Monday, 14 January 2013

Salam RABIUL AWAL :)

Salam Rabiul Awal untuk semua...

Al-Hamdulillah...ALLAH masih memberi kita nafas untuk menikmati bulan Rabiul Awal. Hari ini dah 3 RABIUL AWAL 1433H. 

Bila kita sebut mengenai bulan RABIUL AWAL tentu ramai dapat mengaitkannya dengan bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w)...Mari kita sama2 telusuri kisah di sebalik bulan RABIUL AWAL.

DEFINISI 

Bulan bermulanya musim bunga bagi tanaman iaitu pokok & bunga. Mengikut kebiasaan di Tanah Arab, ketika bulan RABIUL AWAL pokok2 mula berbunga dan berbuah.

PERISTIWA BERSEJARAH BULAN RABIULAWAL

Kedatangan bulan ini amat dinanti-nantikan oleh semua umat muslimin dan amat diingati sehingga sekarang. Bulan ini menjadi titik sejarah kelahiran & kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. Sebagaimana ALLAH berfirman dalam al-Quran surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud:
2. Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata

Kehadiran baginda s.a.w banyak memberi kesan positif kepada manusia keseluruhan dan umat Islam sejagat. Nabi Muhammad sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam di muka bumi ini. Baginda s.a.w mengharungi berbagai macam ujian demi melihat keamanan Islam dapat dinikmati alam sejagat. 

HIKMAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W 

Nabi Muhammad s.a.w sangat mencintai keseluruhan umatnya sehinggakan pada saat2 akhir kehidupan baginda s.a.w, baginda masih menyebut "ummati, ummati, ummati." Bagaimana pula dengan sikap dan kesungguhan kita? Adakah kita turut mencintai dan mengasihi Nabi Muhammad dengan sentiasa mengingati baginda s.a.w? Tepuk dada tanya iman kita. Sejauh mana bibir menutur kata cinta & rindu kepada Rasulullah s.a.w membuatkan kita bertindak seiring dengan apa yang kita tutur. Kita mengaku kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w tetapi adakah pengakuan kita itu benar seperti bicara hati kita? 

Iqbal pernah mencuba lukiskan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w dengan kata2nya:
Sungguh hati Muslim dipateri cinta nabi
Dialah pangkal mulia
Sumber bangsa kita di dunia
Dia tidur di atas tikar kasar
Sedang umatnya menggoncang takhta Kisra
Inilah pemimpin bermalam-malam terjaga
Di Gua Hira' Baginda bermalam
Sehingga tegak bangsa, hukum & negara
Kala solat pelupuknya tergenang air mata
Di medan perang pedangnya bersimbah darah
Dibukakan pintu dunia dengan kunci agama
Duhai, belum pernah insan melahirkan 
Putera semacam Baginda s.a.w

Mari kita sama2 mencintai & merindui Rasulullah s.a.w dengan
1. Berpegang tetap kepada sunnahnya, melaksanakan segala suruhannya
2. Kewajipan untuk berlaku ikhlas, jujur dan tulus kepada baginda s.a.w
3. Kewajipan menghormati baginda s.a.w. sebagai pesuruh ALLAH
4. Kewajipan mencintai para sahabat baginda s.a.w
5. sentiasa berselawat mengingati baginda s.a.w 
6. Sentiasa mengkaji, menelaah, mendalami secara teratur dan menghayati setiap sirah Rasulullah s.a.w dari A-Z.
 7. Mencontahi segala perilaku, sikap dan kesemua yang berkaitan dengan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w


Sunday, 13 January 2013

KiSaH Di sEbAlIk tAbIr mInGgU PePeRIkSaAn

Salam kasih sayang kerana ALLAH...

Kisah minggu terakhir peperiksaan akhir semester menjadi khabar perkongsian untuk hamba yang lemah bernama Wardah Zinnirah dan tatapan sahabat2 yang mengunjungi blog ini...

