Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kami mulai
berkenalan
Sama menyertai Kem
Bestari Solat
Bukan mahu bermain
cinta ketika itu
Cuma ada rasa benci
maha dahsyat
Kami membawa
anak-anak kecil
Mengenal Tuhan
dengan solat
Menyusun pelbagai
aktiviti
Agar mereka tidak bosan dan ralat.
Tidak menyangka
Soalan cepu emas
muncul jua
“Bila awak nak
kahwin?”
Pada ketika mata
sahaja yang nampak
Wajah terselindung
rapi di sebalik niqab
Sahabat tersenyum
mengangguk
Pantas jawapan laju
menutur
“Bukan tahun depan,
lima tahun akan datang.”
“Calon sudah ada?”
Air liur ditelan
penuh tanda tanya
“Apa kena mamat
ini?” hati berkata
“Calon dengan mak
ayah.”
Pantas jawapan itu yang terkeluar
Tidak pernah dalam
hayat
Dibuat sebegitu
rupa
Tidak pernah dalam
program
Dibuli teruk
menitis air mata
Apa pun diredhakan
sahaja
Tunjuk marah bila
perlu bertindak
Hingga perut dibiar
kosong
Ketika itu hanya
Tuhan yang tahu
Bagaimana rasa bercampur-baur
Tidak pernah
dikenal yang namanya lelaki
Ketika itu tamat
sudah pembelajaran di universiti
Tinggal belum
konvokesyen lagi
Sifat pesimis pada
lelaki
Memaksa diri
membenci kaum ini
Cuma yang ada kasih
abadi
Seorang lelaki bernama ayah sendiri
Juga adik beradik lelaki yang sangat disayangi
Banyak dugaan
diharungi
Sehingga kami
menjadi tunangan
Tempoh bertunang
tempoh ujian
Biar sekejap
hubungan pertunangan
Harus dijaga
mengikut batas-batas Islam
Usah dipermain hukum
Tuhan
Kelak diri merana dek penyesalan
Andai dah jodoh tak
ke mana
Tapi boleh ke
Tumpat bersatu dengan Tampin
Satu Kelantan satu
lagi Negeri Sembilan
Mulanya ma ayah tak
setuju
Yalah negerinya
lain jauh pulak tu
Tapi entah
bagaimana
Kuasa ALLAH takdir
Yang Esa
Sekali lafaz akad
kami sah sebagai suami isteri jua
Al-Hamdulillah...
Masa merisik
Pemuda datang
bertemankan sahabat seorang
Bertandang pula di
bulan Ramadhan
Tiada hidangan bisa
dijamah
Cuma halwa telinga
dari ayah
Bermacam nasihat
diterima
Angguk eleng
kekadang bersuara
Menjadi suami bukan
mudah
Pesan bakal mertua penuh berhikmah
Masa bertunang
Pemuda datang
sekeluarga
Memenuhi adat
meraikan agama
Kita orang Melayu
penuh adat dan beragama
Kalau dah suka
tanya ibu ayah
Usah banyak
berdolak-dalih
Kata nak suka-suka
dulu
Usah melanggar
hukum agama
Tanya ALLAH dengan
istikharah
Tanya keluarga
dengan musyawarah
Tanya diri dengan
persiapan rapi dan muhasabah
InsyaALLAH segala persoalan terjawab dengan mudah
Bila bujang rasa
nak kahwin
Bila dah kahwin
sibuk pula
Nak ada anak
Bila dah ada anak
mulalah
Macam-macam ujian
datang bertimpa
Itu fitrah manusia
Bukan selamanya
hidup bahagia
Ada ketika kita
bahagia gembira
Ada masa kita sedih
berduka durja
Ada detik kita rasa
dunia ini kita yang punya
Ada tahap kita rasa
dunia ini
Tidak pernah adil
dengan kita
Ketika itu baru
kita menghargai
Yang namanya
hubungan kerana ALLAH
Yang namanya cinta ALLAH mengatasi segala
Kami tak saling
mengenali
Apatah lagi memadu
kasih sebelum masanya
Sudah jodoh tiba
Tidak pernah
terlewat walau sesaat
Tidak pernah
terawal walau sedetik
Kami sungguh
berbeda
Dia lelaki diri ini
perempuan
Sifat pula macam
langit dan bumi
Bertelagah itu
biasa
Cuma usah
dibiasakan
