Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Al-Hamdulillah...penulis masih dikurnia nikmat bernafas & menghirup oksigen milik ALLAH dengan percuma. Al-Hamdulillah...kasih sayang ALLAH sentiasa melimpah padanya walau terkadang diri di himpit musibah bertimpa itu resam insan bernama manusia. Manusia tak boleh lari dari musibah & ujianNya. Cuma manusia perlu bijak memikirkan cara bagaimana mahu mendepani masalahnya.
Setelah puas mencari ilham apa yang mahu dikongsi dalam blog ini penulis nekad memetik salah satu artikel dalam IluvIslam.com tentang ujian dariNy. Mari kita baca bersama-sama moga memberi manfaat pada hati yang sentiasa merindui Tuhan!
Setiap
manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup
didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak
pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan
berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah
menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada
Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati
kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang
bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat
mematangkan kita.
Kadang-kadang
kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian
yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita
mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak
redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap
diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja
yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang
lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari
kita.
Bukankah,Allah
telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan
sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita
kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai
hambaNya.
Allah
menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang
Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak
bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat
kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan
pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga
dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui
rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang
menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah
LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi
seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah
tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu
untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu
diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu
Maha Mendengar.
Dekatkanlah
diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang
hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya
tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan
kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri,
kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana
syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika
rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata
semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya
sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita
perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka
bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang
selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa
yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Bila bicara tentang ujian & musibah teringat penulis pada keluarga terdekatnya yang diuji hebat oleh ALLAH. Mengharung dugaan seorang diri, mujur ALLAH sentiasa di sisi. Teringat pada dirinya, apalah sangat jika dibandingkan orang lain yang lagi besar ujian yang perlu mereka tempuhi. Perjalanan hidup manusia penuh dengan warna-warna, ada kala kita suka ada kala mengundang derita. Apapun yang ALLAH tetapkankan itulah yang terbaik untuk diri kita. Usah risau sahabat jika kita diuji ingat ALLAH lebih menyayangi kita. Ujian itu datang membawa sejuta rahmat kepada kita. Itulah uniknya seorang muslim bila dirinya senang & bahagia dia lebih banyak bersyukur, bila dirinya diuji dengan musibah yang bertimpa dia redha. Doa penulis untuk semua insan yang disayanginya kerana ALLAH termasuklah sahabat2 blog semoga kita sentiasa terpelihara imannya. Kerana dengan iman & Islam kita terpelihara dari segala noda. Al-Fatihah untuk semua.
Setakat ini dahulu coretan ringkas penulis hari ini setelah lama menyepikan diri. Moga memberi manfaat untuk ummah & menyumbang kebaikan untuk semua. Usah puas untuk berubah & menjadi baik pada pandangan ALLAH. Usah kalah dalam mengekalkan peribadi muslim dalam diri kita membumikan Islam dalam diri & masyarakat. Usah takut untuk sentiasa berfikiran positif & sentiasa memikirkan detik kematian kita kerana matlamat akhir kita adalah bertemu ALLAH dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Siiru 'alaa barakatillah...
Road to Makkah...my dream place.