HANTU BUKUKAH AKU?
Ini adalah post terakhir untuk episod ‘Lover of
Knowledge’. Huhu sedihnya. Sebenarnya ‘Lover
of Knowlegde post’ direkayasa untuk memenuhi ‘assignment’ bagi subjek
Multimedia kewartawanan yang diambil oleh penulis untuk semester ini.
Terima kasih diucapkan kepada En. Zainol Abidin bin Ahmad
kerana memberi ruang & peluang kepada penulis untuk merasai pengalaman
mempunyai blog penulisan sendiri. Menariknya penulisan ini boleh memberi
manfaat & dikongsi dengan semua pembaca. Credit to Mr. Zainol as my
multimedia journalism lecturer.
En. Zainol Abidin Bin Ahmad.
Tujuan penulis bukan sekadar menyiapkan ‘assignment’
semata tetapi penulis mahu berkongsi dengan semua manfaat dari sifat cintakan buku &
menyintai ilmu pengetahuan sama ada berbentuk agama atau ilmiah (dunia @ akhirat).
Masa kecil2 dahulu penulis tak berkesempatan untuk
mendapatkan buku2 yang diidamkan. Bila bergelar mahasiswi universiti, penulis
cuba untuk menerapkan dalam dirinya sifat menyintai buku dan ilmu yang terdapat
dlm setiap buku yg dibaca. Kehidupan kampus banyak mengajar penulis menghargai
ilmu yang diperolehi sama ada melalui pensyarah, menghadiri majlis ilmu atau buku2
yang dibaca.
Penulis pantang nampak kedai buku, ada sahaja buku yang
mahu dibeli. Bukan sekadar nak tambah koleksi buku tetapi juga nak tambah ilmu.
Terkadang buku2 yang dibeli tak sempat habis dibaca pun.
Bila ada je masa terluang buku2 yang ada berbaki dibaca semula. Ada masa
penulis sempat berkongsi apa isi cerita yang dibaca dengan kawan2 terdekat.
Banyak sebenarnya kelebihan bila kita terapkan dalam diri
kita membeli buku2 bersesuaian dengan tahap pemikiran kita. Kita bukan sekadar
dapat banyak ilmu malah dapat dikongsi dengan sahabat2. Pembacaan kadang2
mempengaruhi penyampaian idea kita kepada umum. Selain itu, kita mampu
mewujudkan mini perpustakaan di rumah & kawan2 dapat meminjam buku2
tersebut. Ha...kan bagus dapat kongsi ilmu dengan orang lain.
Koleksi buku yang memenuhi mini perpustakaan penulis.
Percayalah takkan sesekali rugi bagi orang yang
melaburkan duitnya untuk buku. Kita tengok penulis2 hebat tempatan dan
antarabangsa mereka melaburkan separuh dari harta mereka untuk buku. Jika tidak
mereka tidak digelar insan hebat dalam dunia penulisan kan? Kita selak sejarah
sahabat2 Nabi Muhammad mereka juga sangat mencintai ilmu dan buku. Nak seribu
daya tak hendak seribu dalih.
Baiklah...penulis tidak mahu memanjangkan kalam...hari ni
mari kita saksikan video sang pencinta buku. Inilah istimewanya episod terakhir
‘Lover of Knowledge’.
My video! Let see together!
Penulis berharap pembaca semua dapat mengambil manfaat
dari tiga belas episod ‘Lover of Knowledge’ ni. Ini hanyalah perkongsian bersama
tentang kehidupan di kampus yg penuh dengan kecintaan pada buku dan pengalaman
menziarahi tempat2 menarik selama
bergelar penuntut universiti.