Parah pula akibatnya nanti
Dua tahun sudah
usia perkahwinan ini
Banyak sekali momen
indah dirindui
Banyak juga ujian
mengiringi
Setiap langkah kami
sama-sama harungi
Kadang-kadang bisa
bertongkat
Terkadang jatuh
tersungkur
Cuma ALLAH tempat
mengadu
Memohon pertolongan
juga perlindungan
Agar rumah tangga
kami kekal abadi
Mengharum mewangi
hingga
Ke taman syurga firdausi
Dua tahun genap
usia penyatuan
Dalam sendu
menghadapi perjalanan yang panjang
Dikurnia anugerah
terindah yang menyenangkan
Penyejuk mata
penawar hati mama baba
Puteri cantik
seindah namanya
Nur Khadijah
Zulaikha binti Noriskandar
Lahirnya diiringi
rahmat
Kesyukuran tiada
batasan
Kamu seolah
mengerti tentang kami
Kamu matang pada
usia yang sangat muda
Memahami serta
sangat menyayangi
Hati yang gundah
bisa terubat
Amarah yang
menyerang bisa sejuk
Sedih yang menyapa
bisa hilang
Bila menatap wajah puteri kecil mama ini
Dari Tumpat ke
Tampin
Mama berhijrah
Menumpang kasih di
negeri orang
Nun jauh daripada
negeri sendiri
Mencari diri yang
kehilangan arah
Mencipta sejarah
dalam penghijrahan
Moga ada sinar di
pertengahan jalan
Sinar kebahgiaan
dan ketenangan
Melerai sengketa
keluarga
Menjamin bahagia
hingga ke syurga
Biar susah senang
dihadapi bersama
Biar suka duka
ditempuhi jua
Demi menggapai redhaNya
Dua tahun
perjalanan yang singkat
Penuh tersusun
ujian dan mehnah
Menguji kehidupan
berumahtangga
Setia atau penuh
hipokrit
Bahagia atau derita
Benci atau sayang
Sabar atau amarah
Putus asa atau
terus bangkit
Semua di canai
dalam satu rasa
Bergandingan dalam dua jiwa
Kisah cinta dua
jiwa
Rasa sayang
Terkadang meningkat
ada kala menurun
Rasa benci
terkadang menyinggah
Rasa susah menyesak
diri
Membunuh rasa
sayang seketika
Terkadang fikiran
melayang
Sampai bila hidup
sebegini
Seolah di himpit
kiri dan kanan
Seolah di cucuk
depan dan belakang
Hanya kerana diri ini insan biasa
Mujur ada ALLAH
Datang memujuk
untuk seketika
Lumrah hidup
berumah tangga
Bahagia bukan
selamanya
Ujian terkadang
datang menyapa
Bukan untuk
menambah benci
Bukan jua dilayan
dengan emosi
Malah ujian yang
tiba
Bakal mengikat
kasih yang ada
Moga amarah bisa
reda
Moga benci bisa
sayang
Moga sedih bisa
suka
Moga derita bertukar bahagia
Ya ALLAH
Kurniakan kami
kekuatan
Anugerahkan kami
kesabaran serta ketabahan
Berikan kami kasih
sayangMu
Agar kami bisa utuh
dalam cinta
Cinta terbina
keranaNya
Moga keluarga yang
dibina ini
Bisa memberi
ketenangan
Sakinah, mawaddah
wa rahmah
Buat insan-insan
yang menyayangi kami
Moga kehadiran kami
Bisa menambah
bahagianya
Keluarga yang
terbina dalam acuan Islam
Demi cinta
Dari Tumpat ke
Tampin
Hubungan ini
terbina keranaNya...
Selamat ulang tahun perkahwinan yang memasuki tahun ke-2 buat suami tercinta, Noriskandar bin Mat So. Moga setiap bait kata yang disusun bisa memberi pengajaran buat semua yang menyinggah di blog ini. Sudah lama sekali rasanya diri ini meninggalkan dunia penulisan blog yang sudah tentunya mengundang rindu untuk mengisi sesuatu di blog QalamWardahZinnirah.blogspot.com. Moga kehadiran entri ini memberi manfaat untuk penulis sendiri juga untuk semua yang sudi menziarahi blog yang serba kekurangan ini.