Adindaku...
Bertuah diriku memiliki seorang adik perempuan yang sangat penyayang...
Walau terkadang adik sangat tegas dan garang...
Kami kembar tapi tidak serupa...kami sama tapi ada bezanya...kami gembira bersama menelan pahit manis kehidupan.
Walau terpisah di mana pun kita tetap digelar adik beradik.
Takkan pernah terputus hubungan persaudaran ini selagi kita bergelar adik beradik
Harapan kakakmu agar satu2nya adik perempuan yg ada ini menjadi mujahidah solehah dambaan syurga...
Harapan kakakmu, agar satu2nya adik perempuan yg ada ini bisa memberi kebahagiaan kepada keluarga kami.
Kita pernah bertikam lidah, kita pernah bergaduh menarik muka masam, kita pernah tidak bertegur sapa...
Namun semua itu fitrah dalam berkeluarga...harapanku, agar kita saling memaafi dan memaafi.
ku merindui gelak tawamu...ku menanti pesan-pesan nasihatmu, ku teringat saat kita leka memasak di dapur bersama mama...moga kenangan itu bisa diraih semula suatu saat nanti...
Terima kasih adik buat satu2nya adik perempuanku yang telah mewarnai kanvas kehidupanku selama hampir banyak tahun kita bersama-sama meniti hidup keluarga bahagia.
SaLaM iMtIhAn bUaT AdIk PeReMpuAn tErsAyAnG...
SaLaM SaYaNg bUaT AdIk tErCHiNtA
"Jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya"
Friday, 4 January 2013
Sunday, 30 December 2012
Gambar2 de Pangkor
SUBHANALLAH...indah sungguh ciptaan ALLAH.
Keindahan pantai pada waktu malam.
Sahabat2 yang sangat Wardah Zinnirah sayang kerana ALLAH...sume cantik:)
Tarik tali...tarik tali...Jerit kawan2. Antara aktiviti yg disertai oleh semua kawan2.
Keindahan pantai pada waktu malam.
Sahabat2 yang sangat Wardah Zinnirah sayang kerana ALLAH...sume cantik:)
Tarik tali...tarik tali...Jerit kawan2. Antara aktiviti yg disertai oleh semua kawan2.
Sesi melapah ayam untuk dibuat BBQ pada malamnya.
Kenangan de Pangkor
Antara gambar yang sempat dirakam semasa di PULAU PANGKOR...
Harimau yg dijumpai di kedai cenderahati :)
Harimau yg dijumpai di kedai cenderahati :)
Kembara Ilmiah De Pangkor
Salam ketenangan di balik hati yang dilanda keresahan...
Al-HAMDULILLAH...
Usai sudah perjalanan ke Pulau Pangkor selama hampir 3 hari (26-28 Disember 2012)...
Ana diberi ruang & peluang oleh ALLAH untuk menghayati dan menikmati keindahan pantai & ombak di Pulau Pangkor.SUBHANALLAH...indah sungguh ciptaan ALLAH...pantas ana sangat suka melihat dan merenung keindahan ombak yang memukul pantai.
Peluang ini tidak datang untuk kali ke-2. Jadi, ana rebut peluang ini untuk menikmatinya.
Ana mahu jadi hamba ALLAH yang menghargai kewujudan makhluk lain di bumi ini.
Jika diberi peluang, InsyaALLAH...negara lain pula akan dikunjungi.
Gambar2 ceria sahabat2 satu FPBU. Al-hamdulillah...semua gembira meniti hari ceria di Pangkor.
Al-HAMDULILLAH...
Usai sudah perjalanan ke Pulau Pangkor selama hampir 3 hari (26-28 Disember 2012)...
Ana diberi ruang & peluang oleh ALLAH untuk menghayati dan menikmati keindahan pantai & ombak di Pulau Pangkor.SUBHANALLAH...indah sungguh ciptaan ALLAH...pantas ana sangat suka melihat dan merenung keindahan ombak yang memukul pantai.
Peluang ini tidak datang untuk kali ke-2. Jadi, ana rebut peluang ini untuk menikmatinya.
Ana mahu jadi hamba ALLAH yang menghargai kewujudan makhluk lain di bumi ini.
