Saturday, 9 November 2013

Ya ALLAH…Sukarnya Menjaga hati Sahabat



Dilema dalam kehidupan bila punya sahabat yang ramai dalam senarai hati kita. Manusia tidak mampu hidup keseorangan itu di akui oleh semua insan yang di kurnia perasaan mahukan teman. Tidak kira apa fungsi yang di bawa oleh seorang sahabat, mereka tetap dambakan sahabat di sisi mereka termasuklah penulis.

Ya penulis suka melebarkan sayap persahabatannya dengan semua orang. Walau ketika hanya dia seorang yang mampu tersenyum melihat sahabat bahagia di kejauhan. Namun, sahabat ini punya perasaan, perasaan yang perlu dijaga & dibelai. Perasaan memahami antara satu sama lain dan menaruh kepercayaan.

Ya ALLAH…sukarnya untuk menjaga hati sahabat sedangkan kita pernah menuturkan janji bahawa persahabatan kita hanya kerana Ilahi. Penulis harus bersikap bagaimana bagi menjamin tiada seorang pun sahabat yang sakit hati atau terasa dengan sikapnya? Tiada seorang sahabat pun yang mempertikaikan kasih sayangnya. Tiada seorang sahabat pun yang memaling muka dari melihatnya. Aku ini harus bagaimana? Khabarkan kepada ku sahabat…aku ini harus bagaimana? Rintihan hati kecil yang mahukan penjelasan dari seorang insan yang bernama sahabat.

Adakah kerana salah hatiku dalam menilai sebuah persahabatan? Mungkin juga kerana penulis susah memahami apa yang terjadi pada diri sendiri. Penulis terlebih dahulu perlu menyalahkan hati sendiri daripada menyalahkan orang lain dalam bab sahabat ini. Inilah fitrah manusia dan fitrah sebuah persahabatan pasti ada di sana ujian untuk menguji sejauh mana keberkesanan sebuah persahabatan.

Jika benar kita ini bersahabat kerana ALLAH kenapa harus setiap perkara kita mudah terasa? Jika benar kita sahabat kenapa harus di pertaruh perasaan sayang antara kita? Penulis ingin memahami isi hati sahabat-sahabatnya sampai satu masa tiada ruang dan waktu untuk dia fikir tentang isi hatinya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbuku di ruang sudut kecil hatinya.

Penulis juga hanya insan biasa yang punya perasaan. Namun bila difikirkan kembali hadis Rasulullah S.A.W, dia cuba memujuk hatinya yang sayu dengan sikap sesetengah sahabatnya yang mudah terasa. Penulis cuba berlapang dada dengan apa yang telah dilaluinya.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.










Tuesday, 5 November 2013

Zhu ni sheng ri kuai le ba ba ^__^ (Dedikasi cinta buat ayah)

Rindu Bertamu pada Ayah

Selamat Hari Lahir yang ke-60...ayah


Tatkala
Diriku lahir
Engkau insan paling bahagia
Mengucupku penuh kegembiraan
Memelukku penuh kesyukuran
Mengharap anakmu bahagia dunia akhirat

Segala ujian
Engkau redah tanpa halangan
Engkau selak hikmah Tuhan
Engkau ulit jiwa yang resah
Bersama nikmat Tuhan

Saat diriku jatuh
Engkau menjadi penguatku
Bicaramu tentang kekuasaan Tuhan
Saat diriku tersungkur
Engkau masih bisa tersenyum
Membalut luka sakitku
Setiap bait katamu
Betul menyentuh hatiku
Buat jiwaku makin rindu
Pada susuk tubuh yang ku gelar ayah

Ayah
Engkau insan hebat
Sehebat nama juga pengorbananmu
Ayah
Diriku rindu pada kata nasihatmu
Diriku rindu pada semangat juangmu
Diriku rindu pada suara merdumu
Setiap kali ayah mengalun bacaan ayat al-Quran
Diriku rindu pada susuk tubuhmu
Bisa tegar dengan ujianNya
Paling aku rindu
Menatap wajah tenangmu

Ayah
Diriku tidak mampu menutur kata rindu
Diriku tidak mampu mengucap kata sayang
Walau kata itu hanya tersimpan di kalbuku
Rindu itu makin bertamu
Buat insan yang ku panggil ayah

SELAMAT HARI LAHIR AYAH...

