Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...ucapan syukur meniti laju di
bibir saat dapat mmelakar kata-kata dalam blog ini. Ya peluang untuk terus
memperbaiki diri sendiri dan mengajak manusia kepada kebenaran Islam.
Al-Hamdulillah anugerah terindah dalam kehidupan penulis anugerah iman &
Islam terus menanam rasa cinta penulis pada ALLAH Yang Maha Esa. Walau apa pun
yang dilakukannya dia harus ingat bahawa ALLAH adalah matlamat akhirnya.
Sekalung penghargaan & terima kasih
kepada semua sahabat yang sudi menziarahi blog yang serba kekurangan ini. Niat
di hati hanya mahu berkongsi, jika ada kurang & salahnya mohon tegurlah
penulis di samping memberi cadangan yang lebih membina untuk keberlangsungan
Islam. Penulis masih ingat pada kata-kata seorang ustaz, “Kita ini adalah
produk Islam, kita memberi sudut pandang positif atau negatif manusia pada Islam.
Bila kita bawa Islam kita mesti memikulnya dengan penuh amanah &
tanggungjawab, jangan sampai kerana kita Islam difitnah. Na’uzubillah...”
Ya kerana Islam penulis berdiri di medan ini,
bukan mahu menjual nama Islam tetapi mahu manusia memandang Islam itu indah
& penuh kesempurnaan. Setiap apa yang ALLAH gariskan halal & haram,
baik & buruk, semua punya hikmah tersendiri. Ada sebab ALLAH melarang kita
melakukan kejahatan, & ada sebab ALLAH menggalakkan kita terus berada dalam
kebaikan. Titik akhir seorang individu muslim itu adalah bertemu dengan
Tuhannya dalam keadaan pengakhiran yang baik.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah As-Syaam ayat
7-10 yang bermaksud:
7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan
kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal)
jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang
menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman
dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang yang
menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat).
Itu tazkirah untuk diri penulis & semua
sahabat. Baru muqaddimah sekarang kita masuk perkongsian kita tentang kenangan
di universiti. Mestilah kenangan penulis sebagai mahasiswi universiti. Empat tahun
bergelar pelajar universiti & berjauhan dengan keluarga banyak memberi
kelebihan kepada penulis. Banyak pengalaman yang ditimba semasa tempoh kuliah
hinggalah berpraktikal. Jika mahu dihuraikan satu per satu dah tentu tak cukup
nak cerita kat dalam blog ini. Kenangan paling manis adalah menjadi ahli usrah,
naqibah & kenangan bersama-sama rakan sekuliah daripada semester 1
hinggalah semster 8.
Bermula dengan tidak kenal dengan sesiapa
& berlainan negeri hinggalah kami saling mengenali serta semakin rapat
merupakan kenangan belajar paling manis. Rakan-rakan kadang-kadang membentuk
acuan diri kita. Sekarang masing-masing membawa haluan tersendiri, sibuk dengan
kerja & bakal bergraduasi memungkinkan segalanya hanya tinggal kenangan. Paling
diingati ialah kisah bila mana kami mahu menyiapkan ‘assignment’ yang
ditugaskan oleh pensyarah. Punya bertimbun tugas kami hingga ada sahaja tugas
yang diberikan oleh para pensyarah.
Semester satu semua muka suci lagi, macam
budak-budak sekolah menengah. Skema lagi, ikut peraturan universiti &
kolej. Pakaian pun masih macam sekolah menengah. Masuk tahun 2 masing-masing
punya gaya tersendiri, penampilan & sedikit berubah, gaya cakap yang
sebelum ini terketar-ketar bila ada pembentangan sekarang & bijak mengawal
keadaan. Masuk tahun 3 masing-masing dah tunjuk kematangan sendiri. Sudah bijak
memilih kawan, mula mengambil jalan membawa haluan masing-masing. Kalau dulu
selalu berkumpul ke mana sahaja pergi mesti bersama sekarang dah tak macam tu. Pakaian
pun dah ‘up-to-date’. Dah ada yang mula main cinta biasalah manusia ingin
dicintai & mencintai.
