CINTA BUKU PUNYA PASAL
Al-Hamdulillah kali ini penulis mahu berkongsi pengalaman
menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 13) bertarikh 2 Mei
2013. Nak dapatkan sesebuah buku terkadang penulis kena bermusafir jauh semata2
mencari kepuasan dalam pembacaan.
Gambar pertama yang di ambil semasa di Pesta Buku.
Mulanya penulis hanya mampu berangan untuk ke PWTC
memandangkan masa yang ada cukup terhad. “Wah, mesti banyak buku yg dijual di
sana!” Hanya hati mampu berbicara. Akhirnya penulis nekad ke sana bersama-sama
seorang sahabat. Selesai kelas pada pagi itu, kami terus mendapatkan teksi ke
sana. Kredit kat Nurul Mardiah Fadzil kerana sanggup menemani penulis ke pesta
buku antarabangsa. Terima kasih
sahabat dunia akhirat QalamWardahZinnirah.
Ha...ni kawan penulis yang asyik tengah pilih buku.
Walaupun jauh, penulis & sahabat tetap meringankan
kaki ke pesta buku tersebut. Sampai sahaja di sana subhanallah...hanya bicara
ini yg tersingkap di bibir penulis kerna teruja dengan jutaan jenis buku
menghiasi setiap ‘booth’ syarikat buku. Mata dah mulai rambang mahu memilih
buku apa yang dibeli dan bakal menghiasi mini perpustakaan penulis. Suasananya
mengasyikkan penulis ibarat berada dalam syurga buku. Tak percaya mari kita
tengok gambar2 yg sempat penulis ambil semasa di sana.
Suasana sekitar pesta buku antarabangsa.
Subhanallah...banyakkan buku!
Macam2 buku ada.
Hantu buku! Pantang nampak buku ada sahaja buku yang
ingin dibeli sepanjang berada di pesta buku antarabangsa tersebut. Senarai buku
agama, komik, novel, majalah, novel Inggeris, buku2 akademik hinggalah buku2
masakan menghiasi setiap ‘booth’ yg menjual buku.
Bayangkan di hadapan kita
terbentang hamparan buku2 yang sangat banyak!
Pengunjung pulak tak putus-putus datang demi mendapatkan
buku2 kegemaran masing2. Agaknya dah ramai yg mencintai buku dari kecil,
remaja, dewasa dan warga emas. Masing2 sibuk mencari buku2 yang diingini.
Wah...pengalaman yg menyeronokkan & penulis takkan dapat pengalaman ini di
kedai buku biasa!
Puas meneroka seluruh tapak pesta buku antarabangsa
akhirnya penulis membeli 3 buah buku. Nak tau apa bukunya? Jom tengok gambar kat bawah ni:
Penulis & sahabat pulang dengan tangan penuh buku.
Perjalanan yg panjang untuk sampai ke destinasi penulis, penulis sempat membaca
buku terbaru karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin bertajuk ‘Risalah Hati Raja
Sehari’. Buku ini banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu bergelar raja
sehari.
Dah panjang penulis berceloteh ini...baiklah kita
berhenti di sini dahulu ya...memberi ruang kepada tangan untuk berehat dan fikiran
memikirkan apa yg nak dikongsi untuk criter terakhir episod ‘Lover of
Knowledge’ akan datang. Nantikan bonus teristimewa & kejutan buat pembaca
blog ini! (^_^) @_@ {=_+}
No comments:
Post a Comment