Sunday, 3 November 2013

Kiriman rindu buat keluarga tersayang ^__^

Cuti pertengahan semester telah bermula tetapi buat kali ini penulis tidak bercuti bersama-sama keluarga macam yang selalu dilakukannya. Semester ini penulis memilih bercuti di universitinya sahaja kononnya mahu menyelesaikan kerja-kerja tugasnya sebagai pelajar. Jadi nak tak nak penulis terpaksa memaksa dirinya memendam rasa rindu pada keluarga. Penulis seperti selalu cuba mengubat rindunya dengan melayangkan kiriman rindu pada keluarganya melalui QalamWardahZinnirah.blogspot.com ini di samping menyedekahkan al-Fatihah buat keluarga tersayang yang sentiasa dirindui kerana ALLAH.

Insan yang paling penulis rindu mestilah mama & ayahnya yang telah mendidik dan membesarkan penulis dan adik2. Terima kasih mama & ayah. Kalian insan yang sangat baik. Kami sangat beruntung menjadi anak-anak kalian.



Mana tahu dengan cara ini terubatlah rasa rindu di samping sentiasa menelefon mama, ayah, adik, chik, padil & mimi di kampung. Adik perempuan penulis memilih untuk pulang ke kampung begitu juga adik lelaki sulung penulis. Adik ke-3 penulis pula menyambung masa cutinya dengan keluarga kak long di Johor.

Penulis rindu pada gelagat-gelagat adik2nya yang sangat menyenangkan hatinya. Di bawah ada gambar2 yang sempat dirakam oleh penulis sendiri.

Gambar penulis & adik masa Hari Raya Haji

Penulis bersama satu2 adik perempuannya @ kembar

Chik & Fadzil bersama-sama dlm kereta kami

Ni adik bongsu penulis...Ahmad Hambali

Fadzil Hanapi adik lelaki ke-2 penulis

Keluarga kak long 'kakak sebapa'

Sejuk mata tengok gambar adik lelaki sulung...chik berpakaian jubah

Moga kita sekeluarga bisa hidup bahagia dunia & akhirat juga sampai syurga



Salam Ma'al Hijrah 1435H

Salam kasih sayang kepada semua umat Islam...

Hari ini penulis nak kongsi sikit tentang bulan Islam, Muharam memandangkan kita dah nak masuk bulan Muharam esok kan. Tadi tengah baca buku bertajuk, 'Sirah Bulan2 Hijrah- karangan Dr. Engku Ahmad Zaki' hati terdetik mahu mencoret sesuatu hasil bacaan sebentar tadi. Buku ini banyak bercerita tentang kelebihan bulan2 Islam dan memberi sudut pandang positif tentang bulan-bulan Islam.

Bulan Muharram menjadi bulan pilihan penulis untuk hari ini. Bukan kerana apa esok kita dah masuk bulan Muharam. Kalian tau tak? Tak tahu? Jom kita telusuri kisah Muharam.


Latar Belakang Bulan Muharam

Bahasa: Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'pantang', iaitu ALLAH melarang dengan keras sebarang peperangan @ pertumpahan darah dilakukan pada bulan tersebut.

Sahabat2 boleh rujuk surah al-Baqarah ayat 217.

Peristiwa bulan Muharam

1) Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
2) 10 Muharam- dinamakan juga hari As-Syura.
3) Pada 10 Muharam juga berlaku:
- Nabi Adam a.s bertaubat kepada ALLAH
- Nabi Idris a.s. di angkat oleh ALLAH ke langit
- Nabi Nuh a.s diselamatkan ALLAH keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air selama enam bulan
- Nabi Ibrahim a.s diselamatkan ALLAH dari pembakaran Raja Namrud
- ALLAH menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s
- Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara
- Penglihatan Nabi Yaakob a.s yg kabur dipulihkan ALLAH
- Nabi Ayyub a.s dipulihkan ALLAH daripada penyakit kulit yg dideritainya
- Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dlmnya selama 40 hari 40 malam
- Laut Merah terbelah dua utk menyelamatkan Nabi Musa a.s & pengikutnya dari tentera Firaun
- Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni oleh ALLAH
- Nabi Sulaiman a.s dikurniakan ALLAH kerajaan yg besar
- Hari pertama ALLAH menciptakan alam
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat
- Hari pertama ALLAH menurunkan hujan
- ALLAH menjadikan Arasy
- ALLAH menjadikan Lauh Mahfuz
- ALLAH menjadikan alam
- ALLAH menjadikan Malaikat Jibril
- Nabi Isa a.s di angkat ke langit 

Semua ini terungkap kemas dalam buku yang telah disebut  oleh penulis tadi. Jadi, marilah sama-sama kita menghayati & menghargai bulan-bulan Islam yang mana terkandung di dalamnya banyak pengajaran berguna khususnya kepada umat Islam.


