JAUH BERMUSAFIR LUAS PEMANDANGAN.
Al-Hamdulillah...'post' ke-2 ni ALLAH masih memberi peluang kepada
penulis untuk melancong. Kali ni penulis ke USM, Pulau Pinang. Pengalaman ini
tak mungkin diperolehi dalam kuliah bersama-sama pensyarah. Sejujurnya, penulis
sangat suka melihat dan mendapat pengalaman baru dengan melancong ke negeri2
lain.
Tekun mendengar taklimat dari pihak USM:-)
Beruntung tau dapat jadi ajk kolej kediaman...
kan dapat berbincang di meja bulat!
Menjawat jawatan sebagai ahli jawatan kuasa kebajikan
asrama (JAKSA) memberi keistimewaan kepada penulis untuk turut menyertai
lawatan ke USM, Pulau Pinang bersama kawan-kawan JAKSA yg lain. Banyak
keistimewaan yg penulis dan kawan2 dapat semasa ke sana tau...
- Bila bermusafir penulis dapat mempraktikkan rukhsah
(keringanan) yg telah ditetapkan oleh ALLAH antaranya solat wajib 5 waktu yg
jamak & qasar.
- Bila bermusafir penulis lebih menghargai kewujudan alam
kerana merasakan diri sangat dekat dengan alam. Penulis dapat melihat &
memerhati keindahan alam, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, serta hutan rimba. Ini
menjadikan penulis seorang muslim yang bersyukur dengan kehidupannya.
- Bila bermusafir automatik penulis banyak bergantung &
mengingati ALLAH. Tengok laut ingat kebesaran ALLAH. Tengok hutan bertasbih
mengingati ALLAH.
- Di USM, penulis belajar mengenal mereka yg rata2 belajar
sains & kejuruteraan sangat menjunjung adab terutama bila kami datang
bertandang sebagai tetamu mereka ketika itu. Penulis & kawan-kawan mendapat
layanan yang sangat baik.
Penulis & kawan2 sempat merakam gambar kenangan
bersama pihak Desa Jaya, USM.
- Aktiviti2 eksplorasi dengan 8 ‘check point’ yang disusun
oleh pihak Desa Siswa Jaya, USM sangat menyeronokkan:
-penulis belajar menganyam geruk. (pembalut
buah nangka)
-penulis belajar main sudoku.
-penulis belajar bersabar bila kena berjalan
jauh di sepanjang eksplorasi.
-penulis belajar sumbat gol bola keranjang
-penulis belajar menjawab teka-teki
-penulis belajar main susun ‘puzzle’.
-apa yang penting penulis belajar bekerjasama
dengan rakan2 sepasukan.
Selain USM, penulis berkesempatan menaiki jambatan Pulau
Pinang untuk ke Bukit Bendera. Jom, tengok gambar2 yang sempat dirakam semasa
di sana!
Wajah2 gembira shbt2 JAKSA :-)
Wow..pengalaman pertama menaiki kereta api di Bukit Bendera!
Syoknya naik bukit sampai semua 'excited' nak bergambar!
Okeylah...stakat ni dulu utk ari ni. Ikuti pengembaraan 'Lover of Knowledge' seterusnya dalam 'post' akan datang. Semoga memberi manfaat kat semua. salam sang pengembara:-)
No comments:
Post a Comment