Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan
nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Al-Hamdulillah
dengan izinNya penulis masih berkesempatan mencoret rasa berkongsi indahnya
iman kerana ALLAH. Al-Hamdulillah dengan kesempatan yang ada hari ini penulis
mahu berkongsi sesuatu yang istimewa baginya. Menghargai insan-insan yang hidup
menyayangi penulis kerana ALLAH adalah satu kepuasan dan nikmat serta anugerah
terindah bagi penulis. Menghargai mereka itu tanda syukur dengan kurniaanNya. Menghargai
mereka itu tanda sayang penulis pada mereka. Menghargai mereka itu tanda
kebahahagiaan paa setiap insan-insan yang dianugerahkan ALLAH pada penulis. Kalian
sebagai pembaca juga merupakan hadiah ALLAH kepada penulis. Syukur Al-Hamdulillah...
Al-Hamdulillah...tanggal
04 Oktober 1988 lahir seorang bayi lelaki bongsu dalam sebuah ahli keluarga
menggantikan kakaknya yang telah dijemput Ilahi menghadap ALLAH pada tahun yang
sama. Allahyarhamah kakaknya sempat berpesan agar adik lelakinya nanti diberi
nama Noriskandar Shah. Meraikan permintaan anak perempuannya si ibu meletakkan
nama Noriskandar bin Mat So yang lahir seberat 4.8kg memaksa ibunya melahirkan
dengan cara pembedahan. Pengorbanan seorang ibu yang tiada tandingannya. Hargailah
ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita.
Dia
membesar sebagai seorang lelaki yang baik. Walau terkadang kenakalannya memeningkan
kepala ibu dan ayahnya, biasalah anak lelaki bongsu pulak tu. Dia sering
bertukar-tukar sekolah kerana dirasakan sekolah tersebut tidak serasi dengan
jiwanya ditambah dengan kehadiran saudara-maranya yang majoriti mengajar di
sekolah itu. Noriskandar sangat dikenali oleh orang kampung kerana keramahannya
dan dia sangat memilih kawan dalam erti kata lain cerewet orangnya. Dia tidak
berkawan dengan orang sembarangan. Benar kata orang, nak tengok seseorang,
lihatlah dengan siapa dia berkawan. Andai baik kawannya, maka baiklah dia,
andai buruk kawannya maka sebaliknya.
Bukan
setakat sering bertukar sekolah, Noriskandar juga kerap bertukar-tukar kerja
kerana tanggungjawabnya pada ibu yang ketika itu sedang sakit. Dia orangnya
sosial dan berfikiran terbuka. Tak banyak yang penulis tahu tentang dirinya,
tapi cukup untuk membuktikan bahawa dialah Noriskandar bin Mat So. Penulis masih
dalam proses memahami dan mengenali yang namanya Noriskandar bin Mat So. Usia 27
tahun, dia memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang
gadis perempuan yang berasal dari Kelantan. Tampin dan Tumpat. Nama kampung
yang hampir sama.
Sekejap
sungguh masa berlalu, tanpa diduga kita dah melangkah masuk ke bulan Oktober.
04 Oktober 2017 bersamaan 14 Muharram 1439H genap usia 29 tahun Noriskandar bin
Mat So hidup di dunia ini. Dia telah memegang amanah sebagai seorang suami pada
usia 27 tahun. Dia juga dikurniakan 6 orang adik beradikdan dua orang telah
meninggal dunia berbaki empat orang. Dua lelaki dan dua perempuan. Dia merupakan
anak bongsu dalam keluarganya. Dia juga seorang yang bertanggungjawab dalam
setiap amanah yang dipikulnya. Dia kaki masjid. Menunaikan solat berjemaah
menjadi keutamaannya bila berkesempatan.
Hasil
perkahwinan, dia dikurniakan puteri cantik bernama Nur Khadijah Zulaikha binti
Noriskandar. Masih kekal di ingatan ketika mana si mama sedang mengandungkan
anak sulungnya, babanya mengalami alahan yang agak teruk. Ketika mama sedang
menunggu masa untuk melahirkan anak, baba bahkan tak berganjak tetap berada di
sisi mama melihat satu per satu detik kelahiran cahaya mata pertama mereka. Dek
kerana itu mungkin, puteri sulung mereka yang lahir mengikut jejak baba hampir
90%. Anak baba.
Bila
di tanya apa perasaan penulis bila dikurniakan seorang lelaki bernama suami
(Noriskandar bin Mat So)? Perasaan al-Hamdulillah sangat bersyukur walaupun
kami dari negeri yang berbeda. Al-Hamdulillah, diri ini diberi peluang dan
rezeki untuk menikmati kehidupan berumah tangga walaupun terkadang banyak
sekali ujian datang menimpa kami saat ini. Dikurniakan seorang suami yang
bertanggungjawab, penyabar dan penyayang sangat memberi kesan pada penulis
terutamanya dalam meneruskan kehidupan untuk masa akan datang. Dia memahami
walau tekadang saling tidak mengerti. Dia penyabar walau terkadang pemarah. Dia
penyayang walau terkadang dia benci. Bila dah nama lelaki sudah tentu dia
berbeda dengan perwatakan perempuan. Ada masa berlaku juga perselisihan faham, bergaduh
dan perang mulut. Terkadang mengalah, terkadang “win-win situation”, terkadang
menang dan itu lumrah warna-warni kehidupan suami isteri.
