Tuesday 2 June 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah dengan kuasa Allah Yang Maha Esa penulis dapat menjenguk blognya Yang sudah berhabuk. Diam tanpa kata-kata. Ini adalah hasil penulisan ke dua untuk tahun 2020 ya. Masa begitu mencemburui penulis sehingga langsung tidak punya daya untuk singgah Di blog ini. Pasti kalian tertunggu-tunggu karangan Dari penulis Kan.

Baiklah...Hari ni tidak terlambat rasanya penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam Di Malaysia khususnya. Tahun 2020 Kita menyambutnya dengan Norma Baharu. Banyak sangat perkara berlaku sepanjang tahun 2020 ini. Alhamdulillah 2020 adalah tahun ke-3 penulis memegang amanah sebagai guru interim. Tahun 2020 juga Kami diuji dengan kehadiran tentera Allah bernama Corona viruses. Kehadirannya menggemparkan dunia keseluruhan. Dunia pendidikan Di Malaysia juga turut berubah. Pendidikan secara atas talian. Cukup mencabar. Kita juga perlu mengikuti SOP Yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan antaranya:
1) penjarakan sosial dengan Jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter bila keluar Rumah Dan berada Di tempat ramai orang.
2) sentiasa membasuh tangan dengan Sabun.
3) pakai topeng muka @ 'facemask' bila keluar Dari Rumah.
4) sentiasa menjaga kebersihan walau Di mana pun berada.
5) mengamalkan etika batuk yg betul.
6) jangan keluar jika tiada keperluan.

Raya Aidilfitri tahun ini adalah Hari Raya Yang sememangnya Di sambut tetapi penuh dengan kesederhaan Dan menghadapi Norma Baharu kehidupan. Kami pun menyambut Syawal dengan serba sederhana. Sepatutnya pulang ke Kelantan Dan meraikannya Di sana terpaksa tangguhkan terlebih dahulu demi menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk tetap berada Di Rumah. Jadi, Kami Raya kat Tampin je. Alhamdulillah Di Tampin Kami punya keluarga. Keluarga mertua menetap Di sini, taklah Kami merasa kehilangan atau kesepian. Syukur Ya Allah. Semua Yang terjadi pasti Ada hikmahnya.

Jom tengok gambar Raya Kami tahun 1441H bersamaan tahun 2020M!

Ni family kecil Kami

Ni keluarga Kami Di Tampin.

Penulis bersama2 mak mertua Dan kakak ipar.

Ni keluarga Kami kat Kelantan.

Baiklah...setakat ini dahulu ya coretan hati penulis untuk Hari ni. Alhamdulillah Dan terima kasih kerana sudi membaca entri Di blog ini. Moga bermanfaat. Walau Di mana pun Kita berada kita tetap umat Islam yg memegang amanah sebagai hamba Dan khalifah Allah Di muka bumi ini. 






Sanah helwah Ibu Amira

Tiada kata mampu Ku ungkap
Tiada Bahasa mampu Ku susun
Tiada bicara pengganti diri
Selain susunan kata ini
Buat dirimu Yang jauh Di Mata
Namun dekatnya Di hati sentiasa 
Sanah helwah Ibu Amira Yang ke-31 tahun 2020 yer. Happy birthday Ibu Amira 08.06.1990-08.06.2020
Doa Kami moga kalian sentiasa dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Pesanan untuk akhi Iyyadh & ukht Ibtisam...jadi anak soleh solehah ya sayang. Bahagiakan ibu bapamu. 



Alhamdulillah dah berempat dah Ibu Amira. Moga keluarga bahagia Ibu Nor Amira bt Ibrahim sentiasa Di limpahi sakinah, mawaddah wa rahmah. Hanya doa mampu Ku kirim lewat penulisan ini. Moga bahagia milik kalian hingga ke syurga.

Alhamdulillah...dengan izinNya Yang Maha Esa dapat penulis meneruskan minat penulisannya ketika ini. Moga sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan minat ini. Dah Lama tidak menjenguk blog ini. Bahasa pun dah berterabur tiada susunan Bahasa Yang cantik. Tahun 2020 adalah tahun yg sangat menggetirkan buat seluruh umat manusia Di dunia ini termasuklah Malaysia.

