Monday, 18 November 2013

Air Mata Iman dalam SOLUSI ISU 62

Salam kasih sayang buat semua umat Islam terutama buat sahabat2 yang setia membaca setiap bait kata dalam blog ini. Terima kasih semua. Moga isi2 dalam blog ini memberi manfaat kepada semua.

Hari ni, penulis suka untuk berkongsi bahan bacaan penulis pada kali ini. Buku majalah Solusi menjadi peneman setia penulis. Saat penulis buntu untuk mencari idea dan tenggelam dalam dunianya yang terkadang merasa diri kosong dan resah, buku Solusi ini dibelek. Berkenan dengan buku ini langsung penulis mahu membacanya. Jadi RM10 perlu dikorbankan. Sedih kehilangan duit RM10 tapi bahagia saat mendapatkan ilmu yg lebih banyak daripada buku ini. 

Penulis sempat merakam gambar buku Majalah SOLUSI edisi terbaru, isu 62. Nak tengok gambar? Jom, ikut penulis! 



Terkesan juga pada isi buku majalah ini, "Dgn menangis di dunia, org mukmin akan ketawa di akhirat. Di sanalah tempat hati & jasad berehat. Di destinasi terakhir itu tidak akan ada lagi tangisan. Semuanya ketawa ria. & itulah ketawa terbaik." Perasan tak hidup kita sentiasa di hiasi dengan tangisan bukan bermakna kita sentiasa lemah tetapi itu tanda kekuatan & kebergantungan kita kepada ALLAH. Tak percaya, Bila kita lahir lepas hampir 9 bulan 10 hari kita dalam perut ibu, apa perkara pertama yg kita buat? Ha...kita menangis. Then hidup kita pun diselangi dengan tangisan. Lelaki & perempuan sama je semua menangis cuma caranya berbeza. Nanti, bila Malaikat maut datang menjemput, kematian kita juga akan diiringi oleh tangisan saudara-mara dan keluarga. Betul tak?



Banyak lagi isi yang dikongsi dalam majalah Solusi isu 62 ini antaranya, "Menangislah supaya tidak menangis", Magia kasih ibu", "Berusahalah menyucikan diri", dan banyak lagi paling menarik isu utama tentang isu menangis kerana iman. Penulis kongsikan sedikit tentang artikel, "Tangisan Berpahala", 1) Menangis kerana takut kepada ALLAH 2) Menangis kerana rindu & cinta ALLAH 3)  Menangis kerana kerinduan kpd ALLAH 4) Menangis kerana belas kasihan & rasa kasih kpd jenazah 5) Menangis kerana khuatir & simpati akn nasib umat Islam 6) Menangis krn membaca @ mendengar al-Quran 7) Menangis kerana berdoa kpd ALLAH. 

Ha...nak tau lebih 'detail' jom dapatkan buku  majalah SOLUSI ISU 62.

DEKATKAN DIRIMU DENGAN ILMU MELALUI PEMBACAAN BUKU2 . JOM KITA BUDAYAKAN AMALAN MEMBACA...MOGA BISA MENJADI UMMAH BERGUNA PADA AGAMA. 

Thursday, 14 November 2013

Indahnya Berpurdah ^__^

Salam kasih sayang buat semua makhluk ALLAH...

Lama sudah QalamWardahZinnirah tidak mencoret sesuatu pada blognya. Maklum sahaja sudah sibuk dengan tugasan2 yang semakin bertambah bila dah nak masuk mid sem ini. Tapi apa pun usah risau penulis masih punya masa yang dikurniakan oleh ALLAH untuk melakar suatu ceritera dalam blog ini.

Hari ini kita bicara tentang pemakaian purdah memandangkan ada satu peristiwa terjadi pada penulis tentang purdah. Moga 'post' ni dapat memberi manfaat kpd semua pembaca setia blog ini. 

Berbalik pada cerita kita, satu hari penulis menerima satu sms dari junior tempat kolej kediaman yg dia menetap. 

Ini adalah antara diolog antara mereka yg berbentuk SMS:

JUNIOR: "Salam akk...lps sy tgok akk smlm...terdetik hati sy nk pakai mcm akk...blh ke...sbb sy mmg prnh niat nak pakai...mohon pencerahan..."

