Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...berkat kasih sayangMu ALLAH
penulis masih menghirup udaraNya & menikmati keindahan dalam Islam &
iman. Nikmat terbesar yang sepatutnya umat Islam syukuri bersama. Rindu bertamu
bila melihat blognya kosong dari kata-kata. Kebetulan ada sesuatu yang istimewa
ingin penulis kongsikan dengan anak-anak generasinya. Tentang harga sebuah
persahabatan yang terbina keranaNya.
Banyak sekali cerita tentang sahabat telah
penulis lakarkan dalam blog kesayangannya. Sahabat antara insan yang memberi
pengaruh besar dalam kehidupannya, bukan bermakna penulis bergantung sepenuhnya
kepada mereka tetapi fitrah manusia saling memerlukan antaranya. Al-Hamdulillah
Ya ALLAH, Engkau telah mengurniakan penulis sahabat-sahabat yang baik menjadi
cerminan peribadi sebenar penulis. Ya, tanpa kebaikan sahabat penulis tidak
akan menjadi sebaik ini.
Tanggal 11 September 1991 lahir seorang bayi
perempuan yang diberi nama Siti Zawiroh Daud. Bayi comel ini lahir di negeri
jelapang padi. Membesar menjadi puteri dalam keluarganya yang sungguh aktif
dalam sekolah. Penglibatannya dalam pengawas semasa di sekolah menengah &
pencapaian akademiknya yang memberangsangkan serta cemerlang memungkinkan dia
menjadi insan yang hebat. Tidak salah rasanya penulis memuji insan ini sebab
setiap manusia punya kehebatan & kelebihan tersendiri. Inilah insan yang
penulis kenal semasa di alam universiti. Walau kami berlainan negeri, kami
saling mengenali. Masih kekal di ingatan penulis bagaimana kali pertama kami
berkenalan pada semester pertama pengajian di universiti. Zawiroh sibuk mencari
rakan belajarnya untuk subjek komunikasi yang memang memerlukan penekanan dalam
bentuk belajar berkumpulan. Kebetulan penulis berada bersebelahan dengannya,
& dari situ kami mengikat persahabatan.
Kami bersahabat walau berlainan kelas
belajar. Kami makan & belajar
bersama-sama. Kenangan paling manis bila tiba musim peperiksaan akhir
semester, bersungguh benar kami belajar bersama-sama sehingga lewat malam.
Siapa yang dapat markah tinggi? Dah tentu Wira. Dia pelajar pintar & aktif
dalam kelas ataupun kuliah. Daripada hanya kawan biasa kami semakin rapat bila
terlibat dengan organisasi kolej kediaman yang menempatkan kami di posisi yang
sama. Sungguh banyak kenangan kami bersama hingga tak terbilang rasanya. Kami
memang berlainan negeri, ya sudah tentu berlainan loghat bahasa seorang Kedah,
seorang Kelantan. Kami juga berbeza
perangai & tingkah laku. Seorang pasif seorang aktif, seorang cantik
seorang biasa-biasa. Tetapi bagi kami semua itu tiada bezanya.
Sanah helwah yang ke-23 buat Wiraku. Moga
kehidupanmu sentiasa dilimpahi kasih sayang ALLAH. Moga bahagia sentiasa
mendampingi jendela kehidupanmu. Moga kesedihan terus menghilang dari benak
fikiranmu. Moga Wira berjaya dunia & akhirat. Hanya kiriman doa &
al-Fatihah yang mampu penulis sampaikan kepada sahabatnya yang di kasihi kerana
ALLAH biar doa itu menjadi pengganti diri. Kamu jauh dari mataku sahabat, tapi
usah sedih kamu tak pernah jauh dari relung hatiku yang paling dalam.
Istimewa untukmu Wiraku, sebuah puisi penulis
lakarkan untukmu. Moga menambah ikatan kasih sayang kita kerana ALLAH.
Terimalah, ‘Warkah Buat Sahabat’!
Sahabat
Masih
basah di ingatanku
Saat
pertama kita bertemu
Mengikat
janji berupa sahabat
Tersemat
kemas di syurgaNya
Biar
terpisah dek masa
Biar terlerai dek cita-cita
Warkah
ini buatmu
Biar
madah cinta kita tersu bersemi
Tak
layu ditelan zaman ini
Kukuh
ibarat awan memayungi bumi
Setia
ibarat ombak bersama pantai
Sayang
ibarat ibu bersama anak
Bukan
kerana indah dunia
Ini kerana ALLAH semata
Sahabat
Maaf
atas kekhilafanku
Maaf
atas keterlanjuranku
Maaf
atas tingkah kasarku
Maaf
aku bukan sahabat baik untukmu
Hadirnya
aku Cuma mahu
Menumpang
kasih kerana ALLAH
Merasa manis dalam keredhaanNya
Sahabat
Warkah
ini istimewa buatmu
Menghargai
persahabatan suci kita
Mengingati
ulang tahun kelahiranmu
Biar
bicara pena ini membukti segala
Cinta
aku hanya keranaNya
Tidak
mengharap engkau memahami
Tidak
menanti engkau kaya
Tidak
menunggu engkau bahagia
Cuma
mahu berkongsi kasih keranaNya
“Selamat
Ulang Tahun Kelahiran Ke-23, Wiraku...”
Bicara pena
kasih seorang sahabat yang mendamba persahabatannya berkekalan hingga ke
syurga...Ameen. Sahabat penulis ini dah berusia 23 tahun, sudah matang dalam
membuat keputusan, sudah berani memikul amanah, sudah lantang bersuara mematah
segala angan-angan, sudah bijak menilai masa hadapan, sudah punya impian
setinggi bintang yang mahu digenggamnya. Senyumannya, ketawa & dukanya
semua terakam indah dalam benak fikiran penulis. Dia peneman kala penulis
dirundung duka, dia pemberi semangat kala jatuh, dia memang baik. Biar kami
pernah berselisih, akhirnya kami bertemu titik penyatuan. Adat dalam
bersahabat.
Kami
seolah-oleh adik-beradik. Seorang kakak seorang adik. Ibarat ada satu tali
ukhuwwah yang sangat kukuh kami pegang hingga menjadikan kami seperti adik
beradik. Cubit paha kiri, paha kanan turut terasa. Itulah indahnya persahabat
kerana ALLAH. Terkadang kami diuji, ujian dalam persahabatan mematangkan kami.
Sanah helwah & selamat hari lahir Siti Zawiroh Daud. Terima kasih kerana
telah menjadi sahabat sejati penulis. Moga persahabatan kita berkekalan hingga
ke syurga. Biar generasi kita tahu Kelantan & Kedah tak pernah berbalah
boleh sahaja bersatu seperti kita. Tak lupa jom tengok gambar-gambar kami
bersama-sama. Setakat ini dahulu coretan perkongsian penulis untuk hari ini.
Moralnya, hargailah insan-insan & sahabat yang sudi menghulurkan
persahabatan kepada kita.
Siiru ‘alaa barakatillah. May ALLAH bless all
of the Muslim.
No comments:
Post a Comment