Jika diberi peluang, InsyaALLAH...negara lain pula akan dikunjungi.
Gambar2 ceria sahabat2 satu FPBU. Al-hamdulillah...semua gembira meniti hari ceria di Pangkor.
Sunday, 23 December 2012
sAlAm iMtIhAn bUaT SaHaBaT2 USIM
Minggu 'study week'
bermula. Menjadi pemula segala usaha yang selama ini terpendam bagai manusia
yang bisu. Malas tidak lagi bersarang pada diri bila memikir 'final exam' makin
mendekat hari.
Nak baca kisah benar
tak???Mari kita telusuri kisah menyentuh qalbu ini....
Kaki senang melangkah
gagah menuju ke kampus dengan bermacam tujuan & perancangan.
Sedang asyik diri
menanti bas bergerak, terpandang pada sebuah kereta proton saga. Didalamnya
terisi sebuah keluarga, ada adik, abang, ibu & ayah. Mungkin menanti &
menyambut kepulangan anaknya. Sangkaanku tepat. Kelihatan sekujur tubuh gagah
perkasa mendekati kereta tersebut sambil menyalami kedua orang tuanya dan
bertegur sapa dengan adik beradiknya. Aku terkedu, terus imbauan kenangan lama
menyapa benak fikiranku. Hatiku meronta dan terus meronta sebak menyelubungi
jiwa.
Biasalah jiwa perempuan
mudah terusik terutama bila mengingati pada mama dan ayah di kampung...tapi
sensitif itu bisa membuat insan bernama wanita itu sangat istimewa tambahan
jika dia pandai menjaga hubungannya dengan ALLAH dan manusia juga makhluk yang
ada di sekelilingnya.
Teringat pada adik2 di
rumah, pada ibu ayah yang belum sampai masa untukku menyalami mereka insan
tercinta dalam kehidupanku. Alangkah indahnya, jika diriku dapat merasai
kehadiran ibu ayah dan keluarga di universiti ini. Jika ku diberi kesempatan
ingin sekali ku salam dan peluk serta memohon ampun atas segala khilafku pada
mereka. 'Final exam' makin menunggu masa membuatku sebak meniti hari tanpa
kehadiran ibu ayah di sisi.
Pantas tanganku mencapai
telefon bimbit, menekan nombor ibu tersayang, mujur saja mamaku mengambil
cuti...boleh kami berbual panjang. Kepada mama ku ceritakan segalanya, mama
seperti biasa melafaz kata nasihat dan pesanan, usah berduka ada hikmah di
sebalik semuanya. Ku pohon doa mustajab dari seorang mama agar puteri2nya bisa
tenang meniti hari di universiti tanpa ibu dan ayah di samping kami. Mama
mengiakannya. Diriku tahu mama mengharap yang terbaik untuk anaknya.
ALLAH S.W.T juga ada
berpesan dalam KalamNya Surah at-Thalaaq ayat 2 & 3 yang bermaksud:
"2....Barangsiapa
bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.3. Dan
memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya
Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
KatA SeMaNgAt
pEnGuAt jIwA...WaRdAhZiNnIrAh.
Friday, 30 November 2012
Dedikasi buat Insan Bernama WaRdAh zInNiRaH
Bukan untuk menambah riak di dada...
sekadar meluah rasa di jiwa...
sekadar berkongsi rasa sedih & gembira bila ulang tahun kelahiran menjelma.
Sedihnya kerana umur semakin meningkat dewasa entah bila Malaikat Maut datang menjemputnya...
gembira nya kerana umur sudah cukup dewasa...
bangga kerna diri dibesarkan dengan sempurna oleh ibu dan ayah yang sangat hebat...
TeRiMa kAsIh MaMa &AyAh kERaNa TeLaH 22 tAhUN mEmBeSaRkAn pUTeRi sUlUnG KaLiAn.
sAyAnG mAmA DaN AyAh kERaNa ALLAH.
salam kasih sayang...sanah helwah buat wardahzinnirah...
sekadar meluah rasa di jiwa...
sekadar berkongsi rasa sedih & gembira bila ulang tahun kelahiran menjelma.