PENULIS: "Wa'alaikumussalam w.b.t...alhamdulillah & tahniah sbb awk dah ada niat nak pakai. Akk pikir byk kali gak nak pakai, sbb bila rujuk ustzh mrk kata hanya sunat yg penting kita kena pastikan yg wajib pd kita sbg seorg muslimah di tutup dgn sempurna dulu. Sama sprt solat, kita kena sempurnakan wudhuk dulu baru sah solat. & bila ckp pasal purdah byk benda yg si pemakai kena pertimbangkan. Erm, try awk bukak page FB Indahnya Berpurdah."


JUNIOR: "tp kan akk, sy dah lama nak pakai, bila pergi umah mak cik sy...kakak saudara saya pakai...sy pun pakai ble kuar dgn mrk..."


PENULIS: "Akk x halang awk nak pakai cuma dptka izin ibu ayah dulu. bila ibu ayah bagi, insyaALLAH ada keberkatan dalam pemakaian purdah kita."

"Serius akk x halang awk pakai, bahkan akk suka awk dpt pakai niqab, dlm page FB tu byk perkara yang awk blh tau pasal niqab ada baik & buruknya. May ALLAH bless you."

JUNIOR: "Time kasih akk...sy harap macam tu jugak...ada lagi sebab yg buat sy nak pakai. nati kalu ada masa sy bgtau akak...insyaALLAH ALLAH akn tunjukkan jalanNya klu benda ini baik utk sy."


PENULIS: "Mmg perkara ini baik untuk awak. That why ALLAH choose you my dear shbt."


Perbualan kami tamat di situ shj. Soalan itu menambah keyakinan penulis untuk terus memakai niqab @ purdah walaupun penulis hanya memakainya mengikut keadaan semasa. Bila di universiti penulis tidak dapat memakai purdah seperti biasa jadi dia mengambil inisiatif memakainya di luar kawasan universiti. Banyak kelebihan & kebaikan yg penulis dapat sepanjang memakai niqab ni. Antaranya, penulis merasaan dirinya sangat di jaga & dipelihara oleh ALLAH, dia merasakan dirinya selamat di bawah perlindunganNya.

Tak dinafikan kadang2 ada yang mencemuh & tidak suka dgn si pemakai niqab dgn bermacam tohmahan mereka lemparkan, namun ini tidak sesekali mematahkan semangat penulis untuk terus memakainya.

Mohon doa sahabat2 semua untuk doakan penulis diberi kekauatan hati dan istiqamah dalam pemakaian niqab @ purdah ini. Banyak sebenarnya penulis nak bgtau, tapi mungkin untuk kali ini setakat ini dahulu kita berjumpa lagi di lain masa.

ILALLIQA' MA'ASSALAMAH






Saturday, 9 November 2013

Ya ALLAH…Sukarnya Menjaga hati Sahabat



Dilema dalam kehidupan bila punya sahabat yang ramai dalam senarai hati kita. Manusia tidak mampu hidup keseorangan itu di akui oleh semua insan yang di kurnia perasaan mahukan teman. Tidak kira apa fungsi yang di bawa oleh seorang sahabat, mereka tetap dambakan sahabat di sisi mereka termasuklah penulis.

Ya penulis suka melebarkan sayap persahabatannya dengan semua orang. Walau ketika hanya dia seorang yang mampu tersenyum melihat sahabat bahagia di kejauhan. Namun, sahabat ini punya perasaan, perasaan yang perlu dijaga & dibelai. Perasaan memahami antara satu sama lain dan menaruh kepercayaan.

Ya ALLAH…sukarnya untuk menjaga hati sahabat sedangkan kita pernah menuturkan janji bahawa persahabatan kita hanya kerana Ilahi. Penulis harus bersikap bagaimana bagi menjamin tiada seorang pun sahabat yang sakit hati atau terasa dengan sikapnya? Tiada seorang sahabat pun yang mempertikaikan kasih sayangnya. Tiada seorang sahabat pun yang memaling muka dari melihatnya. Aku ini harus bagaimana? Khabarkan kepada ku sahabat…aku ini harus bagaimana? Rintihan hati kecil yang mahukan penjelasan dari seorang insan yang bernama sahabat.

Adakah kerana salah hatiku dalam menilai sebuah persahabatan? Mungkin juga kerana penulis susah memahami apa yang terjadi pada diri sendiri. Penulis terlebih dahulu perlu menyalahkan hati sendiri daripada menyalahkan orang lain dalam bab sahabat ini. Inilah fitrah manusia dan fitrah sebuah persahabatan pasti ada di sana ujian untuk menguji sejauh mana keberkesanan sebuah persahabatan.

