yang jauh nun di kampung bernama Mek Nab binti Ibrahim. Mama puteri
sulung mama ini sangat merindui mama selamanya. Moga segala pengorbanan, jasa,
kasih sayang, cinta dan segala yang mama curahkan pada kami sentiasa mendapat
rahmat dan kasih sayang dari ALLAH. Mama adalah ibu terbaik yang sangat
bermakna dalam kehidupan saya. Mama adalah guru terbaik yang sentiasa mencurah
kasih sayang untuk puteri sulung mama ini. Kehadiran mama mengajar banyak
perkara pada saya. Kesabaran, kekuatan, kemahiran, kasih sayang,kelembutan
dalam ketegasan dan sebagainya. Mama sempena Hari Ibu ini puterimu memohon
segala kemaafan atas segala kekhilafan dan terima kasih yang tidak terhingga
atas segala pengorbanan yang mama buat untuk kami adik-beradik. Kini baru
anakmu ini sangat mengerti bagaimana perasaan menjadi seorang ibu berat sekali
amanah sebagai ibu ini, mama.
My lovely mom forever.
Selamat Hari Ibu
juga penulis tujukan kepada ibu mertua tersayang (Zainap binti Sarman) yang
menyayangi dan menerima penulis sebagai menantunya. Alhamdulillah mak seorang
ibu mertua yang sangat baik. Alhamdulillah ALLAH telah mengurniakan seorang ibu
mertua yang sangat memahami dan menerima menantunya seadanya. Melayan penulis
seperti anaknya sendiri. Saat menantunya sakit dialah yang mengubati dan
merawat. Saat penulis dalam tempoh berpantang, mak mertua inilah yang merawati
dan memberi yang terbaik untuk menantu dan cucu barunya. Saat penulis dirundum
duka, mak mertua inilah yang sentiasa memberi kata nasihat untuk terus sabar.
Terima kasih mak kerana telah menjadi mak mertua yang terbaik untuk saya.
Terima kasih mak kerana menerima cucu mak dengan seadanya dan menjadi nenek
yang terbaik untuk puteri pertama penulis. Terima kasih mak kerana menerima
segala buruk baik penulis sebagai menantu perempuan mak. Bertuahnya diri ini
kerana telah dikurniakan ibu mertua yang sangat baik. Drama-drama Melayu yang
kebanyakannya mengangkat watak ibu mertua yang jahat sama sekali meleset dan
tidak sesekali mempengaruhi penulis kerna dia ada ibu mertua yang sangat
baik...Al-Hamdulillah Ya ALLAH. Maaf yer mak andai menantu mak ini banyak buat
silap, banyak khilaf pada pandangan mak kerna menantu mak ini hanyalah manusia
biasa yang sering terkhilaf. Mak, teruslah membimbing penulis menjadi menantu
yang baik pada ibu mertua dan menjadi isteri solehah pada anakmu serta menjadi
ibu mithali utuk cucu-cucumu.
My dear mother in law.
Selamat Hari Ibu
penulis ucapkan kepada kakak sebapa (Che Hasniza bt Yaakob). Terima kasih kak
long untuk segala nasihat dan kata semangat yang kak long kongsikan dengan adik
perempuan kak long ni. Moga kak long menjadi ibu yang sangat kuat dan tabah
dalam meniti kehidupan dan amanah sebagai ibu. Penulis doakan kak long bisa
menguruskan kehidupan dunia dan akhirat dengan baik. Ibu yang terbaik untuk
anak-anak dan isteri yang solehah untuk suami tercinta. Kak long ada tiga orang
anak, ibu kepada ketiga-tiga anak buahku. Pastinya kak long memberikan yang
terbaik untuk mereka. Jadilah ibu yang sentiasa menyayangi anak-anakmu kerana
ALLAH.
Holiday with kak long's family.
Selamat Hari Ibu
juga penulis lakarkan buat kakak-kakak ipar yang disayangi kerana ALLAH (Norzi
bt MAT So dan Normi bt Mat So). Kalian kakak ipar yang sangat baik untuk
penulis. Kalian juga adalah kakak-kakak yang sangat baik dan penulis sangat
menghargai kalian sejak kali pertama kita berjumpa pada 07122014. Tarikh
pertunangan penulis. Sesungguhnya kalian kakak yang sangat baik untuk adik ipar
seperti penulis. Akhirnya merasa juga penulis untuk ada kakak-kakak ipar yang
baik menerima adik ipar dengan seadanya. Kalian sudah tentu menjadi ibu mithali
untuk anak-anak kalian. Penulis doakan moga kakak-kakak iparnya bisa menjalani
kehidupan berkeluarga dengan baik dan sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang
ALLAH walau di mana kalian bertapak di bumi ini.
My sister in law, Kak Norzi and family.
My sister in law, kak normi with my mother in law and sumayyah.
Ucapan terakhir,
tidak dilupakan kepada semua pembaca blog ini yang setia dan memegang amanah
sebagai seorang ibu ‘Selamat Hari Ibu’ untuk kalian semua. Juga tidak dilupa
kepada semua mama, ibu, ummi, mak, mummy, mom, mek ‘Selamat Hari Ibu’ untuk
kalian semua. Moga kita sama-sama menjadi seorang ibu mithali yang baik untuk
anak-anak. Didiklah anak-anak kita untuk sentiasa mengenal ALLAH, kerana
didikan agama itu sangat penting.
Sebelum menutup
kata, selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Kita
hanya menghitung hari untuk menghadapi bulan puasa yang menentukan kita untuk
menjalani ibadah puasa hanyalah ALLAH. Jadi banyakkan berdoa moga kita punya
kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini. Ameen.
Setakat ini dahulu
coretan hati bicara kata penulis pada Hari Ibu ini. Ingat hari ibu adalah
setiap hari. Hargailah kehadiran ibu dengan sebaiknya. Mama saya sayang mama
kerana ALLAH.
No comments:
Post a Comment