NIKMAT PERTAMA BERGELAR MUSAFIR DI PULAU.
Kehidupan di universiti memungkinkan penulis menikmati
hari yang tidak sama semasa belajar di sekolah menengah. Masa kecil penulis
menyimpan impian nak melancong ke negeri orang. Bergelar mahasiswi universiti
membolehkan penulis punya masa untuk melancong bersama kawan-kawan di merata
tempat antaranya di Pulau Pangkor.
Semester 5 penulis dan kawan-kawan berkesempatan
melancong ke Pulau Pangkor bagi memenuhi markah untuk subjek Bahasa Arab
Kemasyarakatan & Kebudayaan. Tiga hari kami bergelar musafir sungguh
menyeronokkan dengan pengalaman-pengalaman baru.
Pelbagai gelagat yang kami sempat rakamkan dalam
kamera-kamera di sepanjang keberadaan kami di Pangkor Indah Beach Resort.
Suasana pantai yang sangat indah.
Jom...Bersiap sedia untuk snorkling!
Geng FPBU di Pulau Pangkor.
Banyak perkara yang penulis dan kawan-kawan dapat
sepanjang permusafiran kali ini.
- Penulis & kawan-kawan dapat bekerjasama dalam banyak
aktiviti yang kami lakukan bersama-sama seperti pertandingan tarik tali,
snorkling, BBQ, & melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor.
- Lawatan sambil belajar ini telah merapatkan hubungan
persahabatan antara penulis dan kawan-kawan sekelas
.
- Di Pulau Pngkor ini, penulis & kawan-kawan belajar
menghargai kewujudan alam yang sangat indah. Kami lihat pantai yg terbentang,
air yang tenang & menyejukkan dan yang pasti penulis & kawan-kawan
menjadi insan yang sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia.
- Penulis & kawan-kawan dapat kenal budaya negeri
orang. Kebanyakan rakyat di Pulau Pangkor ramai yg berbangsa Cina dan
memungkinkan kami belajar tentang adat orang Cina dengan melawat tokong mereka.
Pengalaman menaiki feri..seronok.
Penulis sempat merakam keindahan alam.
Melawat kawasan sekitar Pulau Pangkor
Seronok tau bila kita
berkesempatan melancong ke negeri orang. Pengalaman ini takkanpernah luput
dalam ingatan penulis. Nantikan post kembara penulis akan datang!
No comments:
Post a Comment