Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Al-Hamdulillah dengan izinNya penulis masih punya ruang & kesempatan untuk mengisi mutiara-mutiara perkongsian di blog ini. Lama benar tiada untaian kata & ilham untuk dicurahkan di sini. Kesempatan yang ada terkadang wujud cuma ketiadaan masa untuk mencurah idea yang bernas bersama.
Sekelumit rasa dikongsi untuk kali ini setelah membaca satu artikel tentang sahabat. Tiada kata mampu diungkap hanya 'copy' semula apa yang telah dibaca semoga memberi manfaat pada hati yang merindui ukhuwwah fillah ini. Teringat zaman kampus yang sarat dengan kata cinta ukhuwwah kerana ALLAH. Bersahabat sampai syurga. Moga persahabatan yang dibina mekar membawa hingga ke syurga. Kini zaman berkerja menjengah jendela kehidupan penulis, membuatkan dia terkadang sangat merindui zaman kampusnya. Banyak benda dilakukannya. & moga zaman berkerja ini terus memberinya ruang untuk istiqamah berada di medan perjuagan Islam.
Mari kita baca artikel di bawah!
SAHABATKU, DUNIA INI
TIDAK LENGKAP TANPAMU!
KHA, 12 APR 2012 11:28
| NUR MAWADDAH | KHAIRUNNISA ASSILA
Assalamualaikum
sahabatku, sahabat sejantinaku, sahabat yang menjadi sahabatku atas izin dan
takdir ALLAH SWT.
Aku
telah menerima khabar daripadamu. Tampaknya kau agak kecewa dengan dirimu.
Tentang keputusan SPMmu, tentang rakan-rakanmu, tentang impianmu yang nampaknya
agak kabur untuk kaulihat, menurutmu.
Sahabatku
yang kurindui kerana ALLAH,
Aku merindui dirimu. Aku merindui kekuatanmu. Malah aku sungguh cemburu kepadamu! Mengapa? Aku dapat mengagak, kau pasti akan berkata, keputusanku lebih baik daripadamu. Aku kini telah berjaya menyambung pelajaran, tidak sepertimu.

Aduhai
sahabatku, hidup ini sungguh lebih luas dan besar maknanya daripada setakat
keputusan SPM dan universiti semata-mata. Tidak kunafikan kepentingannya, tapi
sahabatku sayang, pandanglah hidup yang sementara dan fana ini daripada sisi
yang berbeza.
Aku sering teringat kata-kata Dr. Danial
Zainal Abidin lewat salah satu ceramahnya;
"Apabila manusia melihat dunia ini daripada dimensi akhirat, dia akan berasa dunia ini amat kecil sekali."
"Apabila manusia melihat dunia ini daripada dimensi akhirat, dia akan berasa dunia ini amat kecil sekali."
Sahabatku
yang kucemburui kerana ALLAH,
Aku cemburu kepadamu kerana sungguh, ALLAH sangat banyak mengujimu! Hidup beberapa tahun denganmu cukup menjadikanku saksi atas segalanya. Masya ALLAH, sayang sungguh ALLAH kepadamu, sahabatku. Ingin tahu kenapa aku cemburu?

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Dan
memandangkan ALLAH memberikan ujian yang menurut perhatianku agak mencabar, ini
maknanya kau memang orang yang hebat dan cukup layak diberikan ujian yang juga
hebat! Itu kata ALLAH dalam ayat terakhir Surah Al-Baqarah tersebut, sahabatku.
Cemburunya aku, sahabat. Kau sungguh hebat. Kau orang terpilih. Hanya kau yang
cukup layak bagi ALLAH untuk menjalani ujian tersebut. Kau, sahabatku. Bukan
aku. Bukan kami,sahabat-sahabatmu. Tapi kau. Kau yang terpilih!
Dan
aku tumpang gembira, sahabatku.
Sahabatku
yang kusayangi kerana ALLAH,
Teruskanlah perjuanganmu, sayang. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat ALLAH. ALLAH does not say the road is going to be easy, but ALLAH does say that ALLAH is going to be with us, forever.
Teruskanlah perjuanganmu, sayang. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat ALLAH. ALLAH does not say the road is going to be easy, but ALLAH does say that ALLAH is going to be with us, forever.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan
(kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah:153)
(Al-Baqarah:153)
"Sesungguhnya
ALLAH beserta orang-orang yang sabar." Nah, ini buktinya, ALLAH bersamamu,
sahabatku!