Kaki tenang melangkah ke dewan peperiksaan di saat segala usaha di serah pada ALLAH...Hamba ALLAH ini mencari kekuatan dan kemudahan dalam menjawab soalan peperiksaan. Jelas kelihatan calon2 peperiksaan berpusu2 masuk ke dewan peperiksaan & masih ramai juga yang sempat membelek dan meneliti setiap baris kata yg tersusun dalam buku yang dipegang sentiasa...Hamba ALLAH ini tersenyum pantas fikirannya berhalusinasi

"Erm...macam mana agaknya suasana di padang mahsyar nanti???Adakah aku sempat memenuhi bekalanku untuk ke sana?? Persediaan demi persediaan dibuat demi menghadapi peperiksaan di dunia, bagaimana pula dengan ujian dan peperiksaan akhirat, adakah aku telah mempersiapkan diriku untuk ke sana???

Bila sahaja 'exam dunia' pelajar2 sibuk melakukan persiapan fizikal, mental & rohaninya...fizikalnya dipenuhi dengan rehat yang baik demi menghadapi peperiksaan, makanan yang mencukupi, makanan2 tambahan turut diambil....Bagaimana pula mentalnya? Oh, sudah pasti dipersiapkan dengan membaca dan menelaah hampir kesemua subjek yang bakal dihadapi peperiksaan...penuh ilmu di dada untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Belajar bersungguh sehingga tidak cukup masa 24 jam yang ALLAH anugerahkan kepada kita. Rohani? Sudah tentu hubungan dengan ALLAH sangat dijaga...solat awal waktu, zikrullah sentiasa meniti dibibir, amalan2 sunat menjadi rutin harian, al-Quran sentiasa dibaca demi mencari ketenangan sepanjang berlangsungnya peperiksaan.

Ini suasana yang sering berlaku jika tsunami peperiksaan melanda. Tak percaya? Cuba tepuk dada tanya diri dan sahabat sekeliling kita....

Bagaimana pula dengan peperiksaan Akhirat kita? Setakat mana usaha yang kita buat untuk menambah bekal kita ke sana? Wardah pun tengah tanya diri sendiri ini...bila exam ja kita buat macam2 persiapan tapi persiapan akhirat kita bagaimana? Adakah sehebat persediaan kita menghadapi peperiksaan dunia @ berganda lagi usahanya? Wardah tepuk dada tanya iman Wardah. Sahabat2 pun sama tau.

tAk sUsAh nAk jAdI BaIk aSaL kItA PaNdAi mUjAhAdAh dIrI :)
PeSaNaN BuAt dIrI YaNg SeNtIsA LuPa. 

                      Hadapi imtihan terakhir dengan sebaiknya sahabt2ku;)

Friday, 4 January 2013

warkah buat adinda

Adindaku...
Bertuah diriku memiliki seorang adik perempuan yang sangat penyayang...

Walau terkadang adik sangat tegas dan garang...

Kami kembar tapi tidak serupa...kami sama tapi ada bezanya...kami gembira bersama menelan pahit manis kehidupan.

Walau terpisah di mana pun kita tetap digelar adik beradik.

Takkan pernah terputus hubungan persaudaran ini selagi kita bergelar adik beradik

Harapan kakakmu agar satu2nya adik perempuan yg ada ini menjadi mujahidah solehah dambaan syurga...
Harapan kakakmu, agar satu2nya adik perempuan yg ada ini bisa memberi kebahagiaan kepada keluarga kami.
 Kita pernah bertikam lidah, kita pernah bergaduh menarik muka masam, kita pernah tidak bertegur sapa...
Namun semua itu fitrah dalam berkeluarga...harapanku, agar kita saling memaafi dan memaafi.

ku merindui gelak tawamu...ku menanti pesan-pesan nasihatmu, ku teringat saat kita leka memasak di dapur bersama mama...moga kenangan itu bisa diraih semula suatu saat nanti...

Terima kasih adik buat satu2nya adik perempuanku yang telah mewarnai kanvas kehidupanku selama hampir banyak tahun kita bersama-sama meniti hidup keluarga bahagia.

 SaLaM iMtIhAn bUaT AdIk PeReMpuAn tErsAyAnG...

                                              SaLaM SaYaNg bUaT AdIk tErCHiNtA

Sunday, 30 December 2012

Gambar2 de Pangkor

                                           SUBHANALLAH...indah sungguh ciptaan ALLAH.

                                                 Keindahan pantai pada waktu malam.