Mohon penulis 'copy & paste' ayat Di bawah ini Dari 'facebook':


Nak simpan kat blog jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan 😬


Takkan sesekali aku lupa ....

18 MAC -  31 MAC 2020  fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 FASA 4


Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Setakat ini sahaja coretan penulis untuk Hari ni. Lama sudah tidak menulis. Beku sudah rasanya otak ni. Diam tidak bermakna mengalah. Cuma butuh waktu untuk kembali melangkah.

Saturday 21 September 2019

Dari Tumpat Ke Tampin 2 (180915-180919)

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...Terima Kasih Ya ALLAH kerana masih memberi peluang kepada hamba untuk meneruskan kehidupan ini walau ujian datang bertalu, walau amanah makin memberat di bahu, walau hidup semakin dicemburu, walau terkadang tekanan menekan jiwaku...akhirnya diri ni harus SABAR.

Al-Hamdulillah...kerjaya penulis sebagai guru menghiasi kanvas kehidupan disamping membesarkan puteri dan puteranya. Moga keberkatan diperoleh dalam menjalani kehidupan sebagai muslimah, anak, isteri dan ibu. Baik...hari ini penulis nak mengimbau kenangan. Jadi, jom baca bait kata puisi indah yang sempat penulis reka cipta untu kenangan itu. tajuknya....

Dari Tumpat Ke Tampin 2 

Al-Hamdulillah
Syukur pemula bicara 
Peneman paling bahagia
Untuk manusia selemah hamba
Menutur indah kenangan ini

Kenangan saat diijab kabulkan
Sah memegang amanah suami dan isteri
Kenangan tahun ke empat menjadi isteri
Kehadiran puteri Nur Khadijah Zulaikha
Juga adanya Putera Muhammad Yusuff
Bagai menghiasi serta pelengkap kebahagiaan kami

Peneman mama saat baba jauh berjuang
Peneman mama saat mama kesepian
Peneman mama saat mama dihimpit ujian
Detik suka duka mama rakam bersama kalian puteri putera mama
Putera dan puteri yang ALLAH anugerahkan pada mama
Sungguh mengajar mama banyak perkara
Ya ALLAH nikmat apa lagikah yg mahu kami dustakan?

Dari Tumpat ke Tampin
Seolah mama membina satu jambatan kukuh
Penghubung antara Tumpat dan Tampin
Agar nanti tiada terpisah kasih cinta
Agar nanti tiada cemburu antara kami
Agar nanti bahagia yang kami bina bukan di atas penderitaan orang lain
Juga nanti bahagia kami tidak menimbul benci serta dengki pada ramai manusia

Benar kata baba
Rumahtangga dibina pada lima tahun pertama
Berliku onak dan ujian melanda
Berjuta cabaran mahu diharungi
Malah kesukaran, kesempitan seolah makanan asasi
Bukan untuk memisahkan cinta antara kita
Bahkan menambah ikatan kasih dan sayang dengan Maha Pencipta
Bahkan mahu mendekatkan diri kita dengan ALLAH Yang Maha Esa

Alam rumahtangga
Bukan bahagia hingga ke akhirnya
Malah banyak sekali ujian menimpa
Banyak juga masalah menguji minda
Siapa kata kahwin itu hanya bahagia
Hanya imaginasi dan novel semata
ALLAH Maha Mengetahui
Bagaimana kita mencorak rumahtangga yang membawa ke syurga
Itu erti BAHAGIA SEBENAR

Kehadiran coretan cinta ini
Dari Tumpat ke Tampin
Bukan semata membuat kalian cemburu
Bukan semata mencetus marah
Bukan juga mahu menunjuk-nunjuk bahagianya kita
Bahkan
Mencoret sejuta kata
Perkahwinan adalah tanggungjawab
Perkahwinan adalah amanah
Perkahwinan adalah memberi
Perkahwinan adalah SABAR
Perkahwinan bukan mementingkan diri sendiri


Ucapan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kali ke 4 tahun mama tuturkan buat suami tercinta NorIskandar Bin Mat So. Moga Perkahwinan kita berkekalan bukan hanya di dunia semata malah kita berpimpin tangan menuju ke syurga bersama-sama. Thank you for being with me in 4 years we are together. Only one I want to tell you...just dont be too selfish with your family because one day not always humans can help you and your family off course will always support your either your are right or wrong. Family must be number one and priority for us. 