Sedihnya kerana umur semakin meningkat dewasa entah bila Malaikat Maut datang menjemputnya...
gembira nya kerana umur sudah cukup dewasa...
bangga kerna diri dibesarkan dengan sempurna oleh ibu dan ayah yang sangat hebat...
TeRiMa kAsIh MaMa &AyAh kERaNa TeLaH 22 tAhUN mEmBeSaRkAn pUTeRi sUlUnG KaLiAn.
sAyAnG mAmA DaN AyAh kERaNa ALLAH.
salam kasih sayang...sanah helwah buat wardahzinnirah...
ALLAH ciptakan ujian buatmu...bukan untuk kamu terus bersedih
ALLAH kurniakan masalah bagimu...bukan untuk melihat kamu rebah tersungkur
ALLAH anugerahkan nikmat padamu...bukan untuk kamu terus melupakanNya
ALLAH ciptakan kamu cukup sifatnya...punya ayah dan ibu juga punya adik-adik
ALLAH lahirkan kamu ke dunia bukan sia-sia...penuh dengan misi menjadi mujahidah solehah.
LiHaTlAh BeTaPa ALLAH sAnGaT sAyANgKaN dIrImU dUhAi InSaN BeRnAmA WaRdAh zInNiRaH
Tuesday, 27 November 2012
Titisan Air Mata Berharga
Menangislah duhai Mata.
“Sudah lama rasanya aku tidak mengeluarkan air mata
apatah lagi menangis. Hatiku jadi keras seperti batu...resah tidak menentu
ibarat hilang segala ketenangan.” bicara sang mata. “Sudah lama mata ini
melihat keindahan ciptaan ALLAH tetapi tidak mampu untuk mengeluarkan air mata
tanda syukur dengan nikmatNya. Betapa kerasnya hatiku.” monolog mata lagi.
Siapa insan yang dicipta ALLAH kerap kali menangis dan
mengeluarkan air mata? Siapa antara makhluk ALLAH yang sangat sensitif
perasaannya? Sudah tentu insan yang bernama perempuan. Subhanallah...mata yang
menangis itu milik serikandi muslimah solehah dambaan syurga rupanya.
Alhamdulillah...insan itu mampu menangis bersujud pada ALLAH.
Allahuakbar...betapa beruntungnya mata milik insan bertuah itu.
Tangisan itu
melegakan...
Tangisan itu
menenangkan...
Tangisan itu mencampurkan
semua ramuan hati menjadi satu...
Tangisan itu bisa
mengubah pandangan orang...
Tangisan itu
menunjuk kelemahan bagi insan yang tidak mengerti apa itu tangisan...
Tangisan itu terpalit segala dugaan...
Apa ada pada tangisan? Apa ada pada air mata yang menitis
laju keluar membasahi pipi? Apa salahkah kita menangis? Semua persoalan ini
bisa terjawab jika mata hati pantas menilai kelebihan kita menangis.
Menangislah sepuasnya saat ALLAH menyentuh sanubari
kita...
Menangislah semahunya saat ALLAH masih memberi kita
peluang...
Usah biarkan suatu saat kita tidak mampu menangis hanya
kedengaran kaum keluarga menangisi pemergian kita. Jom, kita selak sejarah
keberadaan kita di muka bumi ini...bukankah kita di sambut dengan tangisan
semasa kelahiran kita? Tangisan kegembiraan ibu dan ayah...tangisan tanda
syukur ayahanda dan bonda.
Bila lama tidak menangis dan mengeluarkan air mata sudah
tentu kita mahu menangis kan? Kita ada cara masing2...menangislah sepuasnya
kerana percayalah akan timbul ketenangan di sebalik tangisan...tapi tangisan
itu mesti bersyarat, nak tahu syaratnya? Tangisan itu mestilah kerana ALLAH.
Kita bisa mengadu kepada ALLAH dengan menangis tapi usahlah melampau.
TaNgIsAn MeMpUnYaI
MaKnA yAnG TeRsEnDiRi
HaNyA ALLAH Yang
MaHa MeNgEtAhUi
ApA yAnG TeRsIrAt dI
SeBaLiK hAtI yAnG sUCi...
Subscribe to:
Posts (Atom)



