Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Al-Hamdulillah dengan izin
& inayahNya dapat penulis meneruskan penulisan blog ini. Nikmat iman &
Islam sentiasa disyukuri memandangkan dengan anugerah terbesar inilah penulis
bisa berjalan dengan baik di muka bumi milik ALLAH ini. Al-Hamdulillah dengan
segala nikmat kasih sayang ALLAH limpah kurniaanNya, penulis masih setia
memegang amanah sebagai muslimah.
Anugerah ini yang sentiasa
terpasak di hati membawanya menelusuri cinta Ilahi melebihi cinta manusiawi.
Segala cinta yang hadir dalam kehidupannya bermula dengan cinta kerana ALLAH. Ya,
semuanya bermula kerana ALLAH. Benci pun kerana ALLAH, sayang pun kerana ALLAH,
menangis sedih juga kerana ALLAH, marah benci juga kerana ALLAH.
Baik, memandangkan penulis
telah memegang amanah sebagai isteri, izinkan dia berkongsi cerita tentang
seorang suami. Bukan nak buat sahabat yang bujang cemburu, bukan nak membuka
pekung di dada, bukan nak berbangga diri, bukan juga niat nak membuka aib suami
sendiri. Cinta suami kerana ALLAH dengan bismillah penulis memulakan langkah.
Mesti ramai yang tertanya-tanya
bagaimana kehidupan penulis selepas memasuki alam perkahwinan. Al-Hamdulillah,
cinta selepas nikah sangat indah. Tambahan baitul muslim yang dibina ini
berjalan-lancar biarpun terkadang dilanda ombak tsunami. Semuanya
al-Hamdulillah.
Suami seorang pejuang. Ya
masanya sangat tidak sama seperti suami-suami orang lain. Dia bukan milik
penulis seorang, dia milik ahli keluarga & ibu bapanya, dia milik
masyarakat & yang paling penting dia adalah pinjaman ALLAH pada penulis. Al-Hamdulillah
betapa bersyukurnya penulis di anugerahkan seorang suami setelah sah akad
nikahnya bertarikh 18 September 2015 setelah 8 bulan menjadi tunang orang.
Kehidupan berumah tangga ada
pasang surutnya, itu tidak dinafikan. Mana ada perkahwinan yang bahagia
sepanjang masa, ada masanya ALLAH menguji mereka. Bergaduh itu biasa tapi
jangan dibiasakan tau. Ya, dalam novel je kita nampak semua alam perkahwinan
ini majoritinya bahagia sehingga akhir hayat. Kita sebagai manusia sudah tentu
mengharapkan kesempurnaan dalam kehidupan kita. Hanya berharap & ALLAH
sebaik-baik tempat berharap.
Dulu masa bujang-bujang penulis
selalu bayangkan suaminya nanti mesti seperti ayahnya, kuat semangat, kuat
beribadat, pandai mengaji, tegas dalam kasih sayangnya, ya punya naluri kasih
sayang seorang ayah sebab nanti dia yang akan jadi ayah pada anak-anak yang
dikandung penulis.
Masa bujang-bujang dulu juga
penulis selalu mengidamkan suaminya seorang pejuang agama. Bukan hanya sanggup
berjuang di medan perang, tetapi turut berjuang melindungi kehidupan mereka
sekeluarga, bertanggungjawab dalam perjuangannnya. Bila ditimpa susah dia terus
berjuang bangkit dari kesusahan. Bila dikurniakan anak dia menjadi bapa yang
sanggup memperjuangkan apa sahaja demi anaknya. Bila turun ke medan dakwah dia
berjuang mempertahankan agama dengan cara yang diredhai ALLAH. Semua jalan
perjuangannya bermula kerana ALLAH. Dia juga tidak lokek memberi ruang pada
isterinya berjuang.
Al-hamdulillah, majoriti impian
& suami idaman ada pada suaminya sekarang. Ya, masing-masing punya
ciri-ciri suami idaman tersendiri termasuklah penulis. Al-Hamdulillah Ya ALLAH di atas anugerah
& pinjamanMu ini. Suami yang hadir sungguh membahagiakan walaupun terkadang
ada yang menyedihkan. Penulis tahu dirinya tidak sempurna & suami juga sama
manusia biasa yang tidak sempurna tetapi kehidupan suami isteri itu yang
menyempurnakan kehidupan mereka.