                          Sahabat2 yang sangat Wardah Zinnirah sayang kerana ALLAH...sume cantik:)

                       Tarik tali...tarik tali...Jerit kawan2. Antara aktiviti yg disertai oleh semua kawan2.

Sesi melapah ayam untuk dibuat BBQ pada malamnya.

Kenangan de Pangkor

Antara gambar yang sempat dirakam semasa di PULAU PANGKOR...

Harimau yg dijumpai di kedai cenderahati :)

Kembara Ilmiah De Pangkor

Salam ketenangan di balik hati yang dilanda keresahan...

Al-HAMDULILLAH...
Usai sudah perjalanan ke Pulau Pangkor selama hampir 3 hari (26-28 Disember 2012)...

Ana diberi ruang & peluang oleh ALLAH untuk menghayati dan menikmati keindahan pantai & ombak di Pulau Pangkor.SUBHANALLAH...indah sungguh ciptaan ALLAH...pantas ana sangat suka melihat dan merenung keindahan ombak yang memukul pantai.

Peluang ini tidak datang untuk kali ke-2. Jadi, ana rebut peluang ini untuk menikmatinya.
Ana mahu jadi hamba ALLAH yang menghargai kewujudan makhluk lain di bumi ini.
Jika diberi peluang, InsyaALLAH...negara lain pula akan dikunjungi.


Gambar2 ceria sahabat2 satu FPBU. Al-hamdulillah...semua gembira meniti hari ceria di Pangkor.

Sunday, 23 December 2012

sAlAm iMtIhAn bUaT SaHaBaT2 USIM


Minggu 'study week' bermula. Menjadi pemula segala usaha yang selama ini terpendam bagai manusia yang bisu. Malas tidak lagi bersarang pada diri bila memikir 'final exam' makin mendekat hari. 

Nak baca kisah benar tak???Mari kita telusuri kisah menyentuh qalbu ini....

Kaki senang melangkah gagah menuju ke kampus dengan bermacam tujuan & perancangan. 
Sedang asyik diri menanti bas bergerak, terpandang pada sebuah kereta proton saga. Didalamnya terisi sebuah keluarga, ada adik, abang, ibu & ayah. Mungkin menanti & menyambut kepulangan anaknya. Sangkaanku tepat. Kelihatan sekujur tubuh gagah perkasa mendekati kereta tersebut sambil menyalami kedua orang tuanya dan bertegur sapa dengan adik beradiknya. Aku terkedu, terus imbauan kenangan lama menyapa benak fikiranku. Hatiku meronta dan terus meronta sebak menyelubungi jiwa.

Biasalah jiwa perempuan mudah terusik terutama bila mengingati pada mama dan ayah di kampung...tapi sensitif itu bisa membuat insan bernama wanita itu sangat istimewa tambahan jika dia pandai menjaga hubungannya dengan ALLAH dan manusia juga makhluk yang ada di sekelilingnya. 

Teringat pada adik2 di rumah, pada ibu ayah yang belum sampai masa untukku menyalami mereka insan tercinta dalam kehidupanku. Alangkah indahnya, jika diriku dapat merasai kehadiran ibu ayah dan keluarga di universiti ini. Jika ku diberi kesempatan ingin sekali ku salam dan peluk serta memohon ampun atas segala khilafku pada mereka. 'Final exam' makin menunggu masa membuatku sebak meniti hari tanpa kehadiran ibu ayah di sisi. 

Pantas tanganku mencapai telefon bimbit, menekan nombor ibu tersayang, mujur saja mamaku mengambil cuti...boleh kami berbual panjang. Kepada mama ku ceritakan segalanya, mama seperti biasa melafaz kata nasihat dan pesanan, usah berduka ada hikmah di sebalik semuanya. Ku pohon doa mustajab dari seorang mama agar puteri2nya bisa tenang meniti hari di universiti tanpa ibu dan ayah di samping kami. Mama mengiakannya. Diriku tahu mama mengharap yang terbaik untuk anaknya.

ALLAH S.W.T juga ada berpesan dalam KalamNya Surah at-Thalaaq ayat 2 & 3  yang bermaksud:
 "2....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." 

 KatA SeMaNgAt pEnGuAt jIwA...WaRdAhZiNnIrAh.