Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah salam Jumaat kareem buat semua
pembaca blog ini yang dikasihi kerana ALLAH. Tali persaudaraan Islam kita akan
kekal hingga qiamat. Al-Hamdulillah ALLAH memberi kita peluang untuk menghirup
udaraNya dengan percuma pada hari Jumaat yang mulia ini. Al-Hamdulillah tidak
terhingga kerana hingga detik ini nikmat terbesar Islam & iman ALLAH
anugerahkan kepada penulis & sahabat2 masih sebati dengan jiwa kita.
Hari Jumaat hari penuh kasih sayang. Bicara
tentang manusia takkan pernah lari dari cinta. Cinta yang memungkinkan
segalanya indah. Duka, lara, benci, sedih semua terpadam dek penangan
cinta.cinta itu suci sebenarnya di sisi individu muslim...mempertaut dua hati
keranaNya. Cinta itu abadi selamanya mempererat hubungan manusia dengan
Penciptanya. Dek kerana cintaNya hidup kita kekal bahagia dunia & di
akhirat sana.
Sudah lama rasanya penulis tidak membedah
buku. Satu hari sebuah buku kini kembali bersama sebuah buku bertajuk, “Berdua
Lebih Baik- karangan: Rohani Abd Rahman, terbitan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.” Buku
ini benar-benar memikat pembacaan penulis bila mana dia dapat menghabiskan
bacaan buku ini sebanyak 180 halaman dalam masa semalaman sahaja. Buku yang
hanya dipinjam dari seorang sahabat betul memberi manfaat.
Kesibukan memegang amanah sebagai muaddibah
tidak pernah menghalang apa yang menjadi kesukaannya iaitu membaca. Bukan menghalang
Cuma masanya membaca menjadi terhad seketika. Dah lama benar tak baca buku,
rasa janggal pun ada tapi usah risau duhai hati, buku tetap menjadi peneman
setiamu. Membelek buku helaian demi helaian memberi kepuasan yang tidak
terhingga kepada akal fikiran & hati penulis. Tambahan bila membaca tentang
Islam.
Banyak sekali ilmu baharu yang diperolehinya dari
pengalaman penulis buku ini. Buku ‘Berdua Lebih Baik’ adalah pengalaman penulis
buku tersebut. Ya penulis akui bila dia membaca buku tentang
pengalaman-pengalaman penulis2 yang ada dia mudah jatuh cinta pada buku
tersebut kerana realiti yang dipaparkan dalam buku ini. Buku ini sungguh
mengajarnya, jodoh itu rahsia ALLAH & tidak salah untuk kita berusaha, cuma
bagaimana acuan & wasilahnya? Tepuk dada tanya iman kita.
Sedikit ringkasan atau nota penting yang
boleh penulis petik dari buku ini:
-Ikhtiar mencari jodoh yang baik adalah
dengan mendekatkan diri kepada ALLAH. Di samping amalan wajib laksanakan
bersama amalan-amalan sunat. Bagaimana cara terbaik mendekatkan diri kepada
ALLAH? Pertama: Berzikir atau dengan kata lain amalan-amalan sunat. Ke dua:
Qiamullai (menghidupkan malam dengan mengingati ALLAH). Ke tiga: Doa &
terus berdoa. Ke empat: Mendirikan solat sunat Istikharah tapi usah salah
anggap kerana solat istikharah bukan untuk mencari jodoh semata-mata. Ke lima: Pancinglah
jodohmu dengan bersedekah. Ke enam: Usah lupa untuk sentiasa meningkatkan amal
ibadah.
-Bagaimana dengan persiapan diri? Pertama:
Hiasi diri dengan berakhlak mulia. Ke dua: Mari kita sama-sama memperbaiki
penampilan diri kerana penampilan kita mencerminkan siapa diri kita. Kita ini
membawa nama Islam jadikanlah Islam itu terserlah indah pada penampilan &
keseluruhan kehidupan kita. Ke tiga: Membina kerjaya yang mantap (memperbaiki
kewangan & perbelanjaan diri). Ke empat: Meningkatkan ilmu di dada. Ke lima:
Bila kita mahu mendirikan rumah tangga tidak kiralah muslimah atau muslimin
utamakan perbincangan dengan ibu bapa. Ke enam: Kawan atau sahabat memainkan
peranan penting dalam pembentukan peribadi seseorang. Jadi pilihlah kawan yang
dapat memberi nasihat bila kita terleka, dapat menyuluh jalan gelap saat kita
tersasar.
Bukan mudah mahu membina Baitul Muslim andai
fardu muslim masih tunggang-langgang berkecamuk dengan pelbagai rasa yang
mengundang sukar di penghujung jalannya. Perbaiki fardu muslim dulu baru kuat
nak bina Baitul Muslim. Sesetengah berbicara, kalau macam tu sampai bila aku
tak kahwin. Itu hanya persepsi negatif. Pada pandangan penulis pembentukan
peribadi individu muslim itu penting untuk melayakkan dia membina baitul muslim
yang mengharap redha ALLAH semata-mata. Baitul muslim itu juga bergantung pada
niat individu itu sendiri. Jika baik niatnya maka baiklah hasil & usahanya
jika bukuruk sebaliknya pula yang akan ditempuhinya.
Membaca pengalaman-pengalaman peribadi penulis
buku ini banyak menyedarkan penulis blog yang jodoh itu benar umpama rezeki. Kita
menjemput rezeki dengan bermacam usaha, bekerja mendapatkan rezeki semua
diusahakan sedangkan dalam bab jodoh terkadang penulis alpa untuk berusaha. Berusaha
bukan bermakna penulis sebagai muslimah Islam harus menjual dirinya. Dirinya tetap
mahal & berharga ibarat mawar berduri yang tidak bisa disentuh sewenangnya
oleh tangan-tangan manusia.
Buku ini juga memberi jalan & ruang kepda
penulis untuk berfikir lebih matang & membuka mindanya tentang bab jodoh. Ya,
dia akui berdua itu lebih baik, namun harus bagaimana dicorakkan dua hati
bersatu menjadi sinergi? Itu yang bermain di fikirannya sekarang.
Berkahwin, mendirikan rumah tangga,
mengadakan walimah urus itu urusan sementara & barangkali mudah dengan
izinNya. Namun, urusan pembinaan keluarga muslim selepas penyatuan dua hati
bernama suami & isteri itu yang harus di fikir panjang & dirancang
sebaiknya.
Bagaimana mahu dicorak anak-anak generasi
Islam akan datang? Apa matlamat akhir sebuah perkahwinan? Mahu derita di dunia
atau bahagia di akhirat? Bagaimana tanggungjawab isteri & suami harus
dilunasi bagaimana? Nak kahwin? Sudah tentu semua orang punya impian untuk
membina sebuah mahligai perkahwinan yang bahagia dunia & akhirat. Hanya orang
muslim yang luar biasa itupunya perancangan buat ummah bukan bersifat seperti
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Setakat ini sahaja coretan rinkas penulis
tentang ceritera hatinya pada hari Jumaat ini. Mohon doa sahabat-sahabat semua
semoga hari konvokesyen penulis & sahabat-sahabat berjalan lancar dengan
izinNya. Detik indah bergelar graduasi bakal dikongsi & menghiasi blog ini
nanti. Al-hamdulillah akhirnya tamat pengajian ijazah sarjana muda tunggu masa
nak sambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi bukan untuk membangga diri
tetapi kerana minat yang mendalam terhadap ilmu yang ada anugerah Ilahi ini.
Siiru ‘alaa barakatillah...salam Jumaat
kareem
No comments:
Post a Comment