Salam Ma'al Hijrah 1435H



Sedar tidak sedar hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 1434H. Sahabat tahu tak esok kita dah masuk tahun baharu 1435H? Sedih juga penulis bila ada sahabat yang begitu menyanjung dan menyedari tarikh akhir tahun Masehi sedangkan tahun Hijrah kita langsung tak menghargai. 

Mari kita ubah paradigma hidup kita. Kita sebagai umat Islam perlu tahu dan sedar bahawa kita ada tahun dan bulan2 Islam yang patut diingati sejarahnya. Ha...malam ni kita sama-sama baca doa akhir tahun dan awal tahun 1435H! Tanda kita sebagai Muslim menghargai bulan2 Islam dam bersyukur dengan kurniaan serta anugerahNya kepada kita. Penulis lampirkan sekali doa akhir dan awal tahun yer...

Doa akhir tahun...

Doa awal tahun...

Mohonlah doa pada ALLAH moga kita bisa menjadi hamba yang paling Dia rindu untuk berjumpa di akhirat nanti, hamba yang paling Dia sayang, dan di kasihi semua makhluk Tuhan. Sematkan dalam hati kalian bahawa tahun Islam ini membawa keberkatan berganda kepada kita, menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam.



Tuesday, 29 October 2013

ALLAH Maha Adil...Manusia?

  


Bergelar manusia dan khalifah ALLAH adalah anugerah yang sangat sempurna untuk mereka yg bernama Muslim. Kenapa mesti dikotorinya dengan menjadikan diri sebagai penghukum antara mereka? Jika ada berlaku kesalahan kita banyak menunding jari pada manusia lain sedang dosa yang terpalit pada diri langsung tak dinampak. Kejamnya dunia yang menjadikan manusia sebagai pengadilnya.


Bila kata-kata seseorang itu tidak betul mengikut pandangan kita, kita menyanggah, kita menolak dengan bermacam alasan, dan kita marah tanpa sebab yang kukuh. Adakah ini sifat Muslim yg ingin kita tonjolkan pada dunia? Bila orang lain tidak sama pendapat dengan kita, kita mula menunjuk belang,menimbul permusuhan yang akhirnya membawa perpecahan. Situasi inikah yang kita mahu hadapi dalam kehidupan suatu saat nanti?


Benarlah, hanya ALLAH yang Maha Adil terhadap hamba-hambaNya. Andai ALLAH melihat kita melakukan dosa, ALLAH masih sayang & bersikap adil pada kita. Andai ALLAH melihat kita bergelumang dengan noda, ALLAH masih tetap sayangkan kita & adil dengan kita. Andai ALLAH melihat kita terus-menerus menghukum manusia, ALLAH masih menunjukkan kasih sayangNya bersulam dengan keadilan. Buktinya, kita masih bisa menikmati udara, kita masih mampu berdiri tegak atas bumi ini, kita masih mampu berbual, bermain, menuntut ilmu, dan kita masih ada nyawa. Sampai bila kita nak bersikap seolah-olah hilang keperimanusiaan?


Cukuplah menghukum,manusia itu salah, manusia ini masuk neraka atau syurga,manusia ini jahat, manusia itu berdosa kerna hanya ALLAH yang bisa mengatur ke mana keberadaan akhir kita nanti. Usah risau andai apa yang kita buat langsung tidak dipandang dunia, usah risau andai apa yang kita usahakan dipandang serong oleh manusia...kerna yakinlah sebaik2 penghukum adalah ALLAH.


Manusia memang sifatnya suka bersangka sesama mereka sama ada bersangka baik atau bersangka buruk. Itu fitrah yang tak mungkin kalah pada nafsu tapi bisa rebah dan tersungkur dengan hiasan keimanan serta ketaqwaan pada ALLAH dalam hati kecil Muslim. Percayalah kita bisa mencapai ketenangan yang abadi andai kita melihat dunia pada sudut positifnya.Kita juga bisa mengharung dunia dengan baik andai kita meletakkan kemaafan sebagai sifat teristimewa yg terhias rapi pada diri kita.


Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-A’raf ayat 199 yang bermaksud:“Jadilah pemaaf & suruhlah org mengerjakan yg ma’ruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”


Ajaklah diri memohon maaf pada manusia andai kita pernah menabur salah pada mereka. Ajaklah diri untuk memaafkan orang yang pernah melukai hati kita, pernah menabur fitnah tentang kita, dan pernah membenci kita. Kan manusia tak boleh lari dari melakukan kesalahan?




