Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama
ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Al-Hamdulillah
thumma al-hamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran penulis panjatkan kepada
ALLAH Yang Maha Kuasa kerna dengan rahmat & kasih sayang penulis dapat
mencoret bicara katanya setelah terlalu lama blog ini ‘cuti’. Subhanallah...wa
alhamdulillah... wa lailahaillallah.. wa Allahuakbar. Al-Hamdulillah dengan
kuasa ALLAH, penulis kembali ke medan yang sangat dicintainya, medan penulisan.
Lama benar dia merindui semangat menulis blog, termenung panjang di hadapan ‘notebook’
kesayangannya, menatap screen notebook leka menaip ilhamnya.
Ke mana
penulis menghilang begitu lama? Ataukah penulis merajuk pantas berhenti
menulis? Ataukah penulis telah kematian idea? Mungkin juga penulis sudah putus
asa dan tidak mahu berkongsi cerita lagi dalam blognya? Apakah alasan yang
penulis akan reka kali ini setelah lama menyepi diri? Persoalan yang mungkin
timbul dalam kalangan manusia yang singgah di blog ini, bisik hati penulis saat
dia membuka blog kesayangannya.
Apa yang
penting malam ini ada perkongsian menarik & bahagia untuk diceritakan
kepada sahabat yang setia menatap blog ini. Perkongsian hari ini tentang tiga
bulan tiga puluh empat hari. Penulis menghitung apa tu? Genap 3 bulan 34 hari
penulis memegang amanah sebagai isteri, menantu & adik ipar. Al-Hamdulillah...dengan
kuasa ALLAH, penulis menamatkan zaman bujangnya bertarikh 18 September 2015
dengan sekali lafaz akad nikah sahlah dia bergelar isteri. Tanggal 18.9.2015 mencatat sejarah manis dalam hidup penulis. Usia 25 tahun ALLAH
kurniakannya seorang suami yang penyayang & bertanggungjawab. Yang penting
agamanya terjaga J J J J J
Oooo...thats
why youre blog keep silent! You are already married & automatic change your
status to married women. Al-Hamdulillah majlis perkahwinan penulis dan suaminya
berjalan lancar & meriah. ALLAH telah permudahkan segalanya.
Al-Hamdulillah...kita merancang tetapi ALLAH yang menyempurnakan perancangan
kita kerna ALLAH sebaik-baik perancang. Sederhana tapi penuh kemeriahan &
keberkatan.
Dah tukar
status, tanggungjawab pun bertambah, tapi sebagai isteri kita tak digalakkan
merungut...sebab itu jalan yang ALLAH kurniakan kepada kita & sebaik-baik
anugerah ALLAH. Terimalah pasangan hidup kita sama ada suami atau isteri dengan
hati terbuka, berlapang dada & saling memahami sebab manusia lahir bukan
untuk menyempurnakan tetapi lahir untuk saling melengkapi antara satu sama
lain.
Best tak
kahwin? Soalan cepu emas yang sering dilontarkan kepada penulis saat berdepan
dengan sahabat-sahabat & saudara-maranya. Jawapannya, “Al-Hamdulillah, best
sangat.” Apa yang best? Banyak yang best dalam perkahwinan ni. Yalah masa
sebelum kahwin kita tidak saling mengenali, sekarang dah kahwin saling
mengenali. Masa bujang semua sendiri, susah, senang, suka, duka, bahagia,
menangis semua sendiri tanpa teman pasangan hidup di sisi, tapi indahnya bila
dah kahwin, ALLAH kurniakan dua hati yang terpisah akhirnya menyatu dengan akad
nikah. Indahkan Islam J J J semuanya berkongsi, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar
perkara dikongsi antara suami isteri, biarpun berbeza perangai & tindakan.
Perbezaan bukan
titik tolak untuk kita mencari kesalahan & titik pergaduhan, tetapi di sebalik
perbezaan antara suami isteri bisa carilah titik persamaan yang bisa menyatukan
hati menuju keredhaan ALLAH. Al-Hamdulillah...akhirnya penulis mendirikan rumah
tangga dengan lelaki yang kini bergelar suaminya. Doa & permintaanya,
permohonan & rayuannya pada ALLAH dikabulkan segera. Apa yang diminta
itulah yang ALLAH berikan pada penulis. Alhamdulillah.
Buat sahabat-sahabat
yang belum mendirikan rumah tangga @ atau masih terceri-cari di mana dia
imamku, di mana dia imamahku...usah risau duhai teman, ALLAH dah tentukan yang
terbaik untuk kita, tinggal lagi kita berusaha MENJADI YANG SOLEH ATAU YANG
SOLEHAH. Agar rumah tangga kita bahagia hingga ke syurga. Penulis doakan moga
kalian semua suatu hari nanti dengan kuasa ALLAH juga bisa bertemu dengan
pasangan masing-masing. Usah lupa panjangkanlah doamu pada Tuhan Pencipta kita
kerna doa itu senjata mukmin. Doa dan terus berdoa moga kita dikurniakan jodoh
yang baik yang bakal memimpin kita hingga ke syurga. Andai kita jatuh suami @
isteri kita bisa membahu, andai kita menangis kesedihan suami @ isteri kita
bisa menyapu bersih air mata kita, andai kita dihenyak dengan ujian suami atau
isteri kita bisa ada di samping kita menemani saat susah senang bersama.
Setakat ini
dahulu perkongsian penulis untuk hari ini, nanti insyaALLAH kita sambung lagi
dengan izin Ilahi. Izinkan penulis mengundur diri, & terus doakan moga
perkahwinan yang dibina penulis dan suami berkekalan hingga ke syurga abadi.
Hadiah gambar sikit :)
Majlis akad nikah. 18092015.
Alhamdulillah sah memegang amanah sebagai suami isteri.
Ahli keluarga memeriahkan majlis.
Majlis raikan cinta di Senangin Resort & Cafe, Pantai Sri Tujuh, Tumpat Kelantan.
Turut bersama sahabat karib merai cinta dua pasangan bahagia.
Majlis di waktu petang.
Majlis malam meraikan cinta di Tampin, Negeri Sembilan.
Majlis menyambut menantu
diserikan dengan kehadiran sahabat muaddibah ohsem.
Jazakumullah khairan kathira...
Bersama keluarga besar.