Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Al-Hamdulillah dengan izinNya penulis diberi ruang kali ke 279 untuk memenuhi ruangan blognya. Al-Hamdulillah ALLAH Maha Penyayang terhadap hambaNya sehingga memungkinkan penulis merasai betapa nikmat & bertuahnya dia bergelar sebagai wanita Islam. Islam mengindahkan gelarannya sebagai wanita, mengangkat martabatnya daripada hina kepada mulia kerana pada 'mata' ALLAH manusia itu semuanya sama kecuali iman & taqwanya. Jadi, beruntunglah duhai sahabat, kerana kalian adalah muslimah yang menjadi dambaan syurga & mungkin dicemburui bidadari syurga.
Bersyarat? Kita sebagai muslimah mestilah menjaga maruah diri & agama. Menjadi yang terbaik di sisi agama bukan baik hanya pada mata penduduk bumi semata, tetapi juga baik pada pandangan penduduk langit juga. Sungguh penulis bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang wanita Islam. Walau sekuat mana ujian yang harus dilaluinya, dia harus kuat & tabah dengan kekuatan yang diberikan ALLAH kepadanya. Usah kita takut & gentar bila ada kata yang berbicara mengatakan muslimah itu 'poyo', ketinggalan zaman, jumud, tak ikut peredaran zaman & sebagainya, asalkan kita menjaga & tetap memelihara apa yang dikehendakiNya & menjauhi apa yang dilarangNya.
Bukan mudah sebenarnya nak jadi muslimah dambaan syurga, perlu kuat mujahadah, butuh berjuta pengorbanan, rintangan & cabaran serta ujian yang dihadapinya juga luar biasa hebat. Orang biasa diuji hanya satu kali, tetapi mereka yang mengaku muslimah, ujiannya berulang kali bukan bermakna ALLAH benci tetapi itu tanda ALLAH Maha Penyayang terhadap hambaNya. Hanya orang yang memahami hakikat Islam sebenar yang bisa memahami hakikat kehidupannya.
Usah kita kalut & sibuk dengan kata-kata manusia, tetapi tengok serta telitilah 'kata-kata' & pandangan ALLAH, insyaALLAH kita akan melalui kehidupan ini dengan tenang & bahagia penuh kesederhanaan. Nak dapat syurga ALLAH bukan semudah memetik jari, juga nak jadi muslimah bukan hanya pada pakaian yang menutup aurat, juga nak dapat yang muslimah bukan senang-senang kita nak melamarnya, tetapi penuh adab & tertib. Barulah terhasil perkara yang baik, barulah terlahir matlamat yang jelas. Cubalah kita dekatkan diri kita dengan ALLAH, insyaALLAH kita akan jadi muslimah yang terlalu rindukan pertemuan denganNya...yang mendambakan kasihnya di setiap helaan nafas kita.
Usah takut untuk mengatakan tidak kepada 'couple', usah takut untuk mengelak diri dari zina, usah biar diri kita terleka dengan mainan dunia. Kerana kita muslimah indah dengan perhiasan agama. Semua perempuan beragama Islam layak digelar muslimah bila mana dia mengamalkan seluruh kehidupannya dengan Islam bermula dari tidur hinggalah dia tidur semula. Itulah muslimah, walau ditakuti & di anggap remeh oleh sesetengah manusia kerana pakaiannya, tingkahnya, bicaranya, adab & akhlaknya, diamnya, ketegasannya, namun dia tetap menjadi muslimah yang disebut-sebut pendudk langit. Ingin sekali penulis menjadi muslimah dambaan syurga & dicemburui bidadari syurga. Ameen, insyaALLAH. Mohon doa semua sahabat yer :-) :-)
No comments:
Post a Comment