Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan
nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Salam...Jumaat
kareem kepada semua sahabat yang sudi menziarahi blog ini. Saban hari mengikuti
setiap entri dalam blog ini, & mengambil ibrah dari setiap cerita. Moga bermanfaat
yer untuk kita semua. Tanggal 16 September 2016, pemergian Tuan Guru Dato’ Dr.
Haron Din seorang tokoh ulamak yang sangat berjasa pada masyarakat menghadap
Tuhannya. Pergi sudah permata bagi masyarakat. Moga al-marhum ditempatkan
bersama-sama orang beriman. Ucapan takziah disampaikan kepada semua ahli
keluarga al-marhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Al-Hamdulillah...diri
ini masih punya kekuatan & kesempatan dalam meneruskan pena ini agar tidak
bisu tanpa cerita. Perkongsian & pengalaman yang terlukis di lakaran blog
ini terkadang memberi sumber inspirasi kepada penulis untuk meneruskan
penulisannya. Menambah rasa dekat dengan ALLAH dengan cara berkongsi nikmat
pemberian ALLAH pada dirinya dalam setiap penulisan. Setiap manusia punya
garapan cerita yang tersendiri sudah tentu masing-masing punya jalan cerita
yang berbeza dan pasti penuh warna-warni. Perbezaan itulah yang nampak menarik,
warna-warni itulah yang terkadang memberi sinar kebahagiaan dalam kehidupan.
Al-Hamdulillah...kini
penulis telah bertukar status, dari seorang bujang menjadi isteri orang. Punya suami
sudah tentu. Dikurniakan juga kehadiran ibu bapa mertua yang penyayang serta
ipar duai yang membahagiakan. Penulis sangat bersyukur kerana setiap doa &
permintaannya sentiasa dikabulkan oleh ALLAH. Majlis perkahwinannya bertarikh
18 September 2015 berjalan lancar & meriah. Kehidupan berkeluarga yang baru
dibinanya kini terkadang diuji dengan cabaran & kesusahan. Itu lumrah. Ya,
dia harus redha & kuat menghadapi kehidupan barunya penuh cabaran dan
terkadang menguji keimanannya.
Warkah
buat insan bernama suami digarap penuh teliti agar tiada yang terasa hati atau
bangga diri. Khas untuk mereka yang bakal & telah bergelar sebagai suami
& khusus untuk suami penulis yang tercinta. Moga kehadiran warkah ini
memberi ruang untuk kita saling memahami & tetap menyayangi atas dasar
cinta kerana ALLAH.
Duhai
suami, saat termeterai akad nikah kita...maka automatik amanah suami isteri
terbeban di pundak. Memegang amanah baru dan dunia cabaran bakal bermula. Langkah
kita bukan lagi seorang, tapi kini berdua. Dua hati yang mengejar satu cinta. Cinta
kerana ALLAH. Bapa kandung merangkap wali terpaksa melepaskan puterinya pergi
dengan harapan puterinya dijaga dan dipelihara seperti dia dijaga &
disayangi oleh ayahandanya. Di tahan sebak di dada, “Pergi sudah anakku pada
suaminya. Bertukar tangan sudah puteriku, anakku dosa pahalamu kini ditanggung
oleh suamimu.”
Bukan
mudah seorang ayah mahu melepaskan puteri-puterinya kepada menantunya. Juga bukan
mudah untuk seorang ibu melihat puteri yang dibesarkannya kini menjadi isteri
orang. Bertalu pesanan ibu ayah pada menantu mereka. Usah dianiaya anak
perempuan mereka. Bimbinglah dia ke jalan yang benar, kerana tempat seorang
isteri adalah di sisi suaminya.
Duhai
suami, amanahmu amatlah berat bukan hanya menyediakan keperluan hidup isterimu
tetapi juga membimbing isterimu dengan bimbingan Islam. Kenal Tuhan, tahu hukum
halal haram, bisa menutup aurat dengan sempurna, tahu batas pergaulan, tahu
membaca & memahami al-Quran, solat 5 waktu dan banyak lagi. Semua ini
terbeban di pundakmu duhai suami. Ya, perkahwinan itu sangat indah, ibarat raja
sehari layaknya, tetapi bahagia yang diingini bukan hanya pada ketika itu,
selepasnya terus menderita.