Nak
kata hidup suami isteri ini selalu bahagia itu mustahil. Yang ada hanya
cerita-cerita novel yang direka penuh khayalan yang membahagiakan sahaja,
sedang realiti yang kita hadapi penuh liku dan ujian mendatang tanpa kita
minta. Kahwin itu memang best, tapi kita harus matang dalam melayari bahtera
perkahwinan. Kahwin kita bukan terhenti setakat majlis pernikahan yang meriah,
resepsi yang mewah, tapi perkahwinan itu butuh amanah dan cinta. Cinta kerana
ALLAH itu yang bakal membawa kita berpimpin tangan ke syurga. Kita bukan semata
nak hidup atas dunia je, tapi bila kita kahwin kita nak bawa pasangan dan ahli
keluarga turut sama merasa keindahan syurga bila dunia ini telah tiada. Ini kerana
matlamat hidup kita tak terhenti hanya di dunia tetapi berpanjangan hingga ke
akhirat sana.
Teristimewa
buat suami yang disayangi kerana ALLAH...bicara ini lahir tulus dari
hati...bicara ini demi Ilahi...bicara ini dimulai dengan basmalah diakhir
dengan Alhamdulillah...
“Buat suami yang
dikasihi kerana ALLAH...
Izinkan hati ini
berbicara...sanah helwah habibi mahbubati.
Moga kehidupanmu
sentiasa disinari cahaya Ilahi...
Moga segala
kesempitan yang dilalui bakal tersuluh dengan nur Ilahi...
Moga segala
kesusahan dan keperitanmu bakal berganti dengan ketenangan...
Bersabarlah duhai suami...
Kehidupan kita
bukan derita yang dicari...
Malah derita itu
menyinggah untuk memberi kita kesedaran...
Bahawa ALLAH Maha
Dekat dengan kita...
Setiap pengorbanan
yang kamu lakukan buat kami...
Moga ada ganjaran
dari Ilahi...
Moga terselit
ketenangan dan keredhaan di hati...
Setiap titik peluh
yang kamu lalui...
InsyaAllah tak
tersia walau seinci...
Tiada hadiah mampu
ku berikan di hari kelahiranmu...
Cuma doa restu
sebagai isteri mengiringi setiap langkah perjuanganmu...
Cuma al-Fatihah ku
kurim lewat doa moga terhapus segala dukamu...
Walau sesusah mana
kamu...
InsyaAllah...biiznillah...isterimu
sentiasa berada di sisimu selalu...
Moga di hari
kelahiranmu...
Dipenuhi bahagia
dan ketenangan...
Dilimpahi dengan
kasih sayangNya...
Diberikan kekuatan
untuk meneruskan kehidupan...
Dianugerahkan penyejuk
mata penawar hati yang membahagiakan...
Duhai suami...
Moga kamu terus
amanah dalam melaksanakan amanah ini...
Moga kamu terus
tabah berdepan ujian yang menimpa diri...
Ingatlah di setiap
kesusahan ALLAH telah janjikan kesenangan nanti...
Moga ikatan cinta kita kerana ALLAH ini berkekalan hingga ke syurga
firdausi...
Setakat
ini sahaja bicara cinta penulis pada hari ini. Moga memberi manfaat dan
mengusik hati kita untuk terus menghargai setiap insan yang menyayangi diri kita
kerana ALLAH. Bukan niat penulis untuk bercerita betapa bahagianya kami, kerana
kami juga ada kehidupan yang penuh dengan kesusahan, kami juga melalui setiap
ujian penuh keperitan tinggal lagi kami tidak mampu untuk bercerita di laman
ini. Biarlah ALLAH yang menilai setiap ujian kami. Benar, hidup berumah tangga
itu penuh dengan ujian suka duka kehidupan. Oleh itu kita seharusnya mengambil
iktibar dan pengajaran agar kita mampu melangkah walau dalam kesusahan. Andai berkesempatan
pun, hanya air mata yang mampu berbicara dan setiap manusia punya kesusahan
tersendiri. Ada baiknya kita bercerita tentang kebahagiaan sesebuah perkahwinan
daripada kita terus menelan peritnya sebuah perkahwinan. Mari kita hayati
kata-kata ini, “What you give, you get back.”
Noriskandar bin Mat So.
Masa raya haji kat rumah along Fizah..
Ni masa baby girl belum ada...