Wednesday 26 March 2014

Gelaran Ustazah Bukan Hanya Pada Pakaian

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah...kita masih bisa bersua kembali dalam ‘post’ seterusnya. Syukur padaNya kerana penulis masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan ini walau dia tidak tahu bila dia akan meninggalkan dunia ini. Mati itu pasti bagi setiap manusia, cuma kita tak tahu bila tiba saat kematian kita kerna itu adalah rahsia ALLAH. Penulis sudah bincangkan topik mati itu pasti sebelum ini, jadi hanya untuk mengingatkan diri agar tak leka dengan keindahan dunia.

Al-Hamdulillah peluang untuk meneruskan penulisannya masih penulis miliki. Jadi, hari ini penulis nak bercerita tentang kehidupannya & sahabat di alam pekerjaan. ‘Gelaran Ustazah Bukan Hanya Pada Pakaian’. Ya, masalah dunia sekarang bila ada manusia yang bercakap tentang kebaikan & berpakaian menutup aurat terus dipanggil dengan gelaran ustazah @ ustaz. Sedangkan sepatutnya gelaran itu sesuai untuk mereka yang betul-betul mendalami & memahami ilmu agama. Orang yang selayaknya menceritakan tentang agama. Lain pula yang terjadi bila berada di bandar ini. Mentang-mentang kami berpakaian sedikit labuh & menutup aurat terus di panggil ustazah.




Bukan tidak suka dengan gelaran itu, cuma sedikit segan. Penulis bukannya orang hebat dalam agama hanya insan biasa mahu mengamalkan prinsip agama sudah di anggap berbeza. Pakaian tidak selalunya menggambarkan dia seorang ustazah. Jika kata-katanya dusta bagaimana? Jika perangainya kurang baik bagaimana? Manusia mudah sekali menganggap seseorang hanya pada luarannya semata sedangkan pepatah Inggeris kata, “Don’t judge the book by its cover.”

Muslimah yang menutup aurat sentiasa di pandang pelik di sini. Mereka seolah-olah ibarat rusa masuk kampung. Pandangan manusia seolah-olah melihat mereka membuat salah sedangkan Islam & ALLAH menuntut perempuan muslimah menutup auratnya dari pandangan umum. Ya, kita bersangka baik pada mereka mungkin mereka tidak tahu apa yang sepatutnya mereka tahu. & ini adalah tanggungjawab individu muslim untuk menegur & menasihati saudara seIslamnya tentang hukum agama.

Pada pendapat penulis, panggilan ustazah sesuai untuk guru-guru yang mengajar matapelajaran agama bukan hanya kerana dia belajar agama atau berpakaian menutup aurat semata. Lagipun panggilan ustazah ini adalah mulia di sisiNya. Dia mengangkat martabat agama bukan dengan gelaran ustazah tetapi dengan ilmu yang diperoleh & diamalkannya. Bila di pejabat pun nak panggil ustazah, bunyinya pelik.

Manusia ini rambut sahaja sama hitam tetapi hati lain-lain. Jadi, manusia punya banyak ragam, punya banyak perangai. Baiklah, penulis & sahabatnya terima sahaja gelaran itu kerana manusia punya banyak pendapat yang berbeza. Ya, untuk meraikan perbezaan itu kami cari titik persamaan dengan menghargai apa yang rakan sekerja lakukan baik, kami terima, yang kurang baik cuba untuk menegurnya walaupun dalam ramai-ramai pekerja kamilah yang paling muda kerana kami hanya pelatih sementara.

Peluang bersama-sama masyarakat di tempat kerja ini betul-betul membuka mata penulis & sahabat bagaimana mahu berdepan dengan masyarakat yang sebenar bukan lagi teori seperti yang dipelajari dalam kuliah sebelum ini. Peluang ini yang perlu penulis & sahabatnya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk membina sifat penyayang & yang penting menyebarkan kebaikan Islam pada semua umat manusia yang ada di sekeliling mereka. Ini peluang untuk kami memahami masyarakat....ini peluang untuk menabur keindahan Islam pada yang hak.
Sekian dahulu bicara kata penulis melalui pena buat tatapan diri yang sentiasa lemah & mengharap keredhaanNya di setiap helaan nafasnya, juga buat sahabat semua yang sudi menjengah blog ini terima kasih yang tidak terhingga buat kalian.

#prayforMH370


Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’man nasir...

No comments:

Post a Comment