Jika benar kita ini bersahabat kerana ALLAH kenapa harus setiap perkara kita mudah terasa? Jika benar kita sahabat kenapa harus di pertaruh perasaan sayang antara kita? Penulis ingin memahami isi hati sahabat-sahabatnya sampai satu masa tiada ruang dan waktu untuk dia fikir tentang isi hatinya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbuku di ruang sudut kecil hatinya.

Penulis juga hanya insan biasa yang punya perasaan. Namun bila difikirkan kembali hadis Rasulullah S.A.W, dia cuba memujuk hatinya yang sayu dengan sikap sesetengah sahabatnya yang mudah terasa. Penulis cuba berlapang dada dengan apa yang telah dilaluinya.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.










Tuesday, 5 November 2013

Zhu ni sheng ri kuai le ba ba ^__^ (Dedikasi cinta buat ayah)

Rindu Bertamu pada Ayah

Selamat Hari Lahir yang ke-60...ayah


Tatkala
Diriku lahir
Engkau insan paling bahagia
Mengucupku penuh kegembiraan
Memelukku penuh kesyukuran
Mengharap anakmu bahagia dunia akhirat

Segala ujian
Engkau redah tanpa halangan
Engkau selak hikmah Tuhan
Engkau ulit jiwa yang resah
Bersama nikmat Tuhan

Saat diriku jatuh
Engkau menjadi penguatku
Bicaramu tentang kekuasaan Tuhan
Saat diriku tersungkur
Engkau masih bisa tersenyum
Membalut luka sakitku
Setiap bait katamu
Betul menyentuh hatiku
Buat jiwaku makin rindu
Pada susuk tubuh yang ku gelar ayah

Ayah
Engkau insan hebat
Sehebat nama juga pengorbananmu
Ayah
Diriku rindu pada kata nasihatmu
Diriku rindu pada semangat juangmu
Diriku rindu pada suara merdumu
Setiap kali ayah mengalun bacaan ayat al-Quran
Diriku rindu pada susuk tubuhmu
Bisa tegar dengan ujianNya
Paling aku rindu
Menatap wajah tenangmu

Ayah
Diriku tidak mampu menutur kata rindu
Diriku tidak mampu mengucap kata sayang
Walau kata itu hanya tersimpan di kalbuku
Rindu itu makin bertamu
Buat insan yang ku panggil ayah

SELAMAT HARI LAHIR AYAH...

Sunday, 3 November 2013

Kiriman rindu buat keluarga tersayang ^__^

Cuti pertengahan semester telah bermula tetapi buat kali ini penulis tidak bercuti bersama-sama keluarga macam yang selalu dilakukannya. Semester ini penulis memilih bercuti di universitinya sahaja kononnya mahu menyelesaikan kerja-kerja tugasnya sebagai pelajar. Jadi nak tak nak penulis terpaksa memaksa dirinya memendam rasa rindu pada keluarga. Penulis seperti selalu cuba mengubat rindunya dengan melayangkan kiriman rindu pada keluarganya melalui QalamWardahZinnirah.blogspot.com ini di samping menyedekahkan al-Fatihah buat keluarga tersayang yang sentiasa dirindui kerana ALLAH.

Insan yang paling penulis rindu mestilah mama & ayahnya yang telah mendidik dan membesarkan penulis dan adik2. Terima kasih mama & ayah. Kalian insan yang sangat baik. Kami sangat beruntung menjadi anak-anak kalian.



Mana tahu dengan cara ini terubatlah rasa rindu di samping sentiasa menelefon mama, ayah, adik, chik, padil & mimi di kampung. Adik perempuan penulis memilih untuk pulang ke kampung begitu juga adik lelaki sulung penulis. Adik ke-3 penulis pula menyambung masa cutinya dengan keluarga kak long di Johor.

Penulis rindu pada gelagat-gelagat adik2nya yang sangat menyenangkan hatinya. Di bawah ada gambar2 yang sempat dirakam oleh penulis sendiri.