Al-Hamdulillah, ALLAH
menganugerahkan kepadanya seorang suami yang sangat baik walau kami hidup penuh
kesederhanaan. Walau suami tidak punya masa yang banyak untuk bersama satu yang
dia tak pernah lupa & satu yang sangat penulis rindui iaitu, solat 5 waktu
berjemaah suami isteri. Solat jemaah itu mengeratkan perhubungan kami. Dia imam
& penulis makmum. Tak kira solat subuh, zohor, asar, maghrib, atau isyak
bila berkesempatan untuk solat berjemaah bersama kami solat bersama & jika
tidak suami suka solat berjemaah di masjid. Dia kaki masjid juga & penulis
tidak pernah menghalangnya untuk mendirikan solat berjemaah di masjid kerana
bagi lelaki itu adalah tuntutan & kewajipan lebih afdhal.
Dalam masa dia sibuk berjuang,
dia tak pernah lupa menghiburkan hati penulis, dengan membawa isteri tercinta
keluar menikmati dunia luar tak kiralah sama ada menikmati keindahan ciptaan
ALLAH seperti pergi ke pantai, air terjun atau tempat-tempat menarik lain.
Kadang-kadang hanya membawanya makan di luar & kadang-kadang menziarahi
rumah saudara-maranya. Sungguh dia suami yang sangat menghargai kehadiran
isterinya.
Harapan penulis, moga suaminya
& dia istiqamah dengan cara ini. Bila dia sibuk dengan kerja berjuangnya,
dia seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri & penulis memberi ruang kepada
suaminya mempunyai masa sendiri tanpa dikacau oleh orang lain. Penulis tak mahu
menjadi sebab suaminya terhalang dalam perjuangannya. Biarlah dia buat semua
yang mahu dilakukannya asalkan tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Bila berjuang dia ibarat singa
yang mengaum kuat menakutkan para musuh. Bila dia menjadi suami, suami yang
tegas dalam kasih sayang. Sayangnya tak nampak dengan mata kasar tetapi dengan
mata hati yang terang mampu melihat kasih sayangnya di mana-mana. Kelemahan
dia? Sudah tentu ada...sebab dia manusia biasa seperti penulis, tetapi takkan
penulis nak bgtau kelemahan suaminya sendiri di sini. Seolah-olah membuka
pekung di dada pula bunyinya.
Mohon maaf yer jika kehadiran
entri ini mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan semua orang. Sebab
masing-masing punya pengalaman dan cerita tersendiri dan tidak salahkan kita
berkongsi cerita. Apa yang baik jadikanlah contoh teladan & apa yang buruk
jadikan sempadan mohon doa dijauhkan dari keburukan. Pengalaman hidup berumah
tangga sangat berbeza antara satu manusia dengan manusia yang lain. Ada yang
hidupnya bahagia je, dan tak kurang ada juga yang hidup rumah tangganya
tunggang-langgang penuh derita.
Khas buat suami tersayang
teruskanlah perjuanganmu. Isterimu mendoakan yang terbaik untuk abang. Terima
kasih kerana telah menjadi suami yang penyayang untuk diri saya, abang ipar
yang baik hati untuk adik-adik saya, anak menantu yang baik untuk ibu ayah
saya. & paling penting terima kasih abang sebab sudi meminjamkan dirimu
untuk diriku menumpang kasih sebagai suami isteri. Isterimu ini tidak pernah
lelah menyokong dan mendoakanmu dalam setiap langkah dan tingkahmu. Teruslah
jadi suami untuk isterimu. Walau satu dunia membencimu, isterimu tetap
menyayangimu. Walau satu dunia tidak mempercayaimu, ingatlah isterimu sentiasa
mempercayai & cuba untuk sentiasa memahami perasaan lelakimu.
Ingin sekali isterimu meniru
tingkah saidatina khadijah terhadap suaminya tercinta, Rasulullah s.a.w.
isterimu sentiasa mendoakanmu & sentiasa menghadiahkan Al-Fatihah padamu.
En. Noriskandar bin Mat So, suami penulis.
Abang long dan Chik.
4 Oktober 2015...Happy Besday my husband.
Majlis sebelah suami.
Setakat ini dahulu coretan
cinta penulis pada hari ini ya. Moga mata hati yang membaca entri ini akan
sentiasa dilimpahi kebahahagiaan dunia akhirat oleh ALLAH. Ameen. Siiru ‘alaa
barakatillah...jumpa lagi ‘next episode’!
No comments:
Post a Comment