Setakat ini dahulu coretan berjela dari penulis. Moga suatu hari penulis masih punya kesempatan untuk menyusun kata di sini.

Selamat Ulang Tahun ke -4 Perkahwinan 

Pok Chik and Mok Chik already married.

Zulaikha and Yusuff with Aunty Che Ngoh

Buah hati hamba


Saturday 9 February 2019

Muhammad Yusuff Bin Noriskandar

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...dengan izinNya dapat penulis meneruskan penulisan blog ini. Sudah lama blog ini menyepi hingga penulis mendapat notis dari blogger.com bahawa blog ini akan ditutup bulan April 2019. Harapnya cerita dalam blog ini tidak terus dibuang oleh blogger.com. Al-Hamdulillah...dengan izinNya juga penulis berpeluang bercerita mengenai siapakah Muhammad Yusuff bin Noriskandar.

Tanggal 17.6.2018 bersamaan 3 Syawal 1439H seorang bayi lelaki selamat dilahirkan ke dunia dengan di sambut oleh tok manya. Bayi lelaki ini lahir sihat sempurna sifatnya seberat 3.1kg. Tarikh ini penulis ingat sampai bila-bila. Inilah detik kelahiran anak ke duanya yang diberi nama Muhammad Yusuff bin Noriskandar dan selamat ditahnikkan oleh Ustaz Nik Dirr. Ulama besar di Kelantan. Lahirnya di bumi serambi Makkah negeri Kelantan Darul Naim sama seperti mamanya. AlHamdulillah ALLAH telah mengurniakan anugerah ke dua kepada mama selepas anugerah pertama Nur Khadijah Zulaikha binti Noriskandar yang sudah meningkat usia 3 tahun.




Moga putera mama membesar dengan sihat, soleh dan penyayang nanti. Banyak sekali doa yang mama titipkan buat Yusuff. Mama dan baba sayang Yusuff kerana ALLAH. 

Sunday 22 July 2018

Syawal Yang Terindah 1439H



Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah...

Al-Hamdulillah...dengan kuasa dan kehendakNya, penulis masih punya kekuatan untuk mengisi kekosongan blog ini. Lama benar rasanya blog ini menyepi, bukan tiada cerita tetapi kehidupan kini penuh dengan amanah dan tanggungjawab yang lebih diutamakan. 

Cerita yang pasti ditunggu-tunggu oleh sahabat-sahabat. Al-Hamdulillah sepanjang diamnya blog ini banyak kisah dan cerita indah yang penulis harungi bersama-sama keluarganya. Kehadiran kandungan ke-2 merupakan rezeki besar anugerah ALLAH kurniakan pada kami. Juga, al-Hamdulillah...penulis akhirnya mendapat panggilan kerja sebagai guru di sekolah rendah. Kerja juga rezeki pemberian ALLAH kepadanya. Ucapan syukur yang tak pernah putus diucapkan setelah mendapat segala yang diimpikannya. Ya, kita sebagai hambaNya tak boleh lari dari kesusahan atau rezeki yang ALLAH berikan. Walau macam mana pun kita kena jadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, barulah kehidupan kita penuh dengan kebahagiaan dan kesederhanaan. 

Penulis yakin dengan janji ALLAH pada hambaNya, di setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan dan kemudahan. Ingat ni, bukan selamanya kita senang, dan bukan selamanya kita hidup susah. Lama rasanya penulis tidak mencoret kata yang baik di sini. Rasa janggal pun ya. Berbalik pada cerita penulis, al-Hamdulillah, ALLAH telah anugerahkan kepada kami sepasang anak perempuan dan lelaki. 

Tanggal 3 Syawal 1439H bersamaan 17 Jun 2018M detik 08.51 pagi lahirnya seorang bayi lelaki seberat 3.1kg di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Al-Hamdulillah, itulah putera anugerah ALLAh pada penulis dan keluarga. Bila ingat balik kisah dan saat melahirkannya, penulis tergelak sendiri. Yalah, sepatutnya kami balik beraya di Kelantan dah tukar plan last minute bersalin kat Kelantan. Hari ke  lima kelahiran, kami memilih namanya, membuat surat beranaknya dan tahnik anak lelaki ini. Namanya yang kami pilih, Muhammad Yusuff bin Noriskandar. Sebaik nama Yusuff kami gandingkan dengan nama kakaknya, Nur Khadijah Zulaikha binti Noriskandar.