Bersabarlah demi mardhatillah, sahabatku.
Bersabarlah demi mardhatillah, sahabatku.
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan
orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap
keridhaan-Nya."
(Al-Kahfi:28)
(Al-Kahfi:28)
Ketahuilah,
bahawa ALLAH tidak sekali-kali menciptakan kita dengan sia-sia. Ketahuilah
bahawa setiap orang, setiap organism, setiap benda, sekecil-kecil sehingga
sebesar-besarnya ada kelebihan dan hikmahnya, asal saja kita mahu berfikir.
Even parasites have their own specialities, which is having thick outer cuticle, in order to resist the hydrolysis by the enzymes of the host.
Even parasites have their own specialities, which is having thick outer cuticle, in order to resist the hydrolysis by the enzymes of the host.
Begitulah
kita sepatutnya jadi sahabatku. Kuatkan prinsip dan pegangan diri. Biarlah apa
orang kata, biarlah THICK OUTER CUTICLE kita yang diperbuat oleh IMAN DAN TAKWA
itu kekal memagari diri, agar diri terpelihara, agar semangat tetap membara,
walau apapun yang dating, cuba mempengaruhi kita agar putus asa daripada
rahmat-NYA, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Jadilah
seperti parasite yang sentiasa dapat mengikis enzyme yang disuntik syaitan
laknatullah dengan thick cuticle of iman dan takwa.
Lihatlah,
sedangkan parasit yang kita benci dan geli ini pun, ada hikmah di sebalik
penciptaannya yang boleh kita fikir. Apatah lagi kita, manusia. Apatah lagi
dikau, sahabatku, yang lengkap dengan akal yang sempurna, malah terbukti selaku
seorang hamba-NYA yang taat dan tabah pula. Tentu dikau satu hari nanti boleh
melakukan perubahan pada dunia ini, walaupun hanya kepada seorang, tetap pasti
ada hikmah penciptaan dirimu kepada dunia ini. Everyone may not be good, but
there is something good in everyone, insyaALLAH. Ketahuilah, dunia ini mungkin
sahaja tidak lengkap tanpamu!
Aku
mungkin kini tidak di sisimu lagi, namun doa mengikat kita, dekat dalam hati.
InsyaALLAH. Selagi aku masih bernyawa, selagi kau masih mengingatiku, selagi
kau masih sudi menganggapku sebagai sahabatmu, dan pastinya selagi ALLAH
mengizinkan, aku tetap sahabatmu. Ke manapun kita pergi selepas ini, moga
ukhuwah kita akan terus bersemi.
Sahabatku, La Tahzan, Innallaha Ma'ana.
Sahabatku, La Tahzan, Innallaha Ma'ana.
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah
(pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling
tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."
(Ali-Imran, Ayat 139)
(Ali-Imran, Ayat 139)
Sekali
lagi, ketahuilah,
Dunia ini tidak lengkap tanpamu.
Kerana dengan sebab itu, aku tidak dapat belajar erti persahabatn daripadamu!
SubhanALLAH. ALLAHlah sehebat-hebat pengatur dan pelaksana!
Dunia ini tidak lengkap tanpamu.
Kerana dengan sebab itu, aku tidak dapat belajar erti persahabatn daripadamu!
SubhanALLAH. ALLAHlah sehebat-hebat pengatur dan pelaksana!
Sekian,
jaga iman, jaga peribadi, wahai sahabatku yang kusayangi kerana Ilahi. See you
di IPT, insyaALLAH.
Kepada para da'ie, ukhuwah itu sungguh, sangat penting. People don't care how much you know, they want to know how much you care.
Contohilah RASULULLAH SAW. (^^,)
Kepada para da'ie, ukhuwah itu sungguh, sangat penting. People don't care how much you know, they want to know how much you care.
Contohilah RASULULLAH SAW. (^^,)
Biodata
Penulis
Syahmin
Syafinie binti SaparudinAnak jati Tawau, Sabah
serta merupakan bekas pelajar MRSM. Bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan insyaALLAH. Mohon didoakan..
No comments:
Post a Comment