Percayalah kita mampu menikmati ketenangan yang tiada tandingannya andai kita berlapang dada dengan semua manusia yang berbeza pandangan dengan kita. Biar apapun fikiran manusia pada kita, kita tetap mahukan pandangan ALLAH sebagai pandangan nombor satu kita. Ya, sepantasnya kita mengubah dan mencegah kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita tetapi bukan dengan cara menghukum.
ALLAH sendiri telah mengajarkan kita cara yang terbaik untuk berdepan dengan manusia yg berbeza pandangan dengan kita seperti firman ALLAH dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud: “Serulah (manusia) kpd jalan Tuhanmu dengan hikmah(perkataan yg tegas & benar yg dapat membezakan antara yg hak dan yg batil) & pengajaran yg baik, & berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.”

Akhirnya, penulis terkesan dengan penulisan Zahiruddin Zabidi dalam bukunya ‘Bukan Susah Nak Faham.’dalam episod ‘Hakikat Mati’ yang bernada serius, “Kita sebagai orang yang belajar agama dan bakal pendakwah . Kita bukanlah seorang penghukum, kerana penghukum yang hakiki adalah ALLAH. Kita ini hanyalah hambaNya yg mewarisi kerja para nabi dan Rasul iaitu dakwah. Tugas dakwah adalah menganjurkan kebaikan & mencegah kemungkaran.”


Siapakah kita mahu menghukum manusia sewenang2nya. Kita juga hanya manusia, yang Maha Menghukum adalah ALLAH Yang Maha Esa.Jadi, usahlah kita menambah musuh yang tiada, mengurangkan kawan yang ada di sisi kita semata2 kerana kita suka menghukum & berprasangka buruk pada mereka.Setiap manusia punya hak untuk berbicara, setiap manusia punya pemikiran yg berbeza tetapi itu semua tidak menghalang kita menjadi manusia yg baik di dunia & akhirat.



 

Sang Pencinta Ilmu 2 ^__^

Salam seluas lautan cinta kepada ALLAH...

Bicara tentang ilmu, penulis suka berkongsi sesuatu yang telah dikongsikan oleh ustaz2 yang pernah didengar ceramah dan bait kata indahnya. Orang yang hebat memberi ilmu pasti hebat membacakan? Penulis pernah menghadiri satu ceramah yang betul2 memberi kesan dan peringatan kepada penulis. Bila bicara, bicaranya terus sampai pada sang pendengar. Itulah kuasa kata2.

Seorang pendakwah atau naqib/ah pasti seorang yang banyak berzikir mengingati ALLAH dengan meletakkan dirinya dalam keadaan istiqamah menyampaikan Islam terhadap dirinya dan masyarakat. Kita tidak hanya terikat dengan ilmu di dalam kuliah tetapi juga ilmu disebalik pembacaan buku2 agama seperti membaca kisah Salafus Soleh. Ya...baru penulis akui bahawa membaca sangat penting dalam memastikan kita punya ilmu utk disampaikan kepada umum.

Diselitkan juga kisah salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w bernama, Ka'ab bin Malik yang tidak mengikuti Perang Tabuk. Di bawah penulis senaraikan antara link blog2 yang memaparkan kisah Ka'ab bin Malik ini.

http://blogtokwan.blogspot.com/2011/07/kisah-kaab-bin-malik-contoh-teladan.html

http://penasipenuntut.blogspot.com/2013/04/bismillah.html

http://embuntarbiyah.wordpress.com/2007/07/13/kisah-ka%E2%80%99ab-bin-malik-dalam-perang-tabuk/


Surah at-Taubah banyak menceritakan kisah mengenai Ka'ab bin Malik yang tidak mengikuti perang Tabuk dan akhirnya mendapat keampunan ALLAH selepas Ka'ab bin Malik bertaubat dgn sebenar-benar taubat. Ini didikan para sahabat baginda s.a.w pada zaman dahulu berbanding diri kita yang masih punya banyak kelemahan dan alasan untuk berjuang di medanNya. 

Berjuang di medanNya bukan bermaksud kita hanya mengangkat senjata memerangi musuh Islam tetapi juga berjuang mempertahankan Islam dengan menyebarkan keindahan Islam pada semua orang. Jangan pula kita syok sendiri, nak kita je baik oarang lain? Umat Islam seharusnya tahu & istiqamah di jalan ALLAH ini. Bukan hanya kita menunding jari menyalahkan orang lain saat Islam tidak dipeduli di muka bumi ini.