Baba & Yusuff

Tahnik

Al-Hamdulillah...

Baba Zulaikha dan Yusuff pernah kata kat penulis, "Cerita tentang Yusuff belum ada lagi dalam blog mama kan?" Al-Hamdulillah cerita kelahiran Yusuff mama coretkan dalam blog ini. Sungguh melahirkan anak adalah detik yang paling indah dan setiap anak yang dilahirkan punya kisah, cerita dan pengalaman mama yang tersendiri sungguh berbeza. Al-Hamdulillah terima kasih Ya ALLAH atas kurniaan dan anugerah ini. Moga puteri dan putera mama dapat membesar sebagai muslim yang soleh solehah menjunjung agama dan ALLAH dalam setiap kehidupan. Sungguh, mama mudah sekali melahirkan Yusuff. 2 Syawal mama keluar tanda tumpah darah. Cepat baba suruh pergi hospital. Dari pagi sampai ke tengahari kami di hospital, doktor suruh kami pulang dulu sebab mama takde sebarang kontraksi nak bersalin. Petangnya, mama, baba, tokma sempat lagi ke hospital lain nak hantar Khadijah jumpa doktor sebab puteri mama demam. Pagi 3 Syawal barulah mama sakit sampai masuk LR. Cepat masa berlalu, lahirlah putera mama. Cepat 2 minggu dari tarikh kelahiran sebenar. 

Untuk kelahiran ke dua, mama ditemani tokma dalam bilik bersalin hinggalah nak masuk wad. Ya, baba sibuk menguruskan kakak yang sangat cerewet tak mahu orang lain menguruskannya. Baba berkorban demi anak-anaknya. Di sini anak, di sana pun anak. Sekalung Terima kasih untuk baba sebab menjaga puteri mama dengan baik. Doa baba sudah cukup untuk kami ketika itu. Baba teman kakak, buat susu untuk kakak, teman kakak makan, main bersama-sama, mandi dan sebagainya. Terima kasih baba kerana bagi ruang untuk mama bersama dengan putera mama.

Zulaikha dan Yusuff...buah hati pengarang jantung mama baba.

Sleep time.

Syawal kali ni yang terindah buat penulis dan keluarga. Syawal kali ini menyatukan kami sekeluarga. Syawal kali ini disambut penuh kesyukuran dengan kehadiran putera  dan membesarnya puteri kami. Zulaikha dah jadi kakak tak boleh manja2 sangat tau. Al-Hamdulillah kebahagiaan di bulan Syawal membawa keberkatan ke bulan-bulan lain. Perkongsian ini sekadar mahu bercerita tentang kehadiran anak. Hargai mereka dan insan-insan yang wujud dalam kehidupan kita. Jom tengok gambar kat bawah:

#Zulaikharayer

#01SYAWAL1439H

#kamisempatrayerseharije

Setakat ini sahaja coretan ikhlas dari penulis. Moga kehadiran coretan kali ini memberi makna yang baik untuk semua terutamanya penulis sendiri. Mana lagi nak coret cerita ini selain kat blog ini. Pesanan untuk semua yang sudi menziarahi blog ini, mohon doa kalian untuk kami. Moga kami terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan baik.

Wednesday 4 October 2017

Sanah Helwah Habibi Mahbubati (041088-041017)

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah dengan izinNya penulis masih berkesempatan mencoret rasa berkongsi indahnya iman kerana ALLAH. Al-Hamdulillah dengan kesempatan yang ada hari ini penulis mahu berkongsi sesuatu yang istimewa baginya. Menghargai insan-insan yang hidup menyayangi penulis kerana ALLAH adalah satu kepuasan dan nikmat serta anugerah terindah bagi penulis. Menghargai mereka itu tanda syukur dengan kurniaanNya. Menghargai mereka itu tanda sayang penulis pada mereka. Menghargai mereka itu tanda kebahahagiaan paa setiap insan-insan yang dianugerahkan ALLAH pada penulis. Kalian sebagai pembaca juga merupakan hadiah ALLAH kepada penulis. Syukur Al-Hamdulillah...

