Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang
Al-Hamdulillah, dengan izinNya
penulis masih bisa berdiri & menghirup oksigen secara percuma tanpa perlu
bayaran berganda. Inilah ganjaran bila berurusan dengan ALLAH Yang Maha Kuasa.
Balasan setimpal apa yang manusia buat, tetapi kita lihat bagaimana bila
berurusan dengan manusia? Sentiasa mahukan keuntungan berlipat kali ganda walau
terpaksa menipu & menindas semua. Kiriman doa moga sahabat-sahabat mendapat
kebahagiaan dunia & akhirat di ucap lewat blog ini.
Tiada kata seindah rasa syukur
yang tidak terhingga padaNya kerana telah menganugerahkan sahabat-sahabat baik
sebagai pendamping buat penulis. Al-Hamdulillah, kehadiran sahabat banyak
mencorak kehidupannya. Warna-warni bersama-sama sahabat diukir penuh teliti
& bercorak abstrak membentuk peribadi memegang nama pena
qalamwardahzinnirah. Tentang sahabat, tidak pernah putus diceritakan kisah
sahabat dalam blog ini. Bukan mahu membangga diri punya sahabat yang ramai
tetapi hanya sekadar mahu berkongsi rasa dihargai saat punya sahabat yang
memahami.
Persahabatan membawa makna yang
berbeza pada sudut pandang penulis. Banyak perkara & pengalaman yang
dikutip bila bersama sahabat. Ada pahit & ada manis itu lumrah dalam
persahabatan. Dalam bersahabat, kita kena banyak memberi & terus memberi
barulah kita tidak mengharap apa-apa kesempurnaan serta balasan dalam
persahabatan yang di bina. Itulah namanya persahabatan kerana ALLAH.
Nak capai persahabatan kerana
ALLAH itu bukan suatu yang mudah, perlu mujahadah & tadhiyyah (pengorbanan)
di hias bersama keikhlasan dalam sebuah persahabatan akan melahirkan golongan
yang berada di bawah naungan ALLAH ketika mana tiada naungan selain naungan
ALLAH. Entah, hati ini terdetik bercerita tentang sahabat di saat diri
dirasakan begitu jauh dengan sahabat. Salah diri sendiri tidak berusaha
bertanya khabar pada mereka. Padahal banyak cara boleh diguna untuk mendekat
sahabat yang jauh.
Tak mahu banyak bicara, ketika
leka menjaga ‘anak-anak’ petang tadi, ilham dari Ilahi datang tanpa henti, “Ana
rindu pada sahabat, tapi harus bagaimana dilontarkan rasa hatiku?” PUISI,
aktiviti mudah sambil menyelam minum air. “Apa kata ana buat satu kata-kata
untuk tatapan sahabat...mana tahu kata-kata ini membangkit rasa cinta keranaNya
& persahabatan yang rapuh kembali utuh. Sungguh ana rindukan
sahabat-sahabat ana!” rintih hati yang pinta difahami.
Jom, kita telusuri kata hati
dalam tajuk ‘Warkah Cinta Sahabat’!
Bayu
melambai
Mengusik lembut jiwaku
Mencengkam
benak fikiran
Mengucap
sayang di hukung bibir
Ibarat
ombak menghempas si pantai
Tak
pernah jemu
Tak
pernah henti
Itulah cintaku pada sahabat
Sekujur
tubuh
Ku
gelar teman
Ku
ikat janji kerana Tuhan
Kita
pernah makan bersama
Belajar
jerit perih bersama
Menelan
pahit manis kehidupan
Kita saling berbahagi cinta
Sekujur
tubuh itu
Sungguh
aku rindu
Mengulit
mimpi tidurku
Bayangan
insan bernama sahabat
Meniti
riang saat bersamamu
Menambah duka di kalbu
Bagaimana
Mahu
ku ungkap rasa itu
Kita
bagaimana...
Sudah
lupa sama rabitah ikatan setia
Sudah
leka mengejar impian sendiri
Sudah
alpa janji sesama
Sudah
jemu meniti persahabatan
Inginku
singkap rahasia hati
Jika
benar kita sahabat sejati
Mengapa
harus begini
Sedang
kita bercinta kerana Ilahi
Bila
menjauh semakin memusuhi
Bila
mendekat saling membenci
Inikah
ujian mengenal diri
Memilih mana sahabat setia di
sisi
Warkah
cinta sahabat
Ku
ukir penuh kata cinta
Ku
lakar penuh makna jiwa
Bukan
mengungkit keburukan semata
Bukan
jua menambah luka di dada
Hanya
mahu menambat rasa bersama
Rabitah itu keranaNya
Penulis mengakui dia tidak layak
untuk mendapat sahabat yang baik, sedangkan dirinya bukanlah sahabat yang baik.
Cuma mengharap persahabatan yang di bina tidak dikotori dengan sangkaan
berlebihan. Berprasangka akan melahirkan rasa kurang selesa sesama kita. ALLAH
telah jelaskan dalam al-Quran tentang sifat sangka buruk adalah tidak baik
& hanya menambah kebinasaan sesuatu perhubungan manusia. Usah kita
menyimpan dendam sesama manusia, ia hanya memakan diri menjadikan kita menjauh
dari Ilahi.
Kiriman doa & al-Fatihah buat
semua insan yang bergelar sahabat penulis yang pernah singgah dalam
kehidupannya sebagai manusia, hamba & khalifahNya. Maaf andai khilaf di
hujung kata. Maaf andai diri kurang sempurna. Maaf andai diri tidak menepati
syaratmu sabagai sahabat sejati. Maaf andai terkurang itu & ini, kerana
penulis hanya insan biasa mahu menumpang kasih di sisi insan yang bergelar
sahabat, kawan & rakan.
Jutaan terima kasih buat semua
sahabat penulis yang pernah melakar lukisan sama ada indah atau buruk pada
kanvas kehidupannya. Terima kasih kerana menerima penulis seadanya. Terima kasih
atas kenangan indah pahit bersama. Terima kasih untuk semua pengalaman ibarat
permata di laut dalam sejenak kita bersama. Terima kasih untuk segalanya.
No comments:
Post a Comment