Cinta
itu tentang pengorbanan dan tanggungjawab. Usah sibuk berbicara tentang cinta
jika kita masih tercari-cari makna sebenar sebuah pengorbanan. Cinta padanya
ada amanah yang besar bukan semata-mata fitrah tetapi mahu mengajak manusia
bercinta dalam rahmat dan keberkatan ALLAH. Usah sibuk berdiskusi tentang cinta
andai kita masih lalai melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang ada. Bicara tentang
cinta saat kita benar bersedia menghadapinya. Usah dilihat pada indahnya awal
perkahwinan semata.
Duhai
suami, andai bijak kamu mengemudi bahtera ini, maka bahagia dunia akhirat
menjadi milikmu dan keluarga. Dalam kesibukan mencari nafkah untuk keluarga, si
suami tidak pernah lupa mendirikan solat berjemaah bersama-sama isterinya. Dia tahu,
solat jemaah adalah antara cara untuk mengikat kasih sayang antara mereka. Cinta
kepada ALLAH melebihi segalanya. Solat jemaah itu bisa membina keluarga
mawaddah, sakinah & rahmat. Keberkatan melimpahi kehidupan mereka walaupun
miskin harta serba sederhana.
Satu
perkara yang takkan suami penyayang tinggalkan adalah sentiasa menghargai
kewujudan isterinya. Ya, benar lelaki itu tinggi egonya tetapi dek cinta kerana
ALLAH, ego itu hilang buat seketika. Hargai isterimu walau dalam sekecil
perkara. InsyaALLAH hidup kalian akan bahagia hingga ke jannah abadi. Bila bahagia
yang diberi, bahagia juga yang akan kita dapat, percayalah.
Duhai
suami, bila berjauhan kamu selalu katakan bahawa isterimu sentiasa di bawah
jagaan ALLAH. Ada ALLAH yang sentiasa menjaganya, ada ALLAH yang menjadi tempat
isterimu bergantung harap. Nescaya hatimu tenang. Bila marah, kawal perasaanmu
seadanya. Usah biarkan perasaan marahmu melukai hati isterimu. Marah itu memang
lumrah, tetapi jangan sesekali jadikan is kebiasaan sehingga akhirnya
meretakkan hubungan perkahwinan yang dibina.
Perkahwinan
yang dibina bukan matlamat berakhir dengan perpisahan. Perkahwinan yang dibina
seharusnya berkekalan hingga ke jannah abadi. Usahakan biar bahtera perkahwinan
ini bisa bertahan lama, tidak musnah ditelan badai melanda. Sesekali bahtera
dipukul gelombang, bergoyang ke kanan kiri itu fitrah lumrah asam garam rumah
tangga kerana manusia tidakkan pernah lari dari ujian.
Buat
suami tercinta, terima kasih kerana telah memberi ruang kepada isterimu ini
menumpang kasih seorang suami sementara hayat masih ada. Terima kasih untuk
segala cinta & sayang yang tercurah. Al-Hamdulillah...isterimu bahagia
walau hidup kita penuh kesederhanaan. Al-Hamdulillah...isterimu masih mampu
kuat dengan kuasa ALLAH untuk bersamamu mengharung badai dalam perkahwinan. Lagipun,
usia kita bersama masih terlalu awal. InsyaALLAH...kita bina kehidupan ini
dengan acuan Islam.
Terima
kasih duhai suami kerana wujud dalam kanvas kehidupan penulis. Mencorak diri
menjadi isteri solehah untuk si suami kerana ALLAH. Terima kasih untuk
segalanya. Maaf juga dipohon, andai diri ini penuh dengan kekurangan, terpalit
dengan berjuta kesilapan kerana ketahuilah diri ini hanya insan biasa tak bisa
lari dari dosa noda.
Dedicated
for my dearest husband, you are the wonderful and the best husband that I ever
have, insyaALLAH until jannah. Senyum, tawa, suka dukamu sentiasa mewarnai
kehidupan isterimu. Happy annivesary for the first year we are have been
together & al-Hamdulillah I be the most happy wife to have you as my
husband. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama buat Noriskandar bin Mat
So sebagai suami penulis blog ini. 18 September 2015-18 September 2016 genap
setahun usia perkahwinan kami. Doakan moga
perkahwinan kami berkekalan hingga ke jannah abadi, & dikurniakan keluarga
mawaddah, sakinah & rahmat. Ameen.
Setakat
ini dahulu untuk episod kali ini. Siiru ‘alaa barakatillah...Jumpa lagi ya :)
No comments:
Post a Comment