SAHABATKU...AKU MERINDUIMU
KERANA ALLAH
Sahabatku…aku terlalu
merindui kehadiranmu...
Di kejauhan ini aku menitip
rasa rindu lewat angin...
Aku mengirim rasa sayangku
kerana ALLAH padamu sahabat lewat oksigen anugerah ALLAH...
Ingin sekali ku dengar gelak
tawa dan kisah ceriteramu...
Nasihat berhargamu masih hangat terngiang-ngiang di telingaku.
“Maafkan aku sahabat...aku tidak mampu menyayangimu sebaiknya...saat dirimu
memerlukan aku di sisi, aku lantas hilang, leka dengan masalahku...saat dirimu
meronta mencari di mana sahabat baikmu, aku telah lama melayan hati yang
sedikit luka sendirian...saat dirimu kesedihan meminta ada sahabat meneman kala
duka, aku tidak terdaya menyusun langkah menemanimu sahabat...saat dirimu
ditujah pelbagai tanggungjawab, sibuk mencari di mana sahabat tempat membagi
rasa beban dengan amanah yang hadir dalam diari kehidupanmu...aku pula mencari
alasan sibuk dengan tugasanku yang tersusun menanti amanah dipenuhi. Pelbagai alasanku ukir semata tidak mahu dirimu terluka dengan
kehadiranku yang tidak mampu menjadi sahabat dunia akhiratmu. Maafkan aku
sahabat, aku hanya mampu melihat dirimu tersenyum dalam kegembiraan walau hanya
di kejauhan. Hanya kata maaf yang bisa ku tutur untukmu sahabat. Sesungguhnya
aku merinduimu kerana ALLAH.”
“Ya ALLAH...Engkau Maha Mengetahui segala yang tersirat di hati hambaMu
yang lemah ini. Ya ALLAH...Engkau ampunilah dosaku, kala aku tidak mampu menunai
janji menjadi sahabat baik kepada sahabat-sahabatku. Ya ALLAH...Ya Tuhanku,
ampunilah dosa sahabat yang ku sayangi keranaMu...saat dia terlupa bahawa kami
pernah menabur janji menjadi sahabat saat suka atau duka...kurniakan kekuatan
kepadanya dalam mengharung jendela kehidupannya...anugerahkanlah hati yang
tabah dan tegar kepada sahabatku saat dia berkali diuji olehMu, Tuhanku. Ya
ALLAH...sungguh aku terlalu merindui sahabatku...hanya padaMu ALLAH, ku
merintih dan menangis...merindui saat manis aku menjalin persahabatan
dengannya. Hanya padaMu ALLAH...aku berserah dan redha dengan takdirMu, jika perpisahan
ini mengukir seribu ganjaran buat kami, jadikanlah kami insan yang tabah dengan
ujian persahabatan ini...jadikan kami hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmat
yang tersirat di sebalik ujianMu, Tuhan. Ya ALLAH...jadilah peneman setianya
saat aku tidak mampu menemaninya di kala sukar atau gembira. Ya
ALLAH...sentiasalah ada dan wujud di sisi sahabatku terutama masa dia tidak
mampu berdiri tegak dalam menghadapi ujianMu. Ya ALLAH...anugerahkanlah
ketenangan yang tiada tara pada sahabatku walau dimana kakinya memijak bumiMu.
Ya ALLAH...kurniakan kebahagiaan dan kecemerlangan kepada sahabatku,
makbulkanlah segala doa dan permintaannya. Jika hamabMu yang lemah ini menjadi
ganti pada permintaan sahabatku, aku terima Ya ALLAH. Bukankah doa seorang
sahabat untuk sahabatnya tanpa diketahui apa doanya sangat mustajab di sisiaMu,
Tuhan? Aku meyakiniMu duhai Tuhan...moga dia menjadi hambaMu yang bersyukur
dengan kehadiran CintaMu...moga kami tidak sama kesedihan saat salah seorang
sahabat kehilangan dengan takdirMu.”
Terima kasih sahabat...
Kerna membuat diriku menitis
air mata kesyukuran
Kerna membuat aku menjadi
hambaNya yang cuba untuk tegar dengan mehnah yang mendatang
Kerna pernah singgah &
mewarnai dunia kecilku
Kerna pernah menutur kata,
“Kita bersahabat kerana ALLAH...uhibbuki fillah kaman.”
TeRiMa KaSiH aTaS sEgAla
LaKaRaN mAniS pAhIT sAat kItA bErSaMa...
SuNgGuh SaHaBaTkU, aKu
MeRinDuI kEhAdIRaNmU kErAnA ALLAH...
No comments:
Post a Comment