Al-Hamdulillah...tanggal 04 Oktober 1988 lahir seorang bayi lelaki bongsu dalam sebuah ahli keluarga menggantikan kakaknya yang telah dijemput Ilahi menghadap ALLAH pada tahun yang sama. Allahyarhamah kakaknya sempat berpesan agar adik lelakinya nanti diberi nama Noriskandar Shah. Meraikan permintaan anak perempuannya si ibu meletakkan nama Noriskandar bin Mat So yang lahir seberat 4.8kg memaksa ibunya melahirkan dengan cara pembedahan. Pengorbanan seorang ibu yang tiada tandingannya. Hargailah ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita.

Dia membesar sebagai seorang lelaki yang baik. Walau terkadang kenakalannya memeningkan kepala ibu dan ayahnya, biasalah anak lelaki bongsu pulak tu. Dia sering bertukar-tukar sekolah kerana dirasakan sekolah tersebut tidak serasi dengan jiwanya ditambah dengan kehadiran saudara-maranya yang majoriti mengajar di sekolah itu. Noriskandar sangat dikenali oleh orang kampung kerana keramahannya dan dia sangat memilih kawan dalam erti kata lain cerewet orangnya. Dia tidak berkawan dengan orang sembarangan. Benar kata orang, nak tengok seseorang, lihatlah dengan siapa dia berkawan. Andai baik kawannya, maka baiklah dia, andai buruk kawannya maka sebaliknya.

Bukan setakat sering bertukar sekolah, Noriskandar juga kerap bertukar-tukar kerja kerana tanggungjawabnya pada ibu yang ketika itu sedang sakit. Dia orangnya sosial dan berfikiran terbuka. Tak banyak yang penulis tahu tentang dirinya, tapi cukup untuk membuktikan bahawa dialah Noriskandar bin Mat So. Penulis masih dalam proses memahami dan mengenali yang namanya Noriskandar bin Mat So. Usia 27 tahun, dia memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang gadis perempuan yang berasal dari Kelantan. Tampin dan Tumpat. Nama kampung yang hampir sama.

Sekejap sungguh masa berlalu, tanpa diduga kita dah melangkah masuk ke bulan Oktober. 04 Oktober 2017 bersamaan 14 Muharram 1439H genap usia 29 tahun Noriskandar bin Mat So hidup di dunia ini. Dia telah memegang amanah sebagai seorang suami pada usia 27 tahun. Dia juga dikurniakan 6 orang adik beradikdan dua orang telah meninggal dunia berbaki empat orang. Dua lelaki dan dua perempuan. Dia merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Dia juga seorang yang bertanggungjawab dalam setiap amanah yang dipikulnya. Dia kaki masjid. Menunaikan solat berjemaah menjadi keutamaannya bila berkesempatan.

Hasil perkahwinan, dia dikurniakan puteri cantik bernama Nur Khadijah Zulaikha binti Noriskandar. Masih kekal di ingatan ketika mana si mama sedang mengandungkan anak sulungnya, babanya mengalami alahan yang agak teruk. Ketika mama sedang menunggu masa untuk melahirkan anak, baba bahkan tak berganjak tetap berada di sisi mama melihat satu per satu detik kelahiran cahaya mata pertama mereka. Dek kerana itu mungkin, puteri sulung mereka yang lahir mengikut jejak baba hampir 90%. Anak baba.

Bila di tanya apa perasaan penulis bila dikurniakan seorang lelaki bernama suami (Noriskandar bin Mat So)? Perasaan al-Hamdulillah sangat bersyukur walaupun kami dari negeri yang berbeda. Al-Hamdulillah, diri ini diberi peluang dan rezeki untuk menikmati kehidupan berumah tangga walaupun terkadang banyak sekali ujian datang menimpa kami saat ini. Dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, penyabar dan penyayang sangat memberi kesan pada penulis terutamanya dalam meneruskan kehidupan untuk masa akan datang. Dia memahami walau tekadang saling tidak mengerti. Dia penyabar walau terkadang pemarah. Dia penyayang walau terkadang dia benci. Bila dah nama lelaki sudah tentu dia berbeda dengan perwatakan perempuan. Ada masa berlaku juga perselisihan faham, bergaduh dan perang mulut. Terkadang mengalah, terkadang “win-win situation”, terkadang menang dan itu lumrah warna-warni kehidupan suami isteri.

