Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Al-Hamdulillah
ucapan syukur ini penulis garapkan dalam setiap karangan ceritanya terus
menerus dan berharap tidak sesekali putus. Moga ucapan ini sentiasa menghiasi
kehidupan penulis dan keluarga. Al-Hamdulillah...Ya ALLAH atas kurniaan iman
dan Islam yang sentiasa membuat kehidupan penulis bahagia dan bersederhana
dalam kehidupan.
Al-Hamdulillah...kamu
hadiah berharga mama, sayang. Saat kamu lahir ke dunia hingga lah sekarang kamu
sudah berusia 3 bulan 9 harikamulah hadiah terindah mama. Masih kukuh di
ingatan mamabagaimana rasa sakit yang mama tanggung saat melahirkan kamu, nak. Saat
dan detik itu juga mengingatkan mama pada ibu kandung mama semasa melahirkan
mama hampir 27 tahun yang lalu. Al-Hamdulillah kamu cukup bertuah kerana babamu
menemani mama dari mama sakit di tahan
di bilik bersalin hinggalah mama dimasukkan ke dalam wad selepas selamat
melahirkan kamu secara normal. Terima kasih baba.
Betapa bahagia dan ‘excited’
nya baba mahu menerima kehadiran kamu sehingga dia sanggup tidur dalam kereta,
solat dan membersihkan diri di masjid, makan di kedai, ulang alik dari masjid
ke hospital sepanjang tempoh menunggu kelahiranmu, nak. Kamu memang hadiah
terindah buat kami yang telah lama menanti detik indah bersama-sama baba, mama
dan baby. Dek kerana itu, mama dan baba tak pernah putus mengucap syukur
al-hamdulillah padaNya.
Kamu hadiah
terindah, saat melihat dan memegang tubuhmu buat pertama kali mama tak putus
menutur al-Hamdulillah. Air mata mama mengalir tanpa di minta bukan hanya
kerana menahan sakit tetapi diiringi air mata kegembiraan. Kamu memang comel,
kulit mu putih melepak tiada cacat mahupun cela. Kamu juga sihat walafiat. Hadirmu
tidak pernah menyusahkan kami tambahan kamu memberi rahmat pada semua yang
menyayangimu, menambah bahagia dan kemudahan pada mama dan baba.
Bicara ini mama
coret untukmu puteri sulung mama. Moga kamu bisa membacanya nanti:
Mama menyayangimu
kerana ALLAH. Saat minggu pertama kita bersama kamu sentiasa menangis dan
meragam. Mama hilang arah dan kematian akal tertekan pun ada jugak. Lama-kelamaan
mama semakin faham bahasa tangis puteri sulung mama ini. Mama sangat bersyukur
dikurniakan puteri yang sihat walafiat dan tak pernah menyusahkan mama dan
baba. Kamu anak mama. Kamu hadiah terindah mama. Dalam banyak-banyak hadiah
yang mama dapat sepanjang 27 tahun kehidupan mama kamulah hadiah terindah,
paling indah yang mama pernah dapat. Walau terkadang
baba hanya membiarkan mama menguruskan kamu seorang diri...walau terkadang mama
dipagut resah dan tertekan...walau terkadang air mata kesedihan mama menitis
laju dek kerana tidak mampu menahan keperitan ujian ini...Mama cuba untuk kuat
sayang dan mama cuba untuk memahami keadaan ini. Cuba memahami keadaan baba
yang kepenatan bekerja mencari duit untuk kehidupan kita. Cuba untuk menghadapi
masalah dengan ketenangan dan kesabaran. Hanya ALLAH penguat mama. Mama sentiasa
doakan kamu, Nur Khadijah Zulaikha binti Noriskandar. Moga kasih, sayang, cinta
dan rindu kita berkekalan hingga ke syurga. Ameen ya Rabb.
Setakat ini sahaja
coretan chinta mama dan baba buat puteri tersayang. Coretan ini mama nukilkan
untuk kamu, sayang. Sekalung terima kasih diucapkan buat pembaca setia blog ini,
terima kasih atas sokongan dan kesetiaan kalian untuk menziarahi blog ini. Moga
kalian sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang ALLAH.
Maaf andai blog ini
banyak membuat kalian terluka atau cemburu. Maaf andai blog ini banyak memberi susah
pada kalian. Maaf andai kisah perkongsian ini menambah duka di hati kalian. Niat
penulis hanya mahu berkongsi dan bercerita keindahan Islam dalam kehidupan.
Pesanan buat
sahabat-sahabat yang belum dikurniakan anak, usah risau tabahlah kalian. InsyaAllah
ada rezeki kalian yang akan ALLAH berikan, usah khuwatir. Usaha dan terus
berdoa pada ALLAH. Jangan sesekali merungut dengan qada’ qadar ALLAH. Terimalah
dengan hatinya tenang dan terus berusaha tak lupa bertawakkal. Penulis juga
merasai apa yang kalian rasa. Perasaan bila lambat dikurniakan anak dengan
soalan-soalan yang bertalu-talu menimpa bila nak dapat anak. Usah peduli kata
manusia, nanti lama-lama tutuplah mulutnya.
Ikuti diari mama
dan baba sepanjang tempoh menanti kelahiran puteri sulung mama dan baba dalam
entri akan datang.
Gambar mahal...ketika dalam bilik bersalin. Khadijah baru lahir tanggal 31.12.2016. |
Nur Khadijah Zulaikha binti Noriskandar sudah berusia 3 bulan 9 hari hari ni. Anak manja intan payung baba ni! |