Cerita tentang penulis, dia punya prinsip
jelas lagi bersuluh dia masuk ke universiti bukan untuk bercinta, dia mahu
belajar walau terkadang ‘result’nya taklah tinggi atau dapat dekat & dia
ada juga main-main masa belajar, tapi dia sangat bersyukurdengan pemberian
ALLAH padanya. Takut nanti bila dapat dekan bertambah pula riaknya. Bukan nak
kata dia baik, tapi dia punya prinsip yang jelas terutama tentang hukum ALLAH
mengenai pakaian.
Jika pakaian itulah yang dipakainya masa
sekolah menengah itulah juga pakaian penulis hingga akhir hayatnya. Dia mahu
teus istiqamah dengan apa yang diapakainya walau terkadang ada kawan-kawan yang
sibuk meyindir, “kamu langsuang tak berubah, pakaian macam tu je sejak sekolah
menengah. Tak boleh ke ubah sikit” Nak berubah apa lagi jika ini adalah
peraturan ALLAH?
Kenangan belajar dengan kawan-kawan sekuliah
sangat manis. Kami belajar bersama-sama merasai pahit manis sebagai pelajar
universiti, berlakon membuat persembahan bersama-sama. Penat sama-sama, berjaya
sama-sama. Sedih pun sama-sama. Sekarang rasa rindu pada sahabat-sahabat
sekuliah makin menggamit memori terutama hari graduasi kami bakal tiba pada 15
& 16 November 2014 nanti. Ketika ini baru dapat melihat kembali wajah-wajah
suci sahabat yang dah lama berjauhan.
Jom, kita tengok gambar-gambar kat bawah! Gambar
kenangan kawan-kawan sekelas penulis.
Antara kenangan paling manis bergelar mahasiswa universiti
adalah menjadi ahli usrah & naqibah. Pengalaman yang takkan sesekali
diperoleh dalam kuliah. Usrah sampai syurga, itu ‘tagline’ kami sewaktu di
universiti. Sepatutnya semua pelajar universiti terlibat dengan usrah perdana
ini. Banyak kelebihan yang dibawa dalam usrah. Segala kemahiran tambahan
memberi bonus berguna kepada pelajar nanti bila dia keluar dari universiti
& berkerjaya. Kami belajar segalanya dalam usrah. Makanan rohani kami
sentiasa terisi walau cuma seminggu sekali. Rohani yang ‘kenyang’ akan
melahirkan fizikal & mental yang mantap.
Dalam usrah kami belajar mengambil berat @
cakna dengan isu-isu masyarakat, dalam usrah kami boleh bermain, dalam usrah
mengikat hati-hati kami untuk terus mengingati ALLAH, dalam usrah kami kongsi
segala-galanya suka duka bersama menjadi kenangan terindah. Dalam usrah kami
belajar mengembangkan bakat-bakat kami, daripada zaro kepada hero, daripada
seorang pendiam kepada seorang yang petah berbicara, daripada seorang yang
pasif kepada seorang yang aktif. Usrah ini ibarat pembentukan diri muslim
menjadi muslim yang sebenar-benar muslim. Usrah permata berharga untuk penulis.
Yalah daripada usrah banyak kenangan yang
membekas di jiwanya. Dia belajar segala yang ada yang tak pernah ada dalam
kuliahnya. Bila dah tamat pengajian, pengalaman & kenangan itu menjadi
nilai tambah bagi penulis & sahabat-sahabat. Tak percaya? Tanyalah insan-insan
yang pernah melibatkan diri dalam usrah. Pada sesetengah pelajar usrah itu
sangat menyusahkan & mengganggu masa belajarnya. Bagi penulia usrah ibarat ‘charger’
yang berharga bagi ‘bateri’ imannya yang sedang lemah. Pemulih semangat,
vitamin kesihatan untuk rohani & fizikal, penenang diri.
Jom kita tengok gambar2 usrah penulis dan
sahabat-sahabat!