Nak kata hidup suami isteri ini selalu bahagia itu mustahil. Yang ada hanya cerita-cerita novel yang direka penuh khayalan yang membahagiakan sahaja, sedang realiti yang kita hadapi penuh liku dan ujian mendatang tanpa kita minta. Kahwin itu memang best, tapi kita harus matang dalam melayari bahtera perkahwinan. Kahwin kita bukan terhenti setakat majlis pernikahan yang meriah, resepsi yang mewah, tapi perkahwinan itu butuh amanah dan cinta. Cinta kerana ALLAH itu yang bakal membawa kita berpimpin tangan ke syurga. Kita bukan semata nak hidup atas dunia je, tapi bila kita kahwin kita nak bawa pasangan dan ahli keluarga turut sama merasa keindahan syurga bila dunia ini telah tiada. Ini kerana matlamat hidup kita tak terhenti hanya di dunia tetapi berpanjangan hingga ke akhirat sana.

Teristimewa buat suami yang disayangi kerana ALLAH...bicara ini lahir tulus dari hati...bicara ini demi Ilahi...bicara ini dimulai dengan basmalah diakhir dengan Alhamdulillah...

“Buat suami yang dikasihi kerana ALLAH...
Izinkan hati ini berbicara...sanah helwah habibi mahbubati.
Moga kehidupanmu sentiasa disinari cahaya Ilahi...
Moga segala kesempitan yang dilalui bakal tersuluh dengan nur Ilahi...
Moga segala kesusahan dan keperitanmu bakal berganti dengan ketenangan...
Bersabarlah duhai suami...                    
Kehidupan kita bukan derita yang dicari...
Malah derita itu menyinggah untuk memberi kita kesedaran...
Bahawa ALLAH Maha Dekat dengan kita...
Setiap pengorbanan yang kamu lakukan buat kami...
Moga ada ganjaran dari Ilahi...
Moga terselit ketenangan dan keredhaan di hati...
Setiap titik peluh yang kamu lalui...
InsyaAllah tak tersia walau seinci...
Tiada hadiah mampu ku berikan di hari kelahiranmu...
Cuma doa restu sebagai isteri mengiringi setiap langkah perjuanganmu...
Cuma al-Fatihah ku kurim lewat doa moga terhapus segala dukamu...
Walau sesusah mana kamu...
InsyaAllah...biiznillah...isterimu sentiasa berada di sisimu selalu...
Moga di hari kelahiranmu...
Dipenuhi bahagia dan ketenangan...
Dilimpahi dengan kasih sayangNya...
Diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan...
Dianugerahkan penyejuk mata penawar hati yang membahagiakan...
Duhai suami...
Moga kamu terus amanah dalam melaksanakan amanah ini...
Moga kamu terus tabah berdepan ujian yang menimpa diri...
Ingatlah di setiap kesusahan ALLAH telah janjikan kesenangan nanti...
Moga ikatan cinta kita kerana ALLAH ini berkekalan hingga ke syurga firdausi...


Setakat ini sahaja bicara cinta penulis pada hari ini. Moga memberi manfaat dan mengusik hati kita untuk terus menghargai setiap insan yang menyayangi diri kita kerana ALLAH. Bukan niat penulis untuk bercerita betapa bahagianya kami, kerana kami juga ada kehidupan yang penuh dengan kesusahan, kami juga melalui setiap ujian penuh keperitan tinggal lagi kami tidak mampu untuk bercerita di laman ini. Biarlah ALLAH yang menilai setiap ujian kami. Benar, hidup berumah tangga itu penuh dengan ujian suka duka kehidupan. Oleh itu kita seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran agar kita mampu melangkah walau dalam kesusahan. Andai berkesempatan pun, hanya air mata yang mampu berbicara dan setiap manusia punya kesusahan tersendiri. Ada baiknya kita bercerita tentang kebahagiaan sesebuah perkahwinan daripada kita terus menelan peritnya sebuah perkahwinan. Mari kita hayati kata-kata ini, “What you give, you get back.”

Noriskandar bin Mat So.


Masa raya haji kat rumah along Fizah..

Ni masa baby girl belum ada...

Thursday 28 September 2017

Dari Tumpat Ke Tampin (180915-180917)

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Kami mulai berkenalan
Sama menyertai Kem Bestari Solat
Bukan mahu bermain cinta ketika itu
Cuma ada rasa benci maha dahsyat
Kami membawa anak-anak kecil
Mengenal Tuhan dengan solat
Menyusun pelbagai aktiviti
Agar mereka tidak bosan dan ralat.

Tidak menyangka
Soalan cepu emas muncul jua
“Bila awak nak kahwin?”
Pada ketika mata sahaja yang nampak
Wajah terselindung rapi di sebalik niqab
Sahabat tersenyum mengangguk
Pantas jawapan laju menutur
“Bukan tahun depan, lima tahun akan datang.”
“Calon sudah ada?”
Air liur ditelan penuh tanda tanya
“Apa kena mamat ini?” hati berkata
“Calon dengan mak ayah.”
Pantas jawapan itu yang terkeluar

Tidak pernah dalam hayat
Dibuat sebegitu rupa
Tidak pernah dalam program
Dibuli teruk menitis air mata
Apa pun diredhakan sahaja
Tunjuk marah bila perlu bertindak
Hingga perut dibiar kosong
Ketika itu hanya Tuhan yang tahu
Bagaimana rasa bercampur-baur

Tidak pernah dikenal yang namanya lelaki
Ketika itu tamat sudah pembelajaran di universiti
Tinggal belum konvokesyen lagi
Sifat pesimis pada lelaki
Memaksa diri membenci kaum ini
Cuma yang ada kasih abadi
Seorang lelaki bernama ayah sendiri
Juga adik beradik lelaki yang sangat disayangi

Banyak dugaan diharungi
Sehingga kami menjadi tunangan
Tempoh bertunang tempoh ujian
Biar sekejap hubungan pertunangan
Harus dijaga mengikut batas-batas Islam
Usah dipermain hukum Tuhan
Kelak diri merana dek penyesalan

Andai dah jodoh tak ke mana
Tapi boleh ke Tumpat bersatu dengan Tampin
Satu Kelantan satu lagi Negeri Sembilan
Mulanya ma ayah tak setuju
Yalah negerinya lain jauh pulak tu
Tapi entah bagaimana
Kuasa ALLAH takdir Yang Esa
Sekali lafaz akad kami sah sebagai suami isteri jua
Al-Hamdulillah...

Masa merisik
Pemuda datang bertemankan sahabat seorang
Bertandang pula di bulan Ramadhan
Tiada hidangan bisa dijamah
Cuma halwa telinga dari ayah
Bermacam nasihat diterima
Angguk eleng kekadang bersuara
Menjadi suami bukan mudah
Pesan bakal mertua penuh berhikmah

Masa bertunang
Pemuda datang sekeluarga
Memenuhi adat meraikan agama
Kita orang Melayu penuh adat dan beragama
Kalau dah suka tanya ibu ayah
Usah banyak berdolak-dalih
Kata nak suka-suka dulu
Usah melanggar hukum agama
Tanya ALLAH dengan istikharah
Tanya keluarga dengan musyawarah
Tanya diri dengan persiapan rapi dan muhasabah
InsyaALLAH segala persoalan terjawab dengan mudah

Bila bujang rasa nak kahwin
Bila dah kahwin sibuk pula
Nak ada anak
Bila dah ada anak mulalah
Macam-macam ujian datang bertimpa
Itu fitrah manusia
Bukan selamanya hidup bahagia
Ada ketika kita bahagia gembira
Ada masa kita sedih berduka durja
Ada detik kita rasa dunia ini kita yang punya
Ada tahap kita rasa dunia ini
Tidak pernah adil dengan kita
Ketika itu baru kita menghargai
Yang namanya hubungan kerana ALLAH
Yang namanya cinta ALLAH mengatasi segala

Kami tak saling mengenali
Apatah lagi memadu kasih sebelum masanya
Sudah jodoh tiba
Tidak pernah terlewat walau sesaat
Tidak pernah terawal walau sedetik
Kami sungguh berbeda
Dia lelaki diri ini perempuan
Sifat pula macam langit dan bumi
Bertelagah itu biasa
Cuma usah dibiasakan
Parah pula akibatnya nanti

Dua tahun sudah usia perkahwinan ini
Banyak sekali momen indah dirindui
Banyak juga ujian mengiringi
Setiap langkah kami sama-sama harungi
Kadang-kadang bisa bertongkat
Terkadang jatuh tersungkur
Cuma ALLAH tempat mengadu
Memohon pertolongan juga perlindungan
Agar rumah tangga kami kekal abadi
Mengharum mewangi hingga
Ke taman syurga firdausi

Dua tahun genap usia penyatuan
Dalam sendu menghadapi perjalanan yang panjang
Dikurnia anugerah terindah yang menyenangkan
Penyejuk mata penawar hati mama baba
Puteri cantik seindah namanya
Nur Khadijah Zulaikha binti Noriskandar
Lahirnya diiringi rahmat
Kesyukuran tiada batasan
Kamu seolah mengerti tentang kami
Kamu matang pada usia yang sangat muda
Memahami serta sangat menyayangi
Hati yang gundah bisa terubat
Amarah yang menyerang bisa sejuk
Sedih yang menyapa bisa hilang
Bila menatap wajah puteri kecil mama ini

Dari Tumpat ke Tampin
Mama berhijrah
Menumpang kasih di negeri orang
Nun jauh daripada negeri sendiri
Mencari diri yang kehilangan arah
Mencipta sejarah dalam penghijrahan
Moga ada sinar di pertengahan jalan
Sinar kebahgiaan dan ketenangan
Melerai sengketa keluarga
Menjamin bahagia hingga ke syurga
Biar susah senang dihadapi bersama
Biar suka duka ditempuhi jua
Demi menggapai redhaNya

Dua tahun perjalanan yang singkat
Penuh tersusun ujian dan mehnah
Menguji kehidupan berumahtangga
Setia atau penuh hipokrit
Bahagia atau derita
Benci atau sayang
Sabar atau amarah
Putus asa atau terus bangkit
Semua di canai dalam satu rasa
Bergandingan dalam dua jiwa

Kisah cinta dua jiwa
Rasa sayang
Terkadang meningkat ada kala menurun
Rasa benci terkadang menyinggah
Rasa susah menyesak diri
Membunuh rasa sayang seketika
Terkadang fikiran melayang
Sampai bila hidup sebegini
Seolah di himpit kiri dan kanan
Seolah di cucuk depan dan belakang
Hanya kerana diri ini insan biasa

Mujur ada ALLAH
Datang memujuk untuk seketika
Lumrah hidup berumah tangga
Bahagia bukan selamanya
Ujian terkadang datang menyapa
Bukan untuk menambah benci
Bukan jua dilayan dengan emosi
Malah ujian yang tiba
Bakal mengikat kasih yang ada
Moga amarah bisa reda
Moga benci bisa sayang
Moga sedih bisa suka
Moga derita bertukar bahagia

Ya ALLAH
Kurniakan kami kekuatan
Anugerahkan kami kesabaran serta ketabahan
Berikan kami kasih sayangMu
Agar kami bisa utuh dalam cinta
Cinta terbina keranaNya
Moga keluarga yang dibina ini
Bisa memberi ketenangan
Sakinah, mawaddah wa rahmah
Buat insan-insan yang menyayangi kami
Moga kehadiran kami
Bisa menambah bahagianya
Keluarga yang terbina dalam acuan Islam
Demi cinta
Dari Tumpat ke Tampin

Hubungan ini terbina keranaNya...

Selamat ulang tahun perkahwinan yang memasuki tahun ke-2 buat suami tercinta, Noriskandar bin Mat So. Moga setiap bait kata yang disusun bisa memberi pengajaran buat semua yang menyinggah di blog ini. Sudah lama sekali rasanya diri ini meninggalkan dunia penulisan blog yang sudah tentunya mengundang rindu untuk mengisi sesuatu di blog QalamWardahZinnirah.blogspot.com. Moga kehadiran entri ini memberi manfaat untuk penulis sendiri juga untuk semua yang sudi menziarahi blog yang serba kekurangan ini.