Gambar penulis & adik masa Hari Raya Haji

Penulis bersama satu2 adik perempuannya @ kembar

Chik & Fadzil bersama-sama dlm kereta kami

Ni adik bongsu penulis...Ahmad Hambali

Fadzil Hanapi adik lelaki ke-2 penulis

Keluarga kak long 'kakak sebapa'

Sejuk mata tengok gambar adik lelaki sulung...chik berpakaian jubah

Moga kita sekeluarga bisa hidup bahagia dunia & akhirat juga sampai syurga



Salam Ma'al Hijrah 1435H

Salam kasih sayang kepada semua umat Islam...

Hari ini penulis nak kongsi sikit tentang bulan Islam, Muharam memandangkan kita dah nak masuk bulan Muharam esok kan. Tadi tengah baca buku bertajuk, 'Sirah Bulan2 Hijrah- karangan Dr. Engku Ahmad Zaki' hati terdetik mahu mencoret sesuatu hasil bacaan sebentar tadi. Buku ini banyak bercerita tentang kelebihan bulan2 Islam dan memberi sudut pandang positif tentang bulan-bulan Islam.

Bulan Muharram menjadi bulan pilihan penulis untuk hari ini. Bukan kerana apa esok kita dah masuk bulan Muharam. Kalian tau tak? Tak tahu? Jom kita telusuri kisah Muharam.


Latar Belakang Bulan Muharam

Bahasa: Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'pantang', iaitu ALLAH melarang dengan keras sebarang peperangan @ pertumpahan darah dilakukan pada bulan tersebut.

Sahabat2 boleh rujuk surah al-Baqarah ayat 217.

Peristiwa bulan Muharam

1) Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
2) 10 Muharam- dinamakan juga hari As-Syura.
3) Pada 10 Muharam juga berlaku:
- Nabi Adam a.s bertaubat kepada ALLAH
- Nabi Idris a.s. di angkat oleh ALLAH ke langit
- Nabi Nuh a.s diselamatkan ALLAH keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air selama enam bulan
- Nabi Ibrahim a.s diselamatkan ALLAH dari pembakaran Raja Namrud
- ALLAH menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s
- Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara
- Penglihatan Nabi Yaakob a.s yg kabur dipulihkan ALLAH
- Nabi Ayyub a.s dipulihkan ALLAH daripada penyakit kulit yg dideritainya
- Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dlmnya selama 40 hari 40 malam
- Laut Merah terbelah dua utk menyelamatkan Nabi Musa a.s & pengikutnya dari tentera Firaun
- Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni oleh ALLAH
- Nabi Sulaiman a.s dikurniakan ALLAH kerajaan yg besar
- Hari pertama ALLAH menciptakan alam
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat
- Hari pertama ALLAH menurunkan hujan
- ALLAH menjadikan Arasy
- ALLAH menjadikan Lauh Mahfuz
- ALLAH menjadikan alam
- ALLAH menjadikan Malaikat Jibril
- Nabi Isa a.s di angkat ke langit 

Semua ini terungkap kemas dalam buku yang telah disebut  oleh penulis tadi. Jadi, marilah sama-sama kita menghayati & menghargai bulan-bulan Islam yang mana terkandung di dalamnya banyak pengajaran berguna khususnya kepada umat Islam.


Salam Ma'al Hijrah 1435H



Sedar tidak sedar hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 1434H. Sahabat tahu tak esok kita dah masuk tahun baharu 1435H? Sedih juga penulis bila ada sahabat yang begitu menyanjung dan menyedari tarikh akhir tahun Masehi sedangkan tahun Hijrah kita langsung tak menghargai. 

Mari kita ubah paradigma hidup kita. Kita sebagai umat Islam perlu tahu dan sedar bahawa kita ada tahun dan bulan2 Islam yang patut diingati sejarahnya. Ha...malam ni kita sama-sama baca doa akhir tahun dan awal tahun 1435H! Tanda kita sebagai Muslim menghargai bulan2 Islam dam bersyukur dengan kurniaan serta anugerahNya kepada kita. Penulis lampirkan sekali doa akhir dan awal tahun yer...

Doa akhir tahun...

Doa awal tahun...

Mohonlah doa pada ALLAH moga kita bisa menjadi hamba yang paling Dia rindu untuk berjumpa di akhirat nanti, hamba yang paling Dia sayang, dan di kasihi semua makhluk Tuhan. Sematkan dalam hati kalian bahawa tahun Islam ini membawa keberkatan